Bab 32

2.9K 98 0
                                    

Bila diri terasa dikhianati, hati kau tak mungkin akan berpaling dan ikhlas memberi peluang kedua. Hanya ada satu cara untuk mengembalikan semua kepercayaan yang pernah wujud dalam dirimu iaitu ke tepikan sikap ego dan bertegaslah demi sesuatu yang belum tercapai. Dan mungkin ianya akan membantumu dalam mengembalikan pasangan hidup yang sejati.

Tiada gunanya mementingkan diri sendiri kalau di penghujungnya diri kau sendiri yang akan rugi.

       AYREEN meronta minta dilepaskan pabila lelaki yang selama ini dipercaya sepenuhnya bertindak begini ke atas dirinya sendiri. Lelaki itu mengikat kedua belah tangan Ayreen, mata ditutup dengan kain hitam serta mulut elok disumbat dengan kain tebal.

Kereta dipandu tanpa Ayreen mengetahui hala tuju sebenarnya. Setelah kelamaan duduk di dalam kereta, akhirnya mereka seperti sudah sampai di destinasi.

Lelaki itu mengheret tubuhnya keluar dari kereta.

         " Kau nak buat apa dengan aku ni? Lepaskan aku! ," jerit Ayreen setelah kain dimulutnya itu dikeluarkan.

          " Kesiannya, kau nak tahu tak? Tempat ni laki kau pun pernah hampir dicabut nyawa. Tahu? Hahaha memang nasib korang kot ," ujar lelaki itu .

Tangannya disilangkan seraya dia bersandar di dinding memerhati gadis itu. Ayreen pandangannya gelap dek kain yang masih setia di mata.

          " Well done, bro "

Telinga Ayreen menangkap satu lagi suara garau.

            " Korang nak apa dari aku hah? ," soal Ayreen kasar.

             " Amin, kau bukalah mata dia tu. Kesian pulak aku tengok ," arah lelaki tadi kepada Amin.

Amin? Ya, itulah Syed Al-Amin.

Amin menanggalkan kain hitam yang tsrsemat di mata Ayreen tadi sebelum dilemparnya ke tepi.

           " Danish? ," gumam Ayreen perlahan.

            " Suprise! Hahaha ," wajah Danish kelihatan dingin tetapi suaranya dibuat ceria.

Ayreen terdiam. Perkara yang pertama diingatnya adalah lelaki itu merupakan sahabat baik suaminya. Kenapa boleh macam ni jadinya? Ya Allah!

          " Woi bodoh, kau ingat aku ni bodoh ke? Aku tunggu jawapan kau selama sebulan lebih, ni ke balasan kau? Sanggup kau tinggalkan aku dan kahwin dengan lelaki tak guna tu! ," marah Amin, urat di wajahnya mulai timbul.

Danish tersenyum sinis.

Amin mendekati Ayreen, dia menampar wajah gadis itu kuat. Hatinya tidak memperduli lagi perasaan sayang yang selama ini ada untuk Ayreen. Lebih parah lagi dia baru tahu tentang itu melalui bantuan Danish.

Ya, Danish yang banyak membantunya.

          " Sabar, Amin. Kau pun tahu Amsyar
tak sentuh lagi bini dia tu, esok lagi kau boleh je rasa bini dia. Sekarang kita pergi selesaikan benda lain dulu ," kata Danish, tangannya menepuk bahu Amin lembut.

Amin mengangguk benar.

☁☁☁

Amsyar melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mengagak isterinya sudah sampai sebelumnya. Kaki terus menuju ke bilik Ibu, lama tak tegur.

Tokk..tok..tokk..

        " Ibu, Amsyar ni ," kata Amsyar sopan.

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now