Bab 37

3.1K 92 0
                                        

Bangg!! Bangg!! Bangg!!

Ketukan pintu yang amat kuat membuatkan Amsyar dan isterinya tersedar dari lena. Amsyar mencapai tuala lalu dililitnya di pinggang.

Jam sempat ditilik sekilas. Ianya menunjukkan pukul 5 pagi. Siapa yang ketuk awal pagi buta ni?

         " Siapa bang? ," soal Ayreen yang masih terpisat-pisat di atas katil.

Amsyar menoleh ke arah isterinya.

          " Takpe, abang tengok jap ," jawab Amsyar lembut.

Amsyar POV

Kaki terus melangkah ke arah pintu utama rumah. Pintu dibuka perlahan sebelum ianya ditolak kasar dari luar. Wajah Aliff dan Hazri terpacul di muka pintu.

           " Telefon kau mana? Asal aku call tak jawab bodoh! ," marah Aliff .

            " Bila kau call? Sorry wei, aku tak sempat tengok phone pun lepas aku balik dari pejabat tadi ," kataku sebelum menjemput mereka duduk di ruang tamu.

Hazri hanya diam.

             " Kitorang baru balik dari balai polis. Masa nak balik tadi, aku jumpa banyak darah atas jalan tar dekat dengan kawasan semak hujung jalan tu ," terang Aliff lebih tenang.

              " Jadi? Kenapa ketuk pintu rumah aku bagai nak roboh? ," soalku lagi.

Ya, masih tak puas hati dengan dorang yang ketuk pintu rumah aku macam nak roboh.

Ayreen mulai kelihatan dengan baju t-shirt dan seluar tracksuitnya. Dia berdiri di sebelah sofa di mana aku duduk.

         " Ada apa ni? ," soalnya sopan.

         " Riz "

         " Kenapa dengan Riz? ," giliran aku pula yang menyoal Aliff.

          " Kitorang bawak dia jumpa Anis sekali, Riz cau awal. Dalam beberapa minit lepas tu, kitorang nak keluar dari warung. First aku tak perasan kereta dia ada, bila Aliff tegur baru aku nampak. Kelibat dia langsung tak kelihatan sekitar tu ," kata Hazri, dia mengawal perasaannya.

          " Tapi bila aku jalan sekitar semak tu, darah merata je atas jalan tar Am.. Tak aku pun fikir benda tu tak mungkin, sekarang kita tunggu polis buat siasatan je lagi ," sambung Aliff pula.

Aku termangu.

♧♧♧

       Dua minggu kemudian...

 
         " Sayang! Awak okey ke? ," soal Amsyar cemas.

Ayreen keluar dari tandas dengan wajah yang pucat. Dia memegang kepalanya sebelum mendekati Amsyar. Suaminya itu terus membantu dia untuk duduk di sofa.

Sudah beberapa hari keadaan isterinya masih sama membuatkan Amsyar lebih khuatir. Sehinggakan mamanya menawar diri untuk menjaga Ayreen buat sementara waktu.

Kes Riz juga masih belum selesai.

           " Abang dah suruh mama buatkan bubur untuk sayang. Nanti makan tahu? Abang kena uruskan hal Riz kejap lagi, risau pulak tengok keadaan sayang macam ni ," ujar Amsyar, rambut isterinya dielus lembut.

Ayreen mengangguk .

Selepas Amsyar berpamitan, mama kepada lelaki itu keluar dari dapur. Wanita tua itu mengajak Ayreen untuk naik ke bilik dan beristirehat di sana.

Stay With Me? ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang