SHATI POV
Aku menoleh ke arah Aniq, mukanya seakan merayu supaya rahsia itu usai dibongkarkan. 'Tapi Jasmin? Aku kesian dekat dia !'
"Cakap je la benda tu betul kan? Kan Aniq?" sindir Dyrah pedas lagi.
"Kau tak payah nak buat cerita eh ! Aku dah lama sabar dengan kau !" muka Aniq berubah tegang.
"Maybe hari ni kau menang Aniq ! Lambat laun terbongkar rahsia kau tu Aniq, tunggu kau Aniq !" sindir Syazwina pula
"And tell me now ! Shati ! Aniq ! Say if this true or not?"
"Jasmin, percaya cakap Aniq. Dia bukan lelaki macam tu, dia sayang kau, cintakan kau. Kau kan cinta pertama dia?"
'Maafkan aku Jasmin, aku sayang kau dan Aniq. Aku tak nak malukan Aniq depan orang ramai lagi'
"Kau pun sama je Shati, nak back up playboy ni sangat buat apa?"
"Kau diam !" jeritku sebelum aku menarik lengan Jasmin keluar dari kelas itu.
END SHATI POV
Aku mendengus, siapa sekarang ni aku nak percaya?
"Sorry Jasmin, kalau kau dah balik kelas tadi, tak adanya benda macam ni berlaku"
"Takpelah, sekurang-kurangnya aku dapat kenal orang yang sibuk jaga tepi kain aku kan?"
"Aku balik kelas dulu eh Shati? Bye" aku melangkah pergi. Masih dalam fikiranku bercelaru tentang situasi tadi tapi tak mengapa, buat apa aku nak percaya dekat orang yang suka kutuk aku?
"Bincang apa tadi dengan Cikgu Muzaffar? Lamanya" Bella menyapa usai aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Pasal acara 4x100 meter tu" bibirnya mengukir bentuk 'O'
"Kau ok tak ni? Macam badmood je tiba-tiba, asal?" aku mengeluh sebelum menceritakan situasi tadi.
"Ikut kata hati kau Jasmin, kalau kau rasa kau percayakan Aniq dan Shati ikutkan."
"Dah la we, aku malas nak fikir pasal ni lagi"
"KRINGG !!" loceng tanda rehat bermula berdering.
"Lama jugak eh aku kat kelas 6A tadi?"
"Ya lama, sebab tu aku tanya kau tadi"
Kami mengatur langkah ke kantin. Mata aku melilau mencari Ell, Syahmi kan nak date dengan Ell. Kasi chance la.
"Ell, dah jumpa Syahmi?"
"Ya dah" senyuman lebar diberikan.
"Member dah bahagia memang macam ni" sindir Bella
"Tu la Ell, dulu jual mahal. Sekarang senyum-senyum bahagia" ketawa kami meletus. Muka Ell berubah tegang.
"Korang ! Sudahlah gelak tu" Kami cuba berhenti, aku beredar membeli makanan.
Belum sempat aku berbaris, bahuku dilanggar kasar seseorang.
"Oops, sorry ! Tak sengaja nak langgar bahu perempuan kesayanyan Aniq Putra ni"
aku mengetap gigi geram, tak lain tak bukan Syazwina la yang langgar aku tadi."Kau tak boleh tak jangan kacau aku dengan Aniq, stop la !"
"No ! Selagi urusan aku dengan Aniq tak selesai lagi !" Penduduk kantin sedang memerhatikan kekecohan yang diletuskan oleh kami berdua.
" Apa? Tell me now apa masalah kau dengan Aniq? "
"Nazwa, kawan baik kau. Pergi tanya dia sendiri " Syazwina beredar meninggalkan aku.
Apa kena mengena dengan Nazwa pulak ni? Apa urusan dia dengan Aniq?
VOTE, THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Teen FictionJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...