" ERGHH! Sakit!! Tolonglah lepaskan aku ," rintih Ayreen apabila tubuhnya terkulai lemah di lantai kilang ditendang kuat beberapa kali oleh kedua jantan kejam itu.
Dia tidak mampu untuk bangkit lagi. Selepas mendengar suara Amsyar menjawab panggilan tadi, dia ingin bersuara memanggil suaminya itu tetapi Danish lebih pantas menendang dada gadis itu sehingga kerusi besi yang diduduk Ayreen itu terjatuh ke belakang.
Dia yakin suaminya akan datang tetapi mereka berdua masing-masing berada dalam keadaan bahaya. Kalau Amsyar datang, berkemungkinan Danish dan Amin bersepakat untuk membunuh lelaki itu.
Kerana dendam.
Dendam yang tersemat dalam hati manusia membuatkan syaitan dan emosi sentiasa mengawal diri kita. Sedar tidak sedar, terkadang kerana dendam itu kita boleh hilang kawalan diri sehingga membahayakan nyawa orang lain.
PRANGG!!
Pintu kilang itu ditendang kuat dari luar. Wajah bengis Amsyar terpamer. Riz, Hazri dan yang lain setia dibelakangnya. Apa gunanya kawan kalau masa genting macam ni tiada?
" KAU LEPASKAN ISTERI AKU, SYAITAN! ," Amsyar memberi arahan, suaranya naik satu oktaf.
" Eh Amin, hero dah sampailah. Ni nak hero lawan hero ke dulu? Ke hero tu nak mati terus? ," ujar Danish sinis.
Amsyar menarik nafas panjang, cuba mengawal dirinya daripada emosi yang semakin menyelebungi diri.
" Darwish, kau jangan sampai aku masukkan kau dalam mesin kisar manusia macam budak-budak kau tu ," Riz yang sedari diam dari tadi mula bersuara.
Tiada lagi gelaran Danish, itu membuatkan dia teringat persahanatan mereka. Natan? Persahabatan+Pengkhianatan .
Amsyar memandang ke arah isterinya yang teruk dikerjakan oleh makhluk jahanam dihadapannya ini.
" Aku dah cakap, jangan pernah main-main dengan ayat aku. Kau still cederakan isteri aku, kau ingat aku lepas macam tu je? ," Amsyar menunduk, dia bersuara perlahan tetapi cukup didengari Danish dan Amin.
Sinis nadanya.
" Sedap pula rasa isteri kau tu, jangan marah ye aku rasmi terlebih dahulu daripada kau hehe ," sambung Amin sebelum sempat Danish bersuara.
" Jahanam punya babi "
Amsyar terus melangkah ke arah Amin, dia menumbuk lelaki itu sehingga Amin jatuh menyembah lantai. Amsyar naik ke tubuh Amin. Wajah itu ditumbuk bertubi-tubi kemudian Danish menarik bahu Amsyar sehingga dia terundur sedikit dari tubuh Amin.
Danish menyasar wajah Amsyar.
" Kau pilih nak mati dulu sebelum mama kau ke? Anak yang baik betullah kau ni ," Danish menepuk pipi Amsyar .
Amsyar bangkit demi isterinya. Dia teringat kembali ayahnya yang meninggalkan mereka semua kerana lelaki yang dihadapannya ini. Dahulu pernah menjadi sahabat, sekarang menjadi musuh.
Amsyar POV
Aku menerpa ke arah Danish, memori lama semua terimbas kembali membuatkan aku gagal mengawal diri. Amin kelihatan seperti ingin masuk padang tetapi Riz sempat menghalang.
Banyak darah terpercik dari mulut Danish.
" Dah sedia nak mati? ," soalku sinis sambil tangan kanan memegang pisau rembo milikku.
Jangan pernah cabar kesabaran aku.
" Aww takutnye abangg! ," Danish mengejek.
YOU ARE READING
Stay With Me? ✔
RomansaPREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...