Usai bergambar dan berbincang bersama Cikgu Shariah, aku dan Bella pulang ke kelas. Boleh tahan lama jugak tadi Cikgu ajak bincang. Aku melabuhkan punggung di tempat dudukku, terlintas dalam fikiranku tentang kata-kata Wani, Lisa dan Bella tadi. Mungkin tiba masanya aku ubahkan keadaan seperti dulu.
"Bella, nanti rehat aku rasa aku nak jumpa Aniq la"
"Kenapa? Jangan cakap aku yang kau nak mintak putus !"
"Aku nak mintak maaf dekat dia, aku rasa serba salah sangat sekarang ni dekat dia" Bella tersenyum mendengarnya
"Bagus la kalau macam tu"
"KRINGG !" loceng tanda rehat bermula berdering.
"Hai guys !" sapa Ell, lantas Bella menarik lengan Ell menaiki anak tangga. Tahu-tahu je la kan nak pergi mana tu.
Aku mengatur langkah ke kantin untuk membeli makanan.
"Jasmin, Aniq dengan kawan dia dekat belakang makmal komputer. Jom?" ujar Bella.
Aku mengikuti langkahnya bersama Ell
"Jadi kenapa ajak jumpa ni?" soal Aniq, sekarang tinggal kami berdua di belakang. Yang lain tolong jaga line
"Untuk 2 bulan ni saya mintak maaf sangat-sangat sebab tak tegur awak, saya tahu saya sanggup lebihkan ego dari rindu saya kat awak"
"Boleh saya tahu kenapa awak tiba-tiba berubah?"
"Sejak kejadian haritu kat kelas awak haritu, saya tak tahu kenapa saya marah sangat dekat awak. Tapi sekarang baru saya sedar, saya dah buat silap yang besar"
Aku merenung matanya dalam-dalam. Sungguh aku rindu lelaki ini yang selalu buat aku senyum sendiri.
Lenganku ditarik kasar seseorang " Ikut aku pergi bilik kaunseling sekarang, Cikgu Azlina panggil"
WANI POV
Sekarang aku, Qis dan Lisa sedang sibuk menjamu makanan sendiri.
"We, tu bukan Syazwina dengan Dyrah ke? Apa dia buat kat bilik kaunseling?"
"Jangan cakap dengan aku dia bagitahu Cikgu pasal Jasmin and Aniq !"
"Tak boleh buat apa dah Wani"
Aku mengeluh kasar "Bukan aku nak back up benda salah, tapi masalahnya dia orang selalu cakap yang Jasmin dengan Aniq pura-pura gaduh supaya dia orang tak balas dendam. Tapi sebernanya benda tu betul je. One more thing, korang tahu-tahu je la kan dia orang kalau cerita semua gempak-gempak"
Mata aku dari tadi perhatikan arah pergerakan Syazwina dan Dyrah seperti mencari seseorang
"Qis, awak nampak tak Jasmin dekat mana?" soal Syaz sambil bibirnya mengukir senyuman sinis
Qis mengangkat bahu tanda tidak tahu
"Wani, tu bukan Jasmin ke?" bayangnya muncul di hadapan bilik kaunseling, aku terus menuju ke arahnya
"It's ok, aku faham" jawab Jasmin ringkas sebelum melangkah masuk ke dalam
"Ni baru sikit Wani" sambil bahuku ditepuk
"Aku tertanya-tanyalah, selama ni apa motif kau rapat dengan Jasmin eh? Sebab nak putuskan hubungan dia dengan Aniq diam-diam? Talam dua muka !"
"Aku gaduh dengan dia sebab kau Wani ! Kau puncanya Wani ! Kalau mulut kau tak celupar haritu tak adanya kita orang berdua gaduh kau tahu !"
"Kalau salah aku, kenapa nak libatkan Jasmin?"
"Sebab aku tahu korang akan rapat, kau akan sayang dia macam adik kau" kata-kata terakhir Shati sebelum melangkah pergi.
"Kerja dia ke Wani?" soal Bella, aku hanya mengangguk.
"Pasal kita orang, dia bagitahu?" soal Ell pula dan aku hanya mengangguk.
"Ni kerja kau kan Wani? Kau rapat dengan Syazwina, Dyrah dan Shati kan? Nasib baik dari dulu aku tak percayakan kau"
"Hana, Wani baik la. Apa masalah kau ni?" Bella cuba meredakan situasi
"No ! Aku nampak tadi Syazwina jumpa dia masa rehat, cakap je la kau komplot dengan dia kan !" aku meraup kasar wajahku, dah entah kenapa budak ni.
"Kau kalau tak tahu apa-apa baik diam. Dia dah banyak tolong Jasmin kot, takkan kau tak nampak?" Hana terus melangkah pergi, jelingan sekilas diberi untukku.
"Betul ke apa Hana cakap tadi?" sambil Bella melangkah ke arahku
"Kau tahu kan aku side yang mana?"
END WANI POV
VOTE, THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Novela JuvenilJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...