[ media: AMSYAR ISKANDAR ]
" Kau keluar dari rumah aku, jangan pernah jejak rumah aku lagi! "
Suara Maklong mengisi suasana tegang tika itu. Cecair jernih mula jatuh di pipi Ayreen. Apa salah dia sampai diperlakukan seperti itu?
" Apa salah Reen, Maklong? ," soal Ayreen sayu.
Paklong mula mundur beberapa tapak. Mungkin tidak mahu campur hal tersebut. Dia mempercayai anak buahnya yang seorang itu.
" Kau tanya aku, apa salah kau? ," sinis Maklong bersuara.
" Tengok sendiri! "
Beberapa keping gambar dilempar ke wajah Ayreen. Gadis itu tertunduk selepas menilik satu persatu gambar tersebut.
" Maklong, tolonglah.. Ni salah faham.. Paklong.. Ayreen tak buat semua ni, Ayreen dapat jelaskan semua ," kata Ayreen bersungguh.
Air matanya semakin deras mengalir. Kaki maklong digenggamnya.
" Kau keluar dari rumah aku! Kalau anak aku tak tunjuk semua gambar ni, mungkin sampai sekarang aku tak tahu perangai syaitan kau ni," tengking Maklong.
Paklong mengusap lembut belakang tubuh isterinya, cuba menenangkan rasa marah yang membara dalam hati wanita itu.
" Sabar, Timah.. Kita dengar dulu penjelasan Reen ," pujuk Paklong lembut.
" Sabar? Abang, macam mana saya boleh sabar? Orang yang kita sayang, jaga bagai menatang minyak yang penuh .. sekarang ni conteng arang kat muka kita ," Maklong akhirnya terduduk di atas lantai.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomantikPREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...