" Jom, jom cepat masuk! ," kata Danish setelah dia memarkirkan kereta milik Tengku Amsyar tadi.
Mereka beriringan masuk ke dalam sekolah. Eh? Kenapa harini takde pengawas tak bergaji tu jaga pagar?
" Ehem, kamu bertiga. Sila ikut saya pergi ke bilik disiplin ," secara tiba-tiba suara garau menyapa pendengaran mereka bertiga.
Riz mengeluh.
" Ikut jelah, bukannya diaorang buat ape pun ," kata Tengku Amsyar mendatar kemudiannya dia mengikuti langkah guru disiplin tersebut.
Bilik Disiplin.
Aku tahu ramai tak suka bilik ni. Semua buku, meja, kerusi dalam bilik ni selalu menjadi saksi ketika murid dirotan ataupun dikenakan dimerit. Kan? Hm, aku pun tak tau ape yang aki merepek sekarang ni.
(beberapa minit kemudian)
Muncul seorang cikgu bertudung labuh. Cikgu Rohaya, beliau merupakan cikgu disiplin yang amat digeruni oleh segelintir pelajar di sekolah tersebut. Rotannya yang tebal serta panjang menambahkan lagi aura keseraman beliau.
" kamu tahu kesalahan kamu? ," Ya, itu memang tagline Cikgu Rohaya. Kalau dia tanya macam tu, means kau memang ada buat salah.
Riz dan Danish terangguk-angguk macam burung belatuk.
" Saya tak pernah nampak muka kamu berdua, pertama kali buat masalah? ," soal Cikgu Rohaya dalam nada serius.
Tangannya membelek fail sahsiah pelajar.
" Ya, cikgu ," jawab Riz perlahan.
Amboi, dengan cikgu pandai pulak kau takut?
" Kamu berdua takde rekod disiplin, masih suci lagi ni ," Cikgu Rohaya bersuara lagi.
Danish tersengih.
Cikgu Rohaya berfikir sejenak.
" Baiklah, kamu berdua boleh balik kelas. Ni jugak amaran terakhir daripada saya, kalau saya tau kamu berdua terlibat dalam kes disiplin lagi.. Saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin kepada kamu. Faham? ," kata beliau tegas.
Danish dan Riz mengangguk faham.
" Dah, balik kelas. Tinggalkan Amsyar di sini "
Dengan segera mereka berdua itu keluar dari bilik disiplin. Aku terus mengambil tempat duduk di hadapan meja Cikgu Rohaya tanpa dipelawa.
Kesah ape aku? Bontot aku, bukan bontot diorangkan?
Aku mencari kelibat Cikgu Rohaya yang tiba-tiba tidak kelihatan. Mana pulaklah orang tua ni pergi?
(Beberapa minit kemudian)
Cikgu Rohaya mendekati lalu mengambil tempat duduk di hadapanku.
" Cikgu dah panggil ibu bapa kamu tadi, tapi diorang cakap sibuk. Nanti ada- "
" Pembantu papa datang? ," aku memotong percakapannya.
Cikgu Rohaya mengangguk.
" Huh, asyik sibuk je "
flashback..
(Sekolah rendah)Amsyar berlari bersama beberapa orang rakannya. Dia memang suka berkejar-kejaran ketika waktu PJ walaupun sudah ditegur oleh guru mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomansaPREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...