"Apa kau buat dekat sini Jasmin?"
Sabar aku dah hilang
"PAAANG !" pipinya aku tampar kuat
"Jasmin, dengar dulu saya explain"
"Nak bincang apa Aniq ! Kalau awak dah bersayang-sayang dengan perempuan ni !"
"Dia cintakan aku, Jasmin. Bukan kau !"
"PAANGG !" pipi gadis itu ditampar buat kali kedua dariku
"Cukup Jasmin cukup !" Aniq membantu Nazwa bangun
"Selama ni aku jaga batas dengan kau, kau selamba cium perempuan ni ?"
"Aku cinta kau separuh mati Aniq, ni kau balas untuk aku?"
Aku melangkah pergi sebelum lenganku ditarik
"Lepaslah !"
"Saya mintak maaf Jasmin"
"Kau dengan Nazwa boleh pergi mampus !"
Aku melangkah pergi, air mataku berguguran jatuh
"Jasmin !" aku tidak hiraukan panggilan itu
"Jasmin, kenapa kau nangis ni?"
Aku memandangnya sekilas sebelum duniaku menjadi gelap-gelita
Aku terjatuh atas pelukannya
WANI POV
FLASHBACK
"Bella, aku rasa tak sedap hati la" aku tak senang duduk sekarang ni, asal lama sangat Dyrah dengan Jasmin ni ?
"Nak pergi cari ke? Sekolah ni bukan besar mana pun kan?" aku memberi isyarat supaya pergi
Aku nampak kelibat Dyrah menuju ke tapak perhimpunan, aku menghentikan langkahnya
"Mana Jasmin?"
"Dia pergi tandas"
"Kau ajak dia pergi mana tadi?" soal Bella
"Jalan-jalan dengan dia, salah?" muka innocent Dyrah keluar
"Kalau apa-apa jadi dekat Jasmin, aku salahkan kau Dyrah ! Faham?"
END FLASHBACK
Aku dan Bella menuju ke tandas
"Eh Wani ! Tu bukan Jasmin ke?" kelibat Jasmin sedang berjalan sambil menangis
"Jasmin !" kami berlari ke arahnya
"Jasmin, kenapa kau nangis ni?" aku menarik tangannya sebelum dia terjatuh atas pelukanku
"Ya Allah ! Jasmin, kau kenapa ni?" aku menepuk-nepuk pipinya
"Aku panggil cikgu kejap Wani" Bella terus memecut laju
Aku memapah Jasmin masuk ke dalam dewan yang kebetulan hanya berada di sebelah kami
Kepalanya aku letakkan atas peha manakala badan aku biar terbaring di atas lantai
Aku menyandarkan kepala di dinding, muka Jasmin aku tatap sayu
"Kau kenapa Jasmin, aku nak ikut tadi kau tak nak. Kau memang degil Jasmin ! Tapi aku kenal kau, kau memang tak suka menyusahkan orang. Kau pandai jaga diri kau Jasmin"
"Tapi hari ni aku nampak kau lemah, muka kau pucat dari biasa. Jasmin yang aku kenal bukan macam ni, dia kuat orangnya"
"Puas hati aku we !"
"Padan muka Jasmin, dia rampas Aniq dari aku kan? Tu balasan dia !"
Suara yang rancak berborak di luar dewan
"Apa korang buat dekat sini ! Ni kerja korang kan ?" jerkah Bella
"Jom, kita bawak dia pergi bilik kesihatan" Cikgu Shariah datang lalu turut memapah Jasmin bersamaku
"Apa bukti kau nak tuduh aku Nabila !"
"We dah-dah. Nanti kita bincang masa rehat dengan dia orang" Bella pun mengikuti ke bilik kesihatan.
"Biar saya jaga dia cikgu" kata Bella
"Kalau macam tu ok la, awak pantau dia sampai sedar ya" Bella mengangguk, Cikgu Shariah melangkah keluar
"Kau boleh pergi tapak perhimpunan Wani"
"Nanti aku hantar beg kau dengan Jasmin kat sini eh lepas perhimpunan" Bella mengangguk faham, aku mengatur langkah keluar menuju tapak perhimpunan
Aku melabuhkan punggung di sebelah Lisa, keluhan terbit di bibirku
VOTE, THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Teen FictionJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...