Part 19

48 11 0
                                    

2 bulan berlalu...
Nazwa Irdina? Dia pernah duduk tempat Bella sekarang ni. Dialah BFF aku selama 4 tahun. Yup, aku rapat jugak dengan Bella tapi aku rasa aku lagi rapat dengan Nazwa.

Nazwa terpaksa ikut ayah dia ke UK sebab ada urusan kerja, bulan September ni dia balik. Tapi apa kena mengena dengan Syazwina? Lagi peliknya dengan Aniq ?

"Uit Jasmin ! Jauh termenung" sapa Wani

"Kan Wani, jauh sangat tu. So far away" tambah Bella pula.

"Korang.." panggilan itu terbiar meleret, serta-merta mereka duduk di hadapanku

"Dah 2 bulan we aku tak tegur Aniq, aku rindu dia"

"Habistu kalau rindu, tegur je la. Apa susah?" Lisa mencelah lalu melabuhkan punggung di sebelahku.

"Aniq banyak kali start conversation dengan aku tapi aku tak layan, aku sedar aku ni ego" keluhan terbit di bibirku, aku kesal dengan sikap sendiri.

"Kalau kau diam macam ni, Shati makin menjadi-jadi we. Kau tak boleh bagi Shati menang perang ni, kau akan nampak lemah dekat mata dia orang" kata Lisa

"Kalau kau nak tunjuk kau lembik kau stay jadi ego, mendiamkan diri. Tapi kalau kau nak tunjuk kau kuat, lawan Jasmin ! Ni masanya side lain kau tonjolkan, bukan simpan" kata Wani pula

"Kadang-kadang diam itu lebih baik korang"

"Tapi dalam perhubungan cinta, diam itu membunuh secara senyap. Makin lama kau akan tawar hati dekat dia end up putus, itu ke diam yang baik Jasmin?" Bella pula bersuara, aku cuba hadam baik-baik setiap bait kata mereka. Benar belaka setiap tuturannya.

"Tapi marah aku dekat Aniq tak hilang lagi.."

"Sampai bila kau nak menangkan ego kau Jasmin? Nak ikutkan marah kau je. Nanti kau biasa hidup tanpa Aniq seolah-olah kau dah break up and move on dengan dia"

"Cubalah berbaik Jasmin, aku percaya Aniq faham perasaan kau. No worries ok?"

Aku menghela nafas panjang, risau Aniq yang aku kenal dulu dah hilang.

"Murid-murid diminta masuk ke dalam barisan kerana sekejap lagi perhimpunan rasmi akan bermula" suara guru bertugas menerpa gegendang kami.

Perhimpunan berjalan lancar sehingga..

"Pada 2 dan 3 Mei yang lalu, sekolah kita telah menghantar wakil seramai 14 peserta untuk bertanding dalam pertadingan bola jaring peringkat MSSD Gombak"

"We nanti kena pergi depan, kena lawa-lawa ni !" Bella dah gelabah teruk betulkan tudung.

Nama mereka disebut sehinggalah namaku

"Jasmin Ariana Binti Mohd Zaquan !" Aku mengaturkan langkah ke hadapan.

"Tunggu kat belakang ya, kita ambik gambar" aku mengangguk faham kata-kata Cikgu Shariah

"Kau tak layak dapat sijil ni, masa kita bertanding haritu bukan kau main pun !" Shati menjeling tajam ke arahku.

"Kau tak sedar ke kau tu pengawas Shati, tak payah nak buat kecoh la kat sini !" Wani menolak kasar tubuh Shati sebelum Shati membalas

"Salah ke apa yang aku cakap?" Sinis senyumannya.

FLASHBACK

3 Mei, hari kedua kami bertanding. Hanya tinggal 3 buah sekolah untuk berlawan. Semalam kami berjaya memenangi semua perlawanan, alhamdullillah.

Sekarang ini kereta Cikgu Shariah meluncur di jalan raya menuju ke gelanggang perlawanan. Usai sampai sahaja..

"Min, teman aku pergi tandas jap"

"Series la Bella, kau ni !" Lantas Bella menarik lenganku.

"Cakap dengan cikgu kita orang pergi tandas eh, nanti jumpa kat dewan" Wani mengangguk faham.

"Aku tunggu kat luar eh Bella"

Sedang aku sibuk melilaukan mata melihat kecantikan sekolah ini tubuhku ditolak kasar 3 gadis ini

"Kau nak apa cari gaduh dengan aku?" Tanpa berfikir panjang mereka terus menghumban aku ke dalam longkang berdekatan. Dipijak - pijak dan ditumbuk-tumbuk aku tanpa belas kasihan

"Apa salah aku?" Suaraku tersekat-sekat, tak tertahan mahu melawan mereka

"Woi ! Benda korang buat !" Serta-merta mereka lari lintang-pukang apabila mendengar suara Bella.

Atas sebab itu aku tak dapat ikut serta main. Sumpah aku tak faham siapa mereka dan apa motif dia orang buat macam tu.

END FLASHBACK

VOTE, THANKS

MY FAV SENIOR ✔Where stories live. Discover now