Bab 31

3.2K 94 0
                                        

Bila sayang, hati mula menafikannya. Bila rindu, kita akan cuba menepisnya lebih jauh. Tidak akan pernah menyelami perasaan sendiri dan sentiasa menganggap semua ini hanyalah permainan hati.

Itulah ego.

Perempuan dan lelaki memang akan tersepit dengan ego mereka tersendiri. Terkadang dengan hadirnya ego itu, mereka akan mudah kehilangan apa yang mereka miliki. Tidak terkecuali juga pasangan yang dicintai.

Hati menafi, perasaan itu akan semakin menjauh.

           
           AYREEN hanya baring sahaja di atas katil yang pernah dikongsi bersama suaminya. Sejak ketiadaan Amsyar, dirinya semakin lemah. Kenapa dia tak mengaku yang perasaan cinta dan sayang itu dah lama hadir untuk Amsyar?

Itu kesilapan dirinya.

Gagal mengakui perkara sebenar dan sering menafikannya.

Apakah Amsyar akan menerimanya semula seperti dahulu? Melayan diringa dengan baik seperti dahulu? Diri terasa bodoh saat ini.

           " Hai kak Reen, dah makan ke? ," Liya mula menyapa Ayreen sebaik sahaja dia sampai ke rumah itu.

Ayreen masih diam tanpa senyuman sedikit pun meniti di bibirnya. Liya sempat membawa bubur yang dimasak khas oleh ibunya kepada Ayreen. Tidak dilupakan juga dengan air kosong dan panadol.

           " Kak, akak kena makan. Kalau tak makan, macam mana nanti abang Am balik jenguk isteri dia yang cantik ni ," ujar Liya cuba mengambil hati gadis di hadapannya itu.

             " Mana Amsyar, Liya? Akak menyesal, kenapa selama ni akak buta tak nampak semua yang dia buat tu tulus ikhlas dari hati dia. Dia sayangkan akak, Liya ," kata Ayreen sayu, dia mula menangis lagi.

Matanya sudah kelihatan bengkak dan sembap. Mungkin kerana selalu menangis agaknya. Sudah hampir seminggu pemergian Amsyar tanpa berita, mesej dan panggilan telefon juga tidak pernah sama sekali dijawab.

Ini merupakan hari kedua Ayreen tidak menghadiri kelas di kolej. Alasannya demam. Amin juga sering menghubunginya tetapi gagal.

          " Esok dah genap seminggu abang Am takda, takkan kak Reen nak terus macam ni? ," pujuk Liya lagi.

Masih dengan kedegilan Ayreen, gadis itu terus mendiamkan diri tanpa menjawab soalan Liya.

             " Akak makan nak? Ni ibu ada buatkan bubur ayam.. Sedap kak ," kata Liya.

Ayreen duduk, kemudian mencapai mangkuk berisi bubur ayam tadi. Dia makan beberapa suap kemudian diletaknya ke tepi lagi. Sekarang Liya menghulurkan dua biji panadol dan disertakan dengan air kosong tadi.

Alhamdulillah, dia tak menolak.

Liya terus menyelimuti Ayreen sebelum dia membawa dulang makanan tadi turun ke tingkat bawah.

          " Ya, aku perlu kuatkan semangat. Tak boleh mengalah macam ni "

Gadis itu terus bangun dari pembaringannya. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk memandangkan hampir masuk waktu solat fardhu zohor.

        " Ya Allah, Ya Tuhanku.. Ampunilah dosaku Ya Allah. Lindungilah suamiku agar dia berasa selamat di bawah lindunganMu Ya Allah.. Bukakan seluasnya pintu hatinya untuk menerimaku semula sesungguhnya aku banyak berbuat dosa kepada dia.. Kuatkan semangat kami untuk menempuh segala dugaan yang engkau turunkan.. Amin Ya Rabbal Alamin "

Kedengaran lagu 'Something Happened To My Heart' berkumandang di telefonnya. Itu menandakan ada panggilan yang masuk. Segera Ayreen mencapai telefon yang terletak di atas meja kecil .

Stay With Me? ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang