Part 3

166 17 0
                                    

FLASHBACK + Bella POV
"Bella, I nak jumpa dengan you kejap" Haris? Second hottest boy dekat sekolah. Eh jap, macam mana dia kenal aku eh? Belum terjawab tanda tanya aku Haris menarik lenganku untuk mengikuti langkahnya.

"Nah, sandiwich" Sekarang kami berada di kantin sekolah. Selamba dia eh ajak ponteng.

"Thanks" ujarku. Aku masih melihat bibirnya untuk melontarkan kata-kata namun dia beriak biasa sambil menjamah sandwich.

"You ok tak ni? Kenapa tak makan?" Soalnya.

"Apa motif kau heret aku sampai sini? Setakat nak ajak ponteng sambil makan sandwich lain kali we. Kalau rasa nak jumpa please lain kali bukan masa belajar Haris! " nadaku agak tinggi dan tegas. Haris memandang wajahku tanda tidak percaya sikap sebenar aku begini.

"Dear Nabila Syahira, I nak jumpa dengan you cause I nak confess perasaan I. Jangan marah-marah, just chill. Hari ni cikgu mesyuarat, no worries dear love" muka bengis aku bertukar blushing. Sweet gila mamat ni! Takleh ni kena jual mahal sikit

"Kau ramai fans kan? Buat apa pilih aku yang garang macam singa ni" sambil-sambil tu buat muka kerek sikit, HAHAHAHHA

"You tahu kan yang beratur tu semua perempuan gedik. Tak kenal halal dan haram, I suka macam you jenis tutup aurat dan limited" ish dia ni, buat aku tak reject dia tho.

"Maybe ok.." tuturku perlahan.

" Serius? Thanks, Love you" senyuman lebar diberikan oleh lelaki itu. We! Pipi aku takleh berhenti blushing!!

Baru aku tahu Haris and Aniq punya perangai macam mana. Tengok rupa nampak poyo, jumpa-jumpa friendly rupanya.

"Naik kelas eh? Jom?" Aku mengangguk lalu berjalan di sisinya. Hari ni je la boleh sweet sebab takde cikgu nampak, hehe.

"Bye! Take care !" Haris menuju kelasnya di atas. Tak dapat aku bayangkan apa yang terjadi tadi, macam mimpi !

END FLASHBACK + BELLA POV

"Macam tu la min, geng dia orang ni gentleman eh. Confess depan-depan, nanti kahwin tak tahu la macam mana." jelasnya panjang lebar. Complete dah ni boleh buat drama pukul 7. Alang-alang cikgu tak masuk, kami berbual sehingga waktu rehat. Masing-masing duk cerita pasal boyfriend, HAHAHAHA.

"Jasmin, sekarang dah rehat kan?"soal Irfan. Ketua kelas aku ni, aku penolong dia jadi sebab tu la dia tanya. Aku melihat jam tangan and ya memang dah rehat.

"Yup, dah rehat. Suruhlah dia orang cau" Irfan mengangguk faham lalu semua beredar keluar dari kelas. Belum sempat aku menyimpan barang ke dalam beg, dua hero malaya muncul di hadapan kami.

"Assalamualaikum" sapa mereka serentak. Nasib kat kelas takde orang kalau tidak kantoi habis hubungan kita orang semua. 

"Duduk sini je la eh, belakang blok ada mak cik cleaner" ujar Aniq. 

"Date dengan awek kasi sweet la sikit Aniq. Apa barang belakang blok?" sindir Haris. Kami berkongsi ketawa sementara. 

"Jom la makan, lapar dah ni" rengek Aniq. Kami mengambil tempat melabuhkan punggung.  Masing-masing diam sambil menjamah makanan yang dibelanja. Sedaplah orang belanja kan. 

"So how about kita cerita kisah hidup masing-masing?" Haris memecahkan kesunyian. 

"Jasmin start dulu boleh?" pinta Aniq. Selebar-lebar tidak senyuman diberikan untukku. Haish, aku jugak yang kena. Tanpa melengahkan masa, aku mulakan cerita. Bukan suruh cerita pasal sejarah negara Zimbabwe pun kan?

MY FAV SENIOR ✔Where stories live. Discover now