Kerusi ditarik dan beg diletakkan. Aku dan Bella melabuhkan punggung. PdPc berjalan dengan lancar sehingga kami dikejutkan dengan
"Knock knock" bunyi ketukan pintu menerpa gegendang kami.
"Cikgu, saya nak panggil Jasmin Ariana kejap. Cikgu Muzaffar nak jumpa"
"Bincang pasal apa tu?"
"Hal rumah sukan cikgu"
Aku mengikuti langkah Shati, ya dia yang datang tadi.
"Cikgu nak jumpa kat mana ni?"
"6 Arif" Shati tersenyum sinis.
Melangkah masuk ke dalam kelas itu membuatkan keadaan yang senyap sunyi menjadi bising. Tahu sangatlah tengah kumpul dosa mengumpat biar senang masuk neraka.
"Ni Jasmin cikgu" Shati membawa aku masuk.
"Panggil siapa yang masuk dalam kelas ni, kita bincang kat depan"
Kami semua melabuhkan punggung di lantai
"Ok tujuan kita berkumpul sebernanya nak bincang pasal acara 4x100 meter ni. Hasil dari lumba lari yang kita buat masa latihan rumah sukan, cikgu dah buat pemilihan untuk setiap kelas 1,2 dan 3."
'Cikgu Muzaffar ni bagus eh dah buat analisis' eh apa aku merepek ni? Tapi betul la.
"Untuk kelas 2 pelari pecut, saya memilih Jasmin ya" aku mengangguk faham.
"Kelas 1 pula Wani past baton dekat Shati and then kat Yasmin. Last, pelari pecut ialah Nadya"
"Kalau takde apa-apa kita jumpa rabu untuk latihan dan khamis untuk pertandingan. Korang boleh masuk ke kelas masing-masing"
"Jasmin, tunggu jap. Jangan balik kelas dulu"
"Kenapa?" Shati memegang tanganku untuk mengikuti langkahnya, aku turutkan saja. Mata aku menangkap tiga figura yang sedang berbual sambil memandangku, ngumpat la tu.
"FYI, this is Jasmin Ariana. Perempuan yang korang kata muka hancur tu, so ada apa nak ngumpatkan lagi?" aku perhatikan muka mereka satu persatu dan melihat name tag masing-masing.
"Kau nak kita orang buat apa? Report kat Cikgu Azlina? Cakap yang dia orang buat double date? Macam tu ke?" jelingan tajam aku ke arahnya
"Kau chill jap Jasmin, biar aku settle kan" sambil tangan Shati mengusap belakangku.
Aku menepis tangannya kasar lalu berkata "Apa kau buat pun, kau takkan mampu pisahkan dengan Aniq !" senyuman sinis terbit di bibir mereka berdua.
"Kau kena sedar Jasmin, Aniq ni playboy"
"Kan we ! Dia ada 5 ex dah, itu ke Aniq Putra yang kau sanjung Jasmin Ariana?"
hatiku resah, betul ke cakap mereka? Kalau betul, sekarang jugak aku mintak putus !
"Shati ! Say if this true or not?"
SHATI POV
'Kenapa mulut dia orang ni celupar sangat bongkar kisah silam ex Aniq ni !'
Aku melihat wajah Jasmin yang tertanya-tanya benar atau tidak. Kalau dia tahu the real story memang mati la Aniq kat sini.
FLASHBACK
Usai aku berjumpa dengan Jasmin di hadapan tandas, aku masuk kembali ke kelas.
"Shati ! Kau ok tak ni? Dari tadi aku cakap dengan kau, kau diam. Aku ada salah cakap ke tadi?" muka gelabah Aniq membuatkan aku ketawa kecil.
'Jarang mamat ni nak ambik berat pasal orang lain'
"Aku ok je la ! By the way aku nak tanya something ni"
"Apa? Tanya je la"
"Macam mana kau confess dekat dia? Mesti kau tulis surat pastu suruh Haris bagi kan? Tak pun kau suruh Haris ke siapa-siapa bagitahu Jasmin yang kau suka dia"
"Sorry ! This is Aniq Putra ok ! Mestilah gentleman confess depan-depan" muka poyo Aniq keluar 'menyampah aku🙄'
Aku menyiku lengan Haris "Betul ke?"
"Aku confess dekat Bella pun macam tu. Buat macam kau cakap tu serupa lelaki pondan kau tahu !"
Aku cuba meredakan situasi seketika. "But how Jasmin setuju? Apa kau cakap?"
"Aku cakaplah aku suka dia dah lama, dia cinta pertama aku, aku tak pernah jatuh cinta dengan siapa-siapa"
Aniq yang menyedari terus menutup mukanya, rambut diraup kasar. Dia tahu apa yang diperkatakannya tadi hanya ayat manis pelengkap bicara. Mata kami terbuntang luas, bukan tak tahu bulan Januari lepas dia getback dengan Aina.
Aina dahulunya bersekolah di sini namun pindah kerana ibunya tidak merestui hubungannya bersama Aniq. Dulu dia orang couple 2 tahun lepas, break dan Januari tahun ni getback. Kenapa break jugak tahun ni?
Mak Aina dapat tahu pasal hubungan them again. Now Aina dekat Sabah dan hubungan mereka terputus pun sebab terpaksa sekali lagi. Tapi sepanjang 2 tahun Aina tiada dalam hidup Aniq, dia tetap boleh bercinta dengan 4 orang perempuan lagi sepanjang 2 tahun tu.
Oh ! By the way, lepas Aina putus dengan Aniq 2 tahun lepas, mak dia pindahkan Aina ke sekolah lain tapi still dekat dengan sekolah. Jumpa balik pun kat sekolah agama, sebab tu boleh getback balik. Sadis bukan?
Kita orang 1 kelas tahu pasal Aniq tapi nak jaga privasi dan aib punya pasal, kita orang kunci rapat mulut masing-masing. Mak Aina punya marah tak fasal-fasal Aniq kena maki hamun depan kita orang semua. Kita orang beria simpan rahsia tu pun sebab dah janji dengan Cikgu Azlina, guru kaunseling sekolah kami supaya jangan biar perkara tu tersebar luas.
END FLASHBACK
VOTE, THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Novela JuvenilJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...