Part 10

81 15 0
                                    

"Kau kata Shati nak rehat sekali Min?" soal Bella. Mata aku tak berhenti melilau mencari bayang Shati. 

Aku mengeluh kecil. "Dia ada hal, kita naik je la" 

"Jasmin ! Jasmin ! Kejap !!" jerit pemilik suara garau tersebut.

"Uyoo, boyfriend dah panggil" sindir Ell. Lengannya aku pukul, terus dia mengadu kesakitan.

"Nah surat tadi, bye !" Aniq menghulur kertas yang telah terlipat itu lalu beredar.

"Boyfriend bagi surat cinta la we !" sindir Ell lagi. Aku tidak menghiraukan, hatiku cukup berbunga sekarang ni.

Kami kembali ke tujuan asal kami ke sekolah iaitu menuntut ilmu, kami mengatur langkah ke kelas.

WANI POV

"Cikgu nak pergi pejabat kejap. Duduk dalam kelas senyap, buat kerja yang cikgu bagi"

langkah keluar guru tersebut saja, Shati terus menuju ke arah tempat duduk Syaz.

"Apa kau buat selongkar beg aku?" tegasnya. Semua penduduk kelas melihat situasi ini.

"Aku tak buat apa lah. Aku nampak beg kau terbukak jadi aku tolong zip kan. Tu pun salah ke?"

Shati tersenyum sinis sebelum berkata "Cakaplah kau nak tahu pasal Jasmin kan, dasar penyibuk !" Syaz tergamam.

Dia menjeling tajam ke arahku, aku beriak selamba. I don't care kalau masa ni dia nak menunding jari ke arahku, get lost !

Bayang Cikgu Firdaus yang mengajar kami tadi muncul di birai tingkap, keadaan kelas bertukar senyap sunyi. PdPc berjalan seperti biasa sehingga tamat masa guru ini.

Aku tersedar Shati keluar ke kelas agak lama, jumpa Jasmin ke? Tanpa berfikir panjang, aku keluar menuju ke tandas. Ok, acctually cari Shati. Hehe.

Belum sempat aku menuruni anak tangga, bayang Shati, Jasmin, Bella dan Divashini muncul di hadapanku. Mereka memandangku serius.

"Wani, sini kejap !" Aku menghampiri Shati yang berdiri di sebelah Jasmin.

"Boleh tak kau jaga beg aku?"

"Boleh-boleh" jawabku pantas. Masa ni lah peluang untuk aku rapat dengan Jasmin !

"Aku bagi harapan kat kau jaga beg tu, kau jangan jadi macam perempuan cilok tu sudah" kata-kata Jasmin membuatkan aku terkedu sebentar. Aku mengambil beg Shati dan menuju ke kelas.

END WANI POV

"Kau percayakan dia? Kenapa? soal Bella pelik.

"Aku tahu dia ialah orang yang baik dan jujur"

"Dia rapat dengan Syazwina tu kot ! Kau bukan kenal pun dia !"

"Bella, aku kenal Wani dah lama. Kau tak payahlah risau sangat eh?" Shati pula bersuara. 

Keadaan menjadi senyap sunyi

SHATI POV

Aku menaiki anak tangga dan menuju ke kelas 6 Arif tersebut. Mataku tertarik dengan Wani yang datang menghampiri.

"Beg kau" hulurannya aku sambut lalu mengucapkan terima kasih. 

Aku melabuhkan punggung di tempat dudukku.

"Kau pergi mana?" soal Aniq.

"Jumpa girlfriend kau, kenapa?" kataku sinis. 

Matanya membulat tanda tidak percaya. "Dia ada cakap apa-apa ke pasal surat tu? Dia ada balas tak? Masa aku jawab surat tu kan, aku.." 

"Aniq stop ! Aku jumpa Jasmin sebab pasal Syazwina tu la. Takde sikit pun pasal kau !" berang dengan sikap Aniq, aku mencelah. Aniq terdiam tak berkutik.

Aku mengeluarkan diary Jasmin. Perlahan-lahan aku menyelak muka surat tersebut. Setiap halaman aku perhatikan. Aku tersenyum melihat gambarnya semasa kecil, comel ! 

Aniq yang perasan kepingan gambar itu terus tubuhnya mendekatiku.

"Gambar siapa tu?" sambil mengambil sekeping gambar dan memerhatikannya. 

"Kau rasa? Takkan tak boleh cam?" Aniq mengerutkan dahi. 

"Gambar siapa ni?" Dia masih mencuba teka namun tak dapat.

"Jasmin la, masa kecik dulu" Aniq tersenyum, memandangku tak percaya

"Series la? Mana kau dapat ni?" 

"From her diary, dia kasi aku pinjam"

Aniq masih tersengih-sengih melihat gambar Jasmin itu. 

'Bayangkan rupa anak dia nanti ke macam mana ni?' 

Bersambung....


MY FAV SENIOR ✔Where stories live. Discover now