Tasha POV
Mesti korang jarang dengar POV aku kan? Ye, aku taulaa Ayreen dengan Amsyar tu watak utama. Kadang-kadang aku rasa macam benci semacam je dekat Reen, bukan ape.. ni hidup realiti bukannya DRAMA.
Perlu ke Amin suke dia jugak?
Well, aku tak bodoh lagi. Ingat balik part aku nak pergi tandas haritu.
flashback (bab 5)..
" Tunggu i, i nak pergi tandas. Jangan bagitahu dulu sebab i pun nak tahu jugak! ," Tasha meminta diri buat seketika.
Amin hanya buat tidak endah dengan pesanan gadis itu. Malah, dia asyik memandang wajah Ayreen. Apa masalah jantan ni?
" Reen, tolonglah.. Saya tahu cara awak tahu hubungan saya dengan Tasha tu teruk sangat. Tapi, bagi saya.. saya dengan Tasha takde apa-apa! Tak macam apa yang awak fikirkan..."
Ayreen hanya diam, membiarkan Amin berbicara.
" Saya sukakan awak, sejak pertama kali saya nampak awak dalam kelas dan saya ikut sampai ke kantin masa hari pertama awak dekat sekolah tu.. Tolong Ayreen. Bagi saya peluang. Biar saya bahagiakan awak, Ayreen, " kata Syed Al-Amin kedengaran tulus.
Ayreen cuba mencerna apa yang dia katakan.
" Bagi saya masa untuk fikir ," Ayreen terus meninggalkan tempat itu.
end flashback..
Haa, dah ingat? Actually, memang aku pergi tandas, tapi aku adelaa letak perakam suara dekat bawah meja. Pernah tengok alat kecil tu? pi la search google sendiri. hahaha
Aku tak bodoh lagi.
Perempuan mana tak sakit hati kalau boyfriend dorang suka perempuan lain? Sebab tu aku benci Reen, tapi memang aku benci dia dari kecik hahahaha aku suka tengok dia kena marah.
" Kau tengok arr , mulai esok aku akan biarkan hidup dia merana selagi Amin sukakan budak tu "
Aku tersenyum sinis.
○○○○
( Ayreen pov )24 Ogos 2017
Tak sangke kan? Dah hampir tiga bulan nenek meninggal, hampir tiga bulan jugak aku sekolah dekat sini. Aku rindukan nenek.. begitu jugak umi dengan walid.. Sekarang aku takde tempat nak meluah, MakLong dan Paklong memang ada tapi aku tak selesa.
Mesti korang pelik sebab aku takde kawankan? Aku benci ada kawan, aku dari kecil dah biasa hidup dalam kebencian. Aku benci pertelingkahan, ada pun kawan tapi kalau dah tak bersefahaman memang susahkan? Kalau korang dapat yang memahami tu, jagalah baik-baik.
" Ergh, bencinya dramaa!! ," aku menyeka air mata yang mengalir di pipi.
Sedar tak sedar, aku dah sampai depan kelas Amsyar.
" Hey, kenapa nangis ni? dah tahu kau buruk, kenapa nak tambah lagi buruk ? ," suara Amsyar menyapa gegendang telingaku.
Aku menjelingnya kemudian membuat 'rolling eye'.
" Tak nak ah kawan awak, benci laa ," aku terus maju beberapa tapak sebelum Amsyar menarik lenganku yang berlapik.
Dia memandang tepat pada mataku.
" Kenapa kau menangis? ," soalnya dengan nada yang lembut. super duper lembut.
Jarang aku nak dengar.
" Takde ape hahaha. Awak tak nak balik ke? Kata nak balik dengan Saya. Semua dah balik kut ," kataku seraya menyeka sisa air mata.
Dia tersenyum kemudian menghulurkan tangannya ke arahku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay With Me? ✔
Roman d'amourPREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...