" Kau betul nak pergi sorang ke malam ni ? ," soal Riz mendatar.
Wajah Amsyar ditenungnya , mengharap jawapan yang berbeza daripada jawapan ketika mereka di sekolah tadi.
Jam tangan dipandang sekilas.
1:30 petang.
" Betul laa, takkan aku nak main-main? ," jawab Amsyar, tangannya memusing-musing pisau rembo kegemarannya.
" Tapi kalau apa-apa jadi dengan kau macam mana, bodoh? ," marah Riz. Nadanya naik seoktaf.
Amsyar tersenyum sinis. Dia berhenti dari perbuatannya kemudian wajahnya terus memandang ke arah Riz.
" Kau rasa kalau aku mati sekalipun, kau ingat ada ke yang risaukan aku? Kau ingat ada ke?? ," Amsyar terus berdiri dari duduknya.
Riz hanya terdiam apabila mendengar suara Amsyar yang kian meninggi.
" Kau ada kitaorang. Perempuan yang kau suka tu, em siapa nama?.. Haa, Ayreen tu. Takkan dia tak ingatkan kau? ," kata Riz lagi.
( Amsyar POV )
Automatik aku memandang wajah Riz apabila dia menyebut nama gadis itu. Gadis yang pernah mencuri hatiku, ya sehingga kini. Perasaan aku tak pernah hilang.
Mesti korang rasa aku ni tiba-tiba ada perasaan dekat dia.. kan? Tak, aku suka dia sejak pertama kali aku tengok dia dekat kantin haritu. Aku tak sangka end up dia dengan Amin . Laki yang aku benci selama ni yang pernah buli aku.
flashback..
" Wey, kau tengok ape tu? ," soal Danish hairan.
Amsyar memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah gadis tadi.
" Lawa siot, budak baru ke? ," soal Riz.
" Tapi tu bukan Amin ke? Syed Al-Amin yang kau benci tu? ," Riz menyoal lagi.
Amsyar mengangguk.
end flashback..
Haa, dah ingat? Ya, bila aku tengok perwatakan dia , cara pergaulan dia lain daripada yang lain..
" Kau termenung apa, sial? ," soal Riz, bahuku ditumbuknya kasar.
" Takde arr, aku just fikir yang aku nak jumpa Ayreen.. aku takut nanti ni kali terakhir aku jumpa dia ," kataku dengan nada sayu.
Riz menjelingku.
" Eii , babi lahanat betul mulut kau ni, dahlah pergi jumpa la. Bodoh . Malas aku layan kau ," lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan ku.
Sempat aku tertawa kecil.
Macam mana aku nak jumpa Ayreen? Phone dia takde, sekolah dah pasti dia dah balik.
Rumah? Taman Ria tu rumah Tasha. Takkan dia tinggal situ tapi dia pernah bagitahu..
" Ee, semaklah! Baik aku pergi tengok ," penat mendengar kata hati, aku segera mencapai kunci kereta.
○○○○
YOU ARE READING
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...