( Ayreen POV )
" Lepaslah! Tasha, tolonglah ," aku merayu sepenuhnya.
Tasha hanya mendiamkan diri. Dia menarik lenganku agar mengikuti langkah mereka berdua. Sumpah aku tak faham dengan diorang ni!
" Apa yang korang nak dari aku? ," soalku kasar.
Tangan Tasha direntap.
" Aku nak kau ikut aku. Amin bagi syarat dekat aku supaya dia tak tinggalkan aku. ," kata Tasha. Kedengaran nafas berat dihelanya.
Aku terdiam memikirkannya.
" Jadi, apa kena mengenanya dengan aku? ," soalku polos.
Tasha menjelingku.
" Sebab KAU adalah syarat dia ," kata Tasha lalu berlari anak mengejar langkah teman lelakinya.
Ya, korang tak silap baca. Itu adalah Amin. Kereta tu Amin punya, tak payah tanya dah. Syed Al-Amin, ye tu memang dia.
" Woi, cepatlah!!, " Tasha memanggil dari arah jauh.
Mereka memasuki salah sebuah restoran yang ada di situ. Meja paling hujung menjadi pilihan Amin.
" Ayreen, saya ada benda nak bincangkan dengan awak. Since kita dah habis makan ni, boleh luangkan tiga minit awak untuk dengar? ," kata Amin penuh harapan.
Whuttt?
" Tunggu i, i nak pergi tandas. Jangan bagitahu dulu sebab i pun nak tahu jugak! ," Tasha meminta diri buat seketika.
Amin hanya buat tidak endah dengan pesanan gadis itu. Malah, dia asyik memandang wajahku. Apa masalah jantan ni?
" Reen, tolonglah.. Saya tahu cara awak tahu hubungan saya dengan Tasha tu teruk sangat. Tapi, bagi saya.. saya dengan Tasha takde apa-apa! Tak macam apa yang awak fikirkan..."
Aku hanya diam, membiarkan Amin berbicara.
" Saya sukakan awak, sejak pertama kali saya nampak awak dalam kelas dan saya ikut sampai ke kantin masa hari pertama awak dekat sekolah tu.. Tolong Ayreen. Bagi saya peluang. Biar saya bahagiakan awak, Ayreen, " kata Syed Al-Amin kedengaran tulus.
Aku cub mencerna apa yang dia katakan. Secara jujurnya, aku pun suka dengan Amin tapi sejak aku tahu dia dengan Tasha..
" Bagi saya masa untuk fikir ," aku terus meninggalkan tempat itu.
Aku mesti buat keputusan? Accept or reject?
Membatalkan niat untuk menguruskan hal tinggalan arwah Walid, aku terus pulang ke rumah.
••••
Seperti yang dinantikan oleh semua pelajar, Minggu Karnival STEM telahpun berkunjung tiba. Pelbagai barangan sains yang dikemukakan.
( Amsyar POV)
Aku berjalan sengaja melintasi kelas Ayreen. Aku terlihat dia termenung saja, seperti memikirkan suatu hal yang sukar untuk ditafsirkan.
" Dah kenapa pulak dia? Agaknya masih marah tak dengan aku? Takkan dia marah aku sampai termenung macam tu sekali? ," aku berbisik menyoal diri sendiri.
Tersentak aku apabila bahuku dipegang oleh seseorang.
" Yo, kau buat apa depan kelas ni? ," soal Riz hairan.
Aku terus berjalan tanpa menjawab soalan Riz. Bazir air liur aku je.
" Kau perasan tak? Orang yang selalu kejar kita tu dah lama tak muncul, " kata Riz mendatar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...