Hari ini di sekolah ada raptai hari sukan. Aku terlibat dengan senam robik bersama Bella, jadi tak payah masuk kelas. YEAY !!! Lama-lama duduk kat padang ni boleh burn muka aku.
WANI POV
"KRING !!!" Loceng rehat berbunyi. Rata-rata kawan sekelas aku ni dah cau terlebih awal, maklumlah cikgu semua tak masuk kan.
"Kita rehat dalam kelas je eh?" kata Syazwina. Aku bersama Zulaikha setuju, kami menjamah makanan yang dibawa dari rumah. Sekali-sekala makan masakan mak sendiri hehe.
Tiba-tiba Shati masuk ke kelas dalam keadaan tergesa-gesa.
"Kau buat apa Shati?" soalku. Dia hanya berdiam dan mengabaikan orang di sekelilingnya. Kelihatan Shati menulis di sehelai kertas, usai sahaja dia memecut keluar dari kelas.
"Aku rasa dia buat surat untuk Jasmin bagi Aniq la, tak pun dia bagi Aniq HAHAHA" tutur Syaz. Boleh jadi jugak apa yang dia cakap.
"Cer kau tengok dalam beg dia, mana tahu ada pasal Jasmin ke kan?" kata Zu.
Syaz menghampiri tempat Shati, dia membuka beg Shati dan cuba mencari apa-apa tentang Jasmin. Aku hanya perhatikan tingkah lakunya, nak je aku bagitahu Shati.
"Aku rasa dia dah bawak masa turun tadi" Zu setuju. Syaz terus zip dan mengemaskan beg Shati seperti keadaan asalnya.
"Jam di dinding terus berdetak ahh" kedengaran lagu tersebut di telinga kami. Kami mencari di mana munculnya lagu tersebut. Mesti lagu senam robik kan?
"Korang ! Jom turun kita tengok" pintaku. Kami menuju ke padang sekolah.
"Jasmin masuk kan? Aniq tengah khusyuk tu" kata Syaz. Mata aku melilau mencari bayang Jasmin. Takut-takut kalau dia buat silap, haters dia kat sebelah je.
END WANI POV
Dup dap dup dap jantung aku macam lagu pencuri hati ni, HAHAHA. Tapi aku dah biasa buat persembahan kat sekolah, cuma kali ini ada geng Aniq tengah tengok. Usai persembahan, aku menuju ke arah Shati. Dia dah macam PA tak bergaji aku hari ini. Botol air, beg and dompet dia yang tolong pegang.
"Nah surat yang kau suruh buat" aku hampir terlupa pasal ni, acctually dalam surat tu semua soalan untuk Aniq.
"Kau tolong bagi boleh?" Shati terus ke arah Aniq.
"Done" Shati menunjukkan isyarat ok.
"Thanks, nanti rehat sama-sama eh?" Shati mengangguk tanda setuju.
Kelihatan Wani datang menghampiri kami, mata kami merenung tajam ke arahnya.
"Shati, tadi Syazwina selongkar beg kau lepas kau turun semata-mata nak tahu pasal Jasmin".
"What? Syaz ni memang cari gaduhlah" muka Shati berubah tegang.
Dia menarik lengan Wani untuk mengikutinya . Siapa pulak si Syazwina ni, asal pulak lah dia nak menyibuk pasal aku? Aku mengeluh sendirian.
Shati POV
Sejak Syazwina kutuk Jasmin, aku naik benci dengan dia. Walaupun aku tak rela Aniq tak terima aku tapi aku tak sekejam Syazwina untuk sebar khabar angin orang. Apa masalah dia nak tahu sangat pasal Jasmin? Aku takkan bagitahu sikit pun la !
"Mana Syazwina?" nada marah aku lontarkan.
"Dia dengan Zu kat kantin"
Aku cuma risau diary Jasmin yang aku pinjam itu hilang. Kenapalah aku pergi simpan dalam beg?
"Masa dia bukak, apa dia jumpa?" hatiku masih dalam kerisauan. Bayang buku nota tersebut sikit pun tidak muncul.
"Dia tak jumpa apa-apa" aku menghembus nafas lega apabila buku nota itu masih terkemas rapi di dalam begku.
"KRING !!!" loceng tamat rehat berbunyi. Baru aku teringat Jasmin mempelawaku rehat bersama-sama, hatiku sayu. Rakan-rakan sekelas serta guru masuk ke kelas.
Aku mengeluh kecil. Apalah Jasmin cakap pasal aku nanti.
END SHATI POV
VOTE, THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Teen FictionJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...