" Awak nak buat apa ni ! ," marahku seraya menolak tubuh kasar tubuh Amsyar.
Dia tersenyum manis, kemudian wajahnya semakin rapat denganku.
" Janganlah takut sangat dengan aku, aku tak sentuh kau selagi kau belum jadi milik aku ," kata Amsyar kemudian dia menjarakkan tubuhnya dariku.
Tangannya memegang sebuah beg kertas berwarna merah jambu.
" Aku nak ambil ni je, bukan nak buat apa pun ," dia terus melangkah keluar dari kereta.
Aku segera keluar dari kereta dan mengikut langkahnya.
" Nak buat apa dengan beg tu? ," soalku lembut.
" Nak buang ," jawabnya selamba.
Aku mengerut kening. Buang? Beg cantik macam tu nak dibuang?
" Kenapa nak buang? Bagi sayalaa kalau tak nak ," kataku kemudian aku mendekatinya.
Beg tersebut cuba dicapai tetapi ketinggian Amsyar membuatkan aku sukar untuk dapat beg tersebut. Bukan apa, dia tu tinggikan beg tu supaya aku tak dapat ambil.
Kuaja kan?
" Duduk dulu, baru aku tak buang ," ugut Amsyar tetapi masih dalam nada yang lembut.
EE BENCI AKU.
Aku mencari tempat duduk yang sesuai kemudian aku melabuhkan punggungku.
" Goodgirl, ok sekarang ni ," Amsyar turut melabuhkan punggungnya bersebelahan denganku.
Beg kertas itu diserahkan kepadaku.
" Kau simpan, beg ni sebenarnya untuk kau. Aku harap kau tak buka sekarang. Sampai rumah nanti, baru buka. Boleh? ," kata Amsyar.
Aku tertanya-tanya apa benda dalamnya?
" Aku sebenarnya nak bagitahu sesuatu dekat kau. Macam yang aku cakap, dengar betul-betul. "
Aku meneliti wajahnya untuk mendengar apa yang bakal disampaikan.
" Aku cuma nak cakap kalau aku dah tak muncul dalam hidup kau, please jangan cari aku. Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau, tapi jangan percaya sepenuhnya dengan kata-kata lelaki. Ya , aku tahu aku ni lelaki tapi.. takpelah satu hari nanti kau faham apa yang aku cuba sampaikan. ," ujar Amsyar sayu kedengaran.
Aku masih memandang wajahnya.
Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil yang panjang berwarna biru tua, kemudian dia membukanya.
" Ni je yang aku mampu bagi dekat kau. Kau buang aku dalam hati kau sekalipun, tolonglah jangan buang rantai ni dari leher kau ," kata Amsyar kemudian dia memakaikan rantai tersebut ke leherku.
Tergamam sia.
" Aku tahu aku ni nakal. Kau pun dengar budak sekolah panggil aku apa? Kau tahu diorang takut dengan aku? Tapi aku tak buat macam apa yang kau dan diorang fikirkan. Aku buat bersebab. Apa yang kau nampak masa hari pertama kau mula sekolah tu, aku buat semua tu bersebab. ," Amsyar memegang tanganku , dielus lembut.
Aku hanya membiarkan saja, pelik kan? Aku tak tahu kenapa kalau Amsyar yang buat, aku rasa tenang je.
" Tapi, macam yang aku cakap tadi.. Jangan cari aku dah kalau kau tak nampak bayangan aku dekat mana-mana.. Aku tahu suatu masa nanti kau perlukan bahu aku , tapi maaf kalau aku takde masa tu.. "
Sumpah ayat dia buat aku nak nangis.
" Saya ada buat salah dekat awak ke? Kalau sebab saya tak tegur awak dah tu.. saya minta maaflah, Amin tak kasi saya bercakap, layan awak rapat dengan awak macam dulu ," aku menyoalnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...