" Nak lebih? ," soal Amsyar seraya dia mendekati isterinya.
Walaupun dia masih merajuk dengan isterinya itu, tetapi niat ingin mengusik masih kuat .
" T-tak.. ," Ayreen mengundur sedikit demi sedikit ke belakang.
Tangan Amsyar lebih pantas menutup pintu sehingga tubuh Ayreen tersandar di pintu tersebut. Ya, jelas isterinya memang tidak selesa dengan keadaan sebegitu.
" Takut? ," Amsyar menyoal lagi.
" Tolong jangan macam ni ," kata Ayreen sambil tangannya menolak dada suaminya beberapa kali.
" Kenapa? Tak boleh ke? "
Belum sempat Ayreen bersuara, telefonnya berdering sekali lagi . Amsyar pantas mencapai telefon yang ada di dalam tangan Ayreen . Nama Amin tertera di situ .
" No, abang tak bagi sayang jawab panggilan ni ," Amsyar menggenggam telefon tersebut.
" Kenapa pulak? Disebabkan awak suami saya jadi awak larang saya jawab panggilan tu? Macam tu ke Tengku Amsyar Iskandar? Itu hak saya untuk berkawan dengan siapa pun. Siapa yang nak kahwin muda macam ni, awakkan? Tu kehendak awak, kita cuma kahwin tanpa perasaan cinta.. Sedarlah! ," Ayreen meninggikan suaranya secara tidak langsung membuatkan Amsyar terkedu.
Lelaki itu terus menjauhi isterinya, dia mendekati baju yang terjatuh di atas lantai tadi sebelum dikutip satu persatu.
" Kalau macam tu pandang Reen, abang minta maaf ," ujar Amsyar .
Pakaian tadi diletakkan di atas katil kemudiannya dia mencapai semua pakaian hariannya . Bilik air menjadi pilihan , mungkin hanya menghormati isterinya yang ada di situ.
Ayreen POV
Aku termangu sendiri . Kenapa boleh terlepas pula kata-kata macam tu? Ya, memang benda tu terlintas di kepala aku tetapi macam mana boleh terluah di bibir? Ya Allah..
Sebelum Amsyar mengutip semua pakaianku yang terjatuh di atas lantai tadi, dia sempat pulangkan telefon milikku .
Walaupun rasa bersalah sedikit menghimpit hati, tetapi perasaan lega masih menguasai sepenuhnya. Selama beberapa hari ini aku hanya mampu berpura baik dengannya, mungkin dia juga begitu?
Cinta? Sayang? Itu semua tidak mungkin dan mustahil akan berlaku.
Sejak peristiwa petang tadi, Amsyar langsung tidak mengambil hati dengan ucapanku yang agar kasar ketika itu . Dia masih melayani aku seperti biasa , senyuman tidak lekang di bibirnya.
" Tidurlah, abang tak usik pun. Reen nak abang tidur tempat lain ke? ," Amsyar bersuara.
Aku terkejut, fikirkan dia sudah lena dibuai mimpi . Tapi masih sedar di alam nyata .
" Tak, Reen okey ," aku membalasnya.
Secara tiba-tiba tangan sasa milik Amsyar melingkar di pinggang. Dia menarikku ke dalam dakapannya. Kepalaku tersembam di dada Amsyar. Dapat rasakan jantungnya berdegup laju, aku cuba endahkan saja.
" I am sorry, sayang ," ucap Amsyar kemudian dia mencium ubun-ubunku.
Kenapa perasaan macam ni selalu muncul? Perasaan yang sama masa aku rindukan dia.
Ergh! Lupakan.
Sebulan berlalu..
ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...
