" Pftt !! Tukar padang ! " Jelas setiap dari kami bertujuh menonjolkan muka hampa.
"Masih ada lagi satu peluang" kataku hanya untuk menyedapkan hati semua.
Aku menggenggam erat tali berwarna coklat itu. Aku tak mahu kalah lagi.
Perlawanan bermula, kali ini kami bertujuh bagaikan duduk di kutub utara magnet. Jebat pula duduk di di kutub selatan. Apa dia orang buat sampai kuat tiba-tiba ni?
Sewenang-wenangnya kami ditarik mereka.
"Takpe, korang dah buat yang terbaik" kata Cikgu Aishah sambil bibirnya mengukirkan senyuman.
Aku sekarang takde masa nak senyum. 100% dalam diri aku penuh dengan kekecewaan dan kesedihan. Begitu juga dengan yang lain, kami pulang ke kelas dengan hampanya.
"Kita pergi tandas kejap eh" Aku mengangguk setuju. Jasmin turut ikut di belakang.
"Jasmin, kau kelas apa?" soal Shati.
"Aku kelas 5B,atas je HAHAHAHA" Aku tersenyum, asal comel sangat dia gelak. Bualan itu serba sedikit menghilangkan kesedihan kami.
Usai sahaja aku pulang ke kelas bersama Shati. Aku menuju ke meja Qistina untuk berbual.
"Qis nak tahu tak, saya menyampahlah dengan Wani tu. Banggalah Lekir dapat nombor satu lumba lari. Padan muka Lekir kalah tarik tali tadi, baru nak buat muka sedih." kata-kata Dyrah membuatkan aku sentap.
Aku tak sangka Dyrah macam tu, depan baik belakang kutuk aku. Bila masa aku cakap pun aku tak tahulah.
"Ni Wani?" Qis menunjukkan jari telunjuknya ke arahku.
Muka Dyrah berubah serba salah. Aku beredar dan kembali ke asalku. Jangan sampai aku tak mengaku kau kawan Dyrah, dah lah buat cerita bukan-bukan pasal Jasmin.
"Kau ok Wani? Moody semacam je" soal Lisa yang duduk di sebelahku.
"Penat sikit pasal tadi lagipun Jebat menang kan? Untung la" aku mencuit lengan Lisa.
"Sakit la ! Kau rehatlah dulu sebelum aku kena tempias lagi" Aku ketawa mengekek, suka usik dia sampai merajuk !
Aku melihat ke luar tingkap seketika, hatiku berasa bimbang. Adakah Jasmin sekarang ok atau tidak? Di manakah dia? Tenangkah dirinya di sana sedangkan banyak mulut yang membencinya di dalam kelas ini. Aku kena cari Jasmin !
"Lisa, jom pergi tandas" dengan budak ni kena menipu sikit.
"Malaslah" sambil bibirnya memuncung.
"Alaaa, jomlah. Kejap je la" lantas kepalanya diletakkan di atas meja. Haish, pemalas punya budak.
Belum sempat aku keluar dari kelas, Cikgu Amirah masuk ke dalam kelas.
"Macam tahu-tahu je aku nak keluar" keluhku perlahan.
END WANI POV
"Awak dah buat yang terbaik" kata Aniq.
Sekarang kami berada di tangga berhampiran dengan kelasku. Mampuslah kalau dia orang tahu pun, apa dia orang boleh buat?
"Awak kenal Wani? Dia satu kelas dengan awak" Sampai sekarang aku tak betul-betul kenal lagi Wani.
"Classmates kan, kenal la. Kenapa dengan dia?"
"Dia kan rumah Lekir jugak, baru kenal dia tadi" Aniq mengangguk.
"Aniq ! Aniq !! Cikgu Amirah dah masuk !" jerit Haris yang lari lintang-pukang. Aniq melambai ke arahku, kakinya terus memecut laju.
Aku masuk ke dalam kelas. Kelihatan Bella jauh termenung, marilah kita kacau dia !
"Uit Bella, jauh termenung."
"Diamlah! Sibuk je" mukanya berubah tegang. Apahal dia ni?
"Kau ok ke tak ni. Ceritalah, tak elok pendam seorang-seorang"
"Aku takutlah kalau mak ayah aku tahu pasal hubungan aku dengan Haris. Nanti semua benda apa yang aku suka ayah aku sekat, susahlah nanti"
"Habistu, kau nak break dengan dia? Baru couple kot, kesianlah Haris."
"Entahlah, yang aku tahu hubungan kita orang takkan lama"
Pada masa yang sama, Cikgu yang mengajar kami masuk ke dalam kelas. PdPc berjalan seperti biasa sehingga balik.
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Novela JuvenilJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...