Bab 27

3.1K 109 0
                                        

Flashback...

         " Kau berangan apa? Masuklah "

         " Ye, masuklah ni . Eh? Kenapa kita masuk dalam butik ni? Awak cakap nak beli barang awak. Ohh , tukar jantina ke? ," lancar sahaja lidahku berkata-kata.

Secara tiba-tiba lelaki itu menyekeh kepalaku sehingga hair clipku terjatuh ke lantai .

          " Padan muka "

Aku merengus sambil tunduk mengambil hair clip tersebut. Iz terus meluru masuk ke dalam butik sebelum dia berbicara dengan seorang perempuan bertudung yang mungkin bekerja di situ.

         " Aku terima arahan untuk bawa kau beli semua barang ni ," kata Iz ringkas.

Arahan?

Siapa?

           " Arahan sia- "

           " Ni koleksi dress terbaru di butik kitorang. Boleh pilih sendiri ea? Saya tinggal ," ujar gadis bertudung itu sebelum dia berlalu pergi.

           " Jangan banyak tanya, pilih je. Aku tunggu dekat sana ," Iz mengambil tempat di sofa yang tersedia ada.

Beberapa minit berlalu..

Dress berwarna putih, dusty pink, cream dan maroon menjadi pilihanku . Banyak ea?

         " Woi Iz, saya boleh ambil berapa je? ," aku menyoal Iz yang sedikit jauh dariku.

          " Lebih dari 10 "

Aku menjeling lelaki itu. Orang tanya baik, dia jawab macam tu. Geram aku!

Stay With Me? ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang