Bab 35

3.2K 101 0
                                        

             " Sayang, boleh abang tanya sesuatu? Jawab jujur tahu? ," kata Amsyar seraya otaknya menyusun kata-kata.

Ayreen terus baring di atas paha suaminya. Rambut dia dielus lembut oleh Amsyar.

              " Apa dia? "

              " Er, takpelah. Lain kali abang tanya. Haa sekarang ni nak tidur ke nak tengok tv dulu? ," soal Amsyar, dia cuba menukar topik.

              " Kita tidurlah, Reen ngantuklah ," jawab gadis itu kemudiannya dia bangun mengatur posisi kembali asal.

Amsyar memeluknya seperti biasa. Suaminya membaca beberapa ayat suci ke telinga Ayreen, dahi gadis itu dikucup sebelum mereka dibuai mimpi.

           SEPERTI biasa, Amsyar akan bertolak ke Universiti meninggalkan isterinya bersama Ibu. Memandangkan Liya masih bersekolah, Amsyar menawar dirinya untuk menghantar Liya ke sekolah.

           " Hal sayang nak berhenti belajar tu, biar abang uruskan. Nanti apa-apa, abang whatsapp ye? ," ujar Amsyar dengan senyuman manis dibibir.

Ayreen tunduk menyalam tangan suaminya, Amsyar pula mengucup lama dahi gadis itu.

Rindu tak lunas lagi.

          " Malam ni, make sure abang dapat hak abang tau? ," pesan Amsyar nakal .

          " Ish, mengada. Pergilah sana ," Ayreen memukul lembut lengan suaminya.

Ayreen POV

Aku tertawa mendengar usikan nakal suamiku. Malam ni? Dah sediakah aku? Tangan melambai ke arah kereta yang mula berundur dari perkarangan rumah. Baru beberapa tapak maju masuk ke dalam rumah, aku teringat sesuatu.

Anis Syafiqa.

          " Ya Allah, macam mana kalau dia ganggu suami aku? Ei, minta dijauhkan ," ujarku segera mengambil telefon yang ada di dalam poket seluar.

You

Jangan nakal² tau? Lupa nak pesan, kalau kawan Reen ajak borak tu janganlah layan.. hehe

Setelah beberapa minit berlalu, telefon berdering ringkas menandakan ada pesanan masuk.

Husband ♡

Ye sayang :)  Jangan lupa makan ubat. Habis kelas nanti, abang terus singgah office.

You
Ok. Take care <3

Bibir mula mengukirkan senyuman. Andainya aku merasa bahagia sebegini daripada duluu lagi, kan aku tak perlu bersedih memanjang. Haih, Amsyar Amsyar. Bomoh mana awak jumpa untuk ikat hati saya macam ni? 😝

Tingg!

Sekali lagi telefonku berdering. Eh dia ni, dalam kelas pun still boleh main phone ke? Teruk betullah, ni mesti tak fokus. Aku terus memeriksa mesej yang masuk, ingatkan suami tapi..

♧♧♧


Aku duduk bersama Riz dan rakan yang lain. Setelah menyelesaikan hal pembelajaran Ayreen, aku terus mengajak rakan-rakanku minum di kafe U.

Stay With Me? ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang