Part 7

99 15 0
                                    

"Kenapa lambat datang Jasmin?" soal Aniq. Lantas bibirku mengukir senyuman lebar sambil buat muka comel. Nasib baiklah dia yang jaga pagar hari ni.

"Bangun lambat la, saya naik dulu eh. Bye!!" kakiku memecut laju. Aniq hanya tersenyum melihat gelagatku.

"Perhatian kepada murid-murid, hari ini akan ada perjumpaan rumah sukan. Rumah lekir di Balai Ilmu, Jebat di kantin, Kasturi di Tapak perhimpunan dan Tuah di Padang. Murid-murid boleh bergerak sekarang" pengumuman guru tersebut menghentikan perjalananku. 

Maybe korang tertanya, Lekir (Biru), Jebat(merah), Kasturi(kuning), Tuah(Hijau).

Aku terus bertukar arah menuju ke Balai Ilmu, aku rumah Lekir. Semasa itu, baru aku tahu Shati, Aniq dan Haris juga Lekir. Shati melabuhkan punggung di sebelahku. Aku melemparkan senyuman kepadanya lalu dia membalas. Mata kami tertumpu ke arah guru rumah sukan kami.

"Hari ini akan ada acara tarik tali, jadi cikgu akan buat pemilihan. Siapa nak masuk, lawan gusti tangan dengan cikgu dulu"kata Cikgu Aishah sambil tersenyum sinis. Lawan dengan cikgu confirm lah kalah.

"Jom pergi depan, kita lawan" serta-merta aku menggeleng, silap nanti patah tangan aku.

"Jom je Min" rayu Shati. Kami bergerak ke pentas Balai Ilmu di mana guru-guru rumah sukan kami berada. Pada masa Shati memberanikan diri untuk berlawan dengan Cikgu Aishah, mataku tertumpu kepada Aniq. Mata kami bertentangan, masing-masing mengukirkan senyuman di bibir. 

"Jasmin ! Jom lawan" Aku berlawan dengan Shati. 

"Cukup we, sakit tangan aku" Aku memintanya berhenti setelah lama aku bertahan daripada kalah. 

"Wani, kau lawanlah dengan Jasmin" mataku tertumpu kepada gerangan tersebut. Siapa Wani?

WANI POV

"Wani, kau lawanlah dengan Jasmin"

Jasmin? Ni ke Jasmin yang kecoh kat kelas tu? Ni ke Jasmin yang couple dengan Aniq? Aku menghampirinya lalu duduk di hadapannya. Kami menggenggam tangan antara satu sama lain. Lama aku berlawan dengannya. Takkan nak kalah? Malulah kalah dengan junior. 

"We, dia tak nak turun la! Kalah je la !!" tutur Jasmin sambil ketawa. Friendly eh Jasmin ni tapi aku masih ada perasaan segan dengan dia.

"Ok fine, kau menang" Jasmin tersenyum kecil. Aku membiarkan tangan aku jatuh seperti kalah di tangannya. Cukup dramatik cara kami berdua berkenalan. 

"Jadi semua yang ada dekat pentas ni confirm masuk ya?" tanya Ustaz Nazry.

"Ya!" jawab kami semua serentak. Selain dari kami bertiga, ada lagi empat orang yang juga masuk. Total up semua tujuh orang dalam kumpulan kami.

Kami menulis nama di kertas dan menuju ke padang di mana acara tersebut dipertandingkan. Tapi aku perasan boleh tahan rapat eh Shati dengan Jasmin.

"Perhatian kepada rumah Lekir dan rumah Jebat, sila berbaris di tepi gelanggang sekarang !"

"Ok guys, dengar sini ! Pegang betul-betul tali jangan terlepas. Kaki cuba sedaya tahan kat padang. Remember, we are the best !" tutur Shati dengan semangat. 

"GO GO Lekir !!" jerit kami serentak. Baru nampak semangat kesukanan sikit. Jantungku berdegup kencang, first time masuk tarik tali. Entah apa jadi kejap lagi. 

"Pftt !!" bunyi wisel menandakan pertandingan bermula. Masa ni la aku gadaikan segala tenaga yang ada. Tanganku tak berhenti daripada menarik tali tersebut. Kakiku masih mencuba mencengkam tanah. 

Dapatku rasakan badanku ditarik. Sungguh aku tak mampu untuk berlawan dengan mereka.

MY FAV SENIOR ✔Where stories live. Discover now