" Danish? "
" Selesaikan dia. "
" Kau-? Arghh! "
Belum sempat aku bersuara, semua lelaki yang berseragam hitam tadi mula menyerangku.
Sepuluh lawan satu? Serentak.
Tangan kaki aku diikat, kau rasa aku dapat lawan?
" Tengku Amsyar Iskandar bin Tengku Azfar Ilyas . Kesiannya, nama dah cantik tapi kurang kasih sayang. Kau mesti terkejutkan? Kawan yang disangka baik, sangat membantu tetapj sebaliknya mengkhianati kau sendiri. Kau nak tahu kenapa aku buat macam ni? ," aku mendengar sayup-sayup butiran kata Danish.
Ya, lelaki yang bertopeng tadi adalah Danish. Aku datang gudang ni nak selamatkan Danish tapi..
" Amin ! "
Danish seperti memanggil nama seseorang tetapi aku tak dapat tangkap nama yang disebutkan.
" ARGHHHH ! "
( Story POV )
Amsyar menjerit kesakitan apabila lengannya ditoreh panjang dengan menggunakan pisau . Wajahnya sudah berlumuran dengan darah . Kayu besbol sudah banyak kali hinggap di kepalanya .
" Aku tahu kau keluar dengan awek aku, petang tadi kan? "
Suara ni. Aku kenal suara ni. Siapa lagi kalau bukan Syed Al-Amin? Kenapa mereka buat aku macam ni ?
" Sebagai balasannya.. "
Amin memusing-musing pisau rembonya sebelum mata pisau yang tajam itu dihala ke wajah Amsyar. Dari tulang pipi sehingga ke bahagian dagu, ditorehnya perlahan.
" ARGHHHHH ! Allahuakbar ! "
Jeritan Amsyar bergema di dalam satu gudang itu. Danish mengangkat tangan kirinya agar Amin dan yang lain memberhentikan perbuatan mereka. Sempat salah seorang dari lelaki itu memukul kuat kaki Amsyar dengan menggunakan pemukul besi.
Sungguh, lelaki itu sudah tiada kudratnya. Wajah, lengannya ditoreh. Apa lagi dengan kepala dan kaki yang asyik menjadi sasaran kayu dan besi pemukul tadi. Baju T-shirt putihnya sudah berlumuran dengan darah.
" Kau n-nak apa d-dari a-ku ? ," soal Amsyar dingin. Di hujung ayatnya sempat mengaduh kesakitan.
Angin yang menyapa torehan di wajah , peritt. Hanya mampu ditahan.
" Kau ingat selama ni aku ikhlas kawan dengan kau? Orang yang kau belasah dekat depan park blossom haritu, tu anak buah aku. Aku datang saja nak tunjuk hero. Aku bencikan keluarga kau. Bapak kau, Tengku Azfar. Kau ingat dia kahwin dengan mak kau dulu ke? ," ujar Danish panjang lebar.
Kedengaran tawa sinis daripada Amin.
" Sebab tu orang cakap, pilih kawan berpada-pada. Takkan kau tak perasan dengan perubahan aku selama ni? Kau tak perasan , bila kita lepak rumah kau lepastu ada je barangkan hilang. Huh, bodohnya. Kau sangka Riz? ," sambungnya lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...