Bab 43

4.4K 93 1
                                        

              " Aku akan le- "

Zasspp!

Darah terpercik di sekitar kawasan terdekat. Amsyar terduduk serta-merta.

                " Apasal kau buat macam ni, bodoh! ," jerit Amsyar,  nadanya kasar.

Dia baru sahaja membuat keputusan untuk berdamai dengan abang tirinya itu.  Nasib tidak menyebelahi, lambat atau cepat sekalipun Danish di bawa ke hospital.. Berkemungkinan dia hidup buat sementara sahaja.

Bayangkan pisau tadi ditusuk ke dalam kepalanya sendiri. Pernah tengok cerita 'The Walking Dead'?  Cara dia bunuh zombie guna pisau tu.

Pisau elok terpacak di kepala Danish.

Amsyar menarik tubuh Danish masuk ke dalam dakapannya. Darah milik Danish mengena pada baju Amsyar.

         " Aku takkan maafkan perbuatan papa.. Tapi secara jujurnya, selama kita berteman ni aku memang sayangkan kau dan sayangkan persahabatan kita. Kau jaga mama kau, isteri dan persahabatan bodoh ni hahaha. Kau jagakan syarikat aku ya? ," pesanan terakhir Danish terngiang-ngiang di telinga Amsyar.

Dia terlambat untuk membuat keputusannya, jika tidak pasti mereka sekeluarga masih boleh berdamai.

         " Bodohlah kau, kenapa kau mesti pilih jalan ni?! ," jerit Amsyar, air matanya berjuraian.

          " Korang blah sekarang! ," jerit Hazri nyaring.

Semua anak buah kepada Danish mengikut arahan, keluar dalam kesakitan dek dibelasah oleh Hazri dan Aliff.

Hazri mendekati Aliff yang terlebih dahulu menyapa Amsyar.

            " Amsyar, sekarang kau tenangkan diri dulu. Hal Danish ni nanti aku uruskan ," ujar Hazri lembut memujuk Amsyar yang dalam keadaan tidak stabil.

Tubuh Amsyar juga dipenuhi dengan darah. Luka di kaki langsung tidak berasa lagi.

              " Aliff ," Hazri memanggil rakannya yang seorang itu.

               " Kau drive, hantar Amsyar ke klinik. Lepas tu, straight balik rumah ," bisik Hazri di telinga Aliff.

Lelaki itu hanya membalas dengan anggukan.

Kaki dan tangan diikat rapi. Mulut disumbat dengan kain kotor. Mereka ditempatkan di ruangan bawah tanah semula.

           " Mmmmphh! ," Anis meronta seolah ingin menyampaikan sesuatu.

            " Kau nak apa? ," soal Ayreen kasar.

Anis menjeling sebelum tubuhnya meronta kuat sehinggakan kerusi yang diduduki sekarang terjatuh ke belakang.

              " Liya, tolak aku ," arah seseorang kepada Liya.

Seperti apa yang diarahkan,  Liya hanya patuh. 

              " Lah, terjatuh ke tu? Sakit? ," soal lelaki itu kepada Anis.

Kain yang tersumbat di mulut gadis itu dibuka kasar.

               " Riz! ," jerit Anis kuat.

                " Mesti ingat aku dah mati kan? Aku mati di jiwa musuh aku je. In real life, aku hidup lagi ," jawabnya selamba.

flashback..

Hazri dan Aliff memimpin tubuh Riz sehingga sampai ke katil. Telinganya menangkap suara Amsyar memesan tentang Anis kepada Ayreen.

Stay With Me? ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang