Bab 36

3.2K 93 1
                                        

           " Sorry, sayang.. Tadi abang tengah drive, tak sempat pula nak reply ," jelas Amsyar lembut.

Rambut Ayreen dielusnya.

            " Takpa, sekarang kita turun makan ," gadis itu menarik tangan suaminya menuju ke tingkat bawah.

Mesej misteri yang diterimanya tadi terus dilupakan. Hatinya hanya menganggap mesej itu tersalah kirim ataupun ianya hanyalah gurauan semata.

          " Sejuk dah, nak Reen panaskan dulu ke? ," soal Ayreen meminta kepastian .

           " Makan je, salah abang lagipun benda ni semua dah sejuk ," Amsyar menarik tangan isterinya agar duduk bersebelahan dengannya.

Ayreen akur.

Tanpa banyak bicara, mereka menikmati juadah yang ada terhidang ketika itu. Terkadang Amsyar menawar dirinya untuk menyuap Ayreen walaupun beberapa kali ditolak. Haihlah Amsyar.

           " Sayang, awak tak rasa nak buat majlis persandingan ke? Kita buat majlis akad nikah je haritu kan? ," soal Amsyar, mulutnya masih mengunyah.

            " Perlu ke bang? "

Amsyar mengangguk dengan senyuman manis.

             " Awak nak ke kalau abang menjadi rebutan para gadis di luar sana? Nasiblah abang dah berhenti belajar jugak tahu ," usik Amsyar membuatkan wajah Ayreen bertukar cemberut.

              " Taknaklah kawan abang, huh bai "

Gadis itu terus bangun menuju ke sinki dapur mencuci tangannya yang kotor. Baru sahaja dia ingin menaiki anak tangga pertama rumah, secara tiba-tiba dirinya terasa diawang-awangan sehinggakan dia terjerit kecil.

         " Abang! "

         " Hai sayang ," sapa Amsyar lembut dengan senyuman menggoda meniti di bibir.

Bulu roma Ayreen mula menegak melihat suaminya begitu.

           " Kenapa abang ni? ," soal Ayreen polos.

            " Abang lapar lagilah, sayang ," jawab Amsyar .

             " Makanlah, kenapa berhenti? Ish, turunkan saya. Masih merajuk ni tau! ," kata Ayreen, dia menepuk lengan Amsyar minta dilepaskan.

Amsyar senyum, dia mendekatkan bibirnya di telinga Ayreen.

             " Bukanlah, sayang. Abang tak lapar tu ," usik Amsyar lagi.

             " Habis tu? "

Amsyar mencepung tubuh itu menuju ke bilik tidur mereka. Dia menindih tubuh Ayreen di atas katil .

              " Abang lapar ni ," jawab lelaki itu sambil tangannya mengusik bahagian dada isterinya.

Ayreen terdiam. Dia tahu sudah tiba masanya dia menyerahkan hak suaminya.

          " Sayang "

Amsyar merenung anak mata isterinya.

          " Sebelum kita teruskan, abang nak tanya sesuatu boleh? ," soal Amsyar lembut, dia bersuara dalam meneroka leher Ayreen.

           " Mmphh, t-tanya apa? "

           " Amin tak sentuh awak lagi kan? ," soal Amsyar jujur.

Lama Ayreen berfikir soalan apa yang suaminya tujukan kepadanya. Haih?

             " Tak, dia ada cuba tapi Danish asyik potong percubaan dia. Kalau dia nak cuba dekat dengan sayang, Danish akan arahkan dia buat suatu kerja ," jelas Ayreen jujur.

Stay With Me? ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang