Api marah dan dendam semakin membara di dalam hati Amsyar, dia bukanlah seorang yang penyabar. Kalau tidak disebabkan kehadiran Ayreen di dalam hidupnya, tidak mungkin dia mampu menahan kesabarannya terhadap musuhnya sedemikian.
Semua juga tahu Amsyar ini hebat dalam pergaduhan.. Kan?
Ketika ujian percubaan untuk tingkatan lima yang lepas, Amsyar melarikan diri semata-mata hendak menyelamatkan rakannya iaitu Aliff dan Danish. Ujian tersebut ditinggalkan begitu saja demi nyawa dua orang sahabat .
Belakang bangunan koperasi, Danish dan Aliff dibelasah oleh sekumpulan geng nakal di sekolah mereka dahulu. Amsyar terlewat sedikit sahaja namun dia berjaya menyelamatkan kedua rakannya itu. Sehingga kini, Aliff masih mengingati peristiwa tersebut.
Kerana Amsyar, dia adalah orang yang terbaik daripada 8 bilion manusia dalam dunia ini. Mereka mengagumi sikap Amsyar yang mementingkan keselamatan orang lain sebelum diri sendiri.
" Semua orang boleh mengagumi kau, tetapi bukan aku.. Tengku Amsyar Iskandar ," ujar seorang lelaki yang masih berada dalam dunia khayalannya sendiri.
Bomb yang berbentuk pen itu bermain-main ditangannya. Kalau pen tu jatuh ke lantai, mungkin dengan dia sendiri pun maut agaknya.
Senyuman sinis terbit di bibir.
Korang mesti fikir aku dah mati, dah masuk dalam kuburkan? Haha, korang memang sama bodoh macam Amsyar tu.
Nak tahu siapa aku? Macam mana aku boleh hidup lagi?Aku bukanlah seorang yang bodoh. Takkan aku nak serah diri sendiri sementara dendam belum terlunas? Wajah Ayreen dipandang dengan pandangan sinis. Kalau semua fikir aku pengecut, sorry sikit ya aku bukan penakut yang selalu sasar orang lain padahal bermusuhan dengan orang lain.
Semua tu pengecut je yang buat.
Aku memanggil salah seorang anak buahku. Dua hari lepas, aku telahpun menyediakan satu topeng khas untuk penyamaran ini. Aku cukup kenal bekas kawan baik aku tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...