Jap, aku rasa macam tak percaya sekarang ni dah bab 23 hahaha ok bai.
Seminggu berlalu..
Ayreen POV
" Woi, Iz. Awak tak balik rumah sendiri ke? ," aku menyoal Iz yang sibuk menonton tv.
" Ni rumah aku . Nak pergi mana lagi? Takkan aku nak lari dari tugas boss aku? Gila , maut nanti kau nak ganti nyawa aku? ," jawab Iz , seperti biasa akan ada ayat konon deep di akhir pertuturannya.
Benci.
Satu lagi, dah seminggu aku tinggal dekat rumah ni memang dia tak pernah tanggalkan topeng mukanya . Hoodie memang tanggal tapi topeng je kekal . Dia pakai lens mata warna hazel .
Aku teringinlah jugak nak tengok wajah sebenar dia tapi bila disuruh bukak, jawapannya tetap sama.
" Aku takut nanti kau jatuh hati dengan aku "
Geli.
Tingg!
Telefonku berdering ringkas.
Hey, pukul 4 saya tunggu luar rumah. Jangan lupa 😘 - AMIN
Amin ? Ya, memang Amin . Aku tahu korang tertanya-tanya sejak bila aku dengan Amin contact semula kan?
" Haa, senyum tu dah kenapa? Kau nak keluar lagi? Lately ni aku tengok kau selalu keluar, dengan siapa? Aku bagitahu boss aku karang ," ugut Iz , dia melompat dari sofa lalu mengambil telefonku.
" Janganlah! Bagi balik! "
" Amin? Jangan cakap ni Syed Al Amin? "
Aku merampas telefon dari tangannya lalu berlari naik ke bilik.
♚♚♚♚
Flashback...
Seminggu yang lalu.
" Ayreen, tunggu! "
Langkah mereka serentak terhenti mendengar jeritan tersebut. Iz segera mendekati Ayreen sebelum barang-barang di tangan kanannya diletakkan dibawah lalu menggenggam tangan gadis itu.
" Awak buat apa dekat sini? ," soal Ayreen kasar.
" We need to talk. Sayang, please.. Sekejap je, penting sangat ," pujuk Amin .
Ayreen memandang wajah Iz seketika.
" Just both of us ," sambung Amin.
Iz mengangguk perlahan , dia menunggu di tiang pusat beli belah itu. Entah apa yang merasuki dirinya sampai tiba-tiba cemas lalu memegang tangan Ayreen. Dia sendiri tidak tahu.
Ayreen memandang wajah Amin, dia hanya diam seribu kata.
" Okay first, saya minta maaf sebab hal yang lepas. Tasha dengan saya takda hubungan pun, dia gunakan saya masa tu entah kenapa ," jelas Amin ringkas.
Bohong atau benar?
" So? Why awak tak pertahankan saya masa saya dihina oleh dia? ," aku menyoal lagi, masih dengan nada yang kasar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...