" Sayang, abang tidur rumah Aliff malam ni.. Sorry tau tak dapat temankan ," ujar Amsyar, dia mengusap kepala isterinya lembut.
" Takpe, uruskan hal Riz dulu. Kan ada mama temankan saya? ," jawab Ayreen.
Amsyar tersenyum lebar.
" Hm sekarang masih awal lagi, baru masuk pukul 4 petang. Sekarang awak siap, kita pergi jalan ea? ," kata Amsyar, dia terus berlalu ke tingkat bawah.
Memberi ruang kepada si isteri untuk bersiap. Ayreen bangun dari duduknya, dia menuju ke arah almari pakaian. Baru sahaja dia hendak mengambil dress yang akan digunanya, secara tiba-tiba..
" Uwekk.. "
Tekaknya mula terasa loya. Mual dan pening kepala menyerang semula. Dia berlari ke tandas sebelum mengeluarkan muntah air sahaja. Pahit.
" Abang! ," dia memanggil suaminya.
Lama menunggu, mungkin Amsyar tidak mendengar panggilan itu. Selepas membersihkan mulut dan berkumur, wanita itu duduk di birai katil.
" Mama cakap sayang panggil abang, ada apa? Nak abang tolong tukarkan baju ke? ," soal Amsyar nakal.
" Reen tak sedap badanlah.. Kalau kita jalan tu esok-esok boleh tak? ," Ayreen berterus terang.
Amsyar berjalan ke arah isterinya. Dia terus melekapkan tapak tangan di dahi Ayreen.
" Nak pergi klinik? ," soalnya.
Ayreen menggeleng. Dia menyatakan dirinya hanya perlu berehat sebentar, mungkin nanti akan ada perubahannya.
Amsyar akur.
Malamnya seperti yang dijanjikan, Amsyar akan menginap di rumah Aliff sementara menyelesaikan kes sahabat baik mereka itu. Sudah masuk beberapa minggu, dah hampir sebulan jejaka itu menghilangkan diri tanpa jejak.
Mengikut siasatan polis, banyak bukti yang menyatakan Riz terlibat dalam kemalangan yang mungkin disengajakan. Riz sepertinya terpelanting jauh ke dalam semak membuatkan tiada sesiapa yang menjumpai dirinya. Sama ada hidup atau mati, pihak polis juga tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.
Pelakunya juga belum ditangkap, tetapi Amsyar dan rakan-rakannya yang lain masih tetap dengan pendirian mereka. Terdapat tiga orang suspek yang berkemungkinan dalang disebalik semua yang terjadi, iaitu Syed Al Amin, Anis Syafiqa ataupun..
Danish.
[ 3 AM ]
" Aku yakin dengan perancangan kita ," ujar Aliff, dia menepuk bahu Amsyar.
" Wei, aku nak tanya. Apa bukti yang korang syak si Anis tu dalang semua ni? ," soal Amsyar teliti.
Aliff dan Hazri masing-masing mengangkat kening mereka.
" Bukan apa, kebetulan masa Riz keluar warung tu.. Anis pun cau pergi tandas. Lama jugalaa dalam sepuluh minit, sebab tu aku syak dia. Tapi benda ni tak pasti lagi ," kata Aliff .
" Kawasan tu ramai bhai, macam mana orang sekeliling tak perasan benda ni jadi? ," soal Amsyar lagi.
" That's why aku syak Danish jugak. Dia boleh dikatakan professional bab langgar and selok belok jalan ni. Kau ingat lagi tak masa korang Riz escape dari orang dia sendiri? ," Aliff bersuara .
Flashback..
" Oi bangang, cepatlah naik ," secara tiba-tiba muncul BMW putih di hadapan kami berdua.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...