Apa maksud move one darinya? Lupakan segala memori aku dengan dia? Or break up..?
"Jasmin, kau ok tak ni?" lamunanku terhenti seketika mendengar suara Nazwa
"Apa kau cakap tadi?" jawabku acuh tak acuh, fikiran masih memikirkan tentang peristiwa semalam itu. 'Saya harap awak akan faham'
"Aku tanya kau ok ke tak, macam ada masalah je kau ni. Tak nak cerita kat aku?"
Aku mengeluh. Bukan tak nak cerita, cuma tak nak memberatkan lagi bahu masalah yang sedia ada. Nazwa baru je hilang mak dia, tak naklah aku jadi punca dia bersedih lagi untuk masalah aku. Aku bukannya suka pentingkan diri sendiri.
"Jasmin..?" tangan Nazwa melambai-lambai di hadapan mukaku "Yes..? Oh ya aku ok la. Jangan risau eh" Nazwa mengangguk
"Cikgu Amirah ada ajak kita jumpa Wani la isnin ni, katanya nak sambut dia keluar hospital"
sejurus itu aku melihat mesej Cikgu Amirah di phone-ku pula
"Haris cakap dengan aku Aniq ada sekali" kata Nazwa ringkas itu buat aku terkejut
"Oh~" itu saja yang mampu aku ungkapkan. Kejadian semalam menghantuiku, apa maksud Aniq sebernanya?
Aniq Putra ❤ incoming call
Nama yang muncul secara tiba-tiba di kaca skrinku. Seraya itu juga aku menekan simbol hijau.
Aniq Putra ❤ end call
Dahiku berkerut. Tidak memahami apa yang terjadi. "Tertekan maybe" kataku hanya untuk menyedapkan hati yang risau. Apalah makna dia semalam tu, haih~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kejap we, aku nak ikat tali kasut" kata Nazwa seraya itu mataku melilau melihat persekitaran hospital yang besar itu "Eh? Tu bukan ke.." ayat yang terpacul di bibirku membuatkan Nazwa memandangku "Apa?"
"Aku nampak Wani" Ya aku nampak kelibat Wani duduk di kerusi roda dan ditolak bersama Lisa. Maybe aku salah orang? Baru sahaja Cikgu Amirah berkata Wani akan bertolak dari hospital pukul 12 pm. Jarum jam baru menunjukkan 11.45 pm.
"Jom la kita naik dulu" aku mengangguk setuju lalu punat simbol ke atas lift aku tekan
"Lupakan je pasal tadi, aku rasa aku salah orang" Nazwa mengiyakan kata-kataku
Seraya lift terbuka. Kami terus menuju bilik Wani lalu daun pintu ditolak. Alangkah terkejutnya kami kerana Wani tiada di atas katil tersebut. Lebih menghairankan lagi bilik itu seperti telah dikemas rapi seolah-olah Wani memang telah keluar.
"Am I right?" aku terus laju menuruni tangga sehingga tingkat lobi hospital tersebut. Mata aku mencari-cari kelibat Wani dan Lisa tadi namun hampa tiada. Apa yang berlaku sebernanya?
Tangan aku laju mencari contact number Lisa lalu telefon namun tiada reaksi. Begitu juga dengan Cikgu Azlina dan Cikgu Amirah, hampa. Tanpa membuang masa, aku memberanikan diri mencari contact Aniq lalu call and yeah sama
Aku melepaskan keluhan berat "Kenapa dengan semua orang hari ni?" aku melabuhkan punggung kerusi yang berada berdekatan itu "Call mama kau pulak la Min. Tunggu sini buat apa?"
"Eh Wani, Nazwa !" mata kami beralih kepada Haris yang muncul di hadapan kami. "Buat apa kat sini?" aku mengerutkan dahi "Nak jumpa Wani la tapi tak ada. Punya beria Cikgu Amirah ajak semalam last-last semua hilang tanpa khabar"
"Dia orang dah balik" jawab Haris ringkas. Dah rancang ke apa ni dia orang ni?
"Oh BTW Aniq tak cakap dengan kau yang dia nak jumpa kau kat sekolah?" pantas kepalaku menggeleng. Since haritu langsung dia tak mesej or call. "Sekolah? Kan cuti?"
"Aniq ada urusan kat sekolah. Katanya ada hal pasal pengawas, Shati pun ada" aku menjungkitkan kening "Apahal kau sebut nama Shati tiba-tiba?"
Haris tergelak kecil "Semalam Shati ada mesej aku. Dia cakap dia nak kau datang hari ni kat sekolah untuk dia jelas apa patut and... mintak maaf" aku terkejut. What a suprise ! "Takpe.. aku dah lama maafkan dia"
"Jom la" Kami bingkas bangun dari duduk. "Naik apa ni?" ya la, takkan nak jalan kaki pulak. Jauh kot hospital ni dengan sekolah.
"Takpe, kita naik grab and aku belanja" aku dan Nazwa mengikuti Haris. Dari menunggu grab sehingga masuk dalam kereta dan keluar masuk ke perkarangan sekolah. Keadaan sunyi sekolah membuatkan aku berasa agak janggal sedikit.
"Mana Aniq?" soalku seraya itu juga mataku melilau mencari kelibat Aniq yang tidak muncul dari tadi.
VOTE, THANKS
Your final part : 1 November 2019
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Teen FictionJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...