Sabtu, hari yang di mana latihan pertama untuk persiapan menghadapi kejohanan bola jaring MSSD Gombak tahun ini. Sekarang kereta yang dipandu oleh mama sedang menuju ke sekolah.
"Habis call mama ya?" usai kereta itu diberhentikan di hadapan pagar sekolah
"Ya ma" tangan wanita itu aku salam. Aku bergerak menuju ke padang sekolah.
"Jasmin !" tangan Ell melambai ke arahku. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Mana yang lain?"
"Tolong cikgu kat bilik stor" bibirku membentuk O tanda memahami.
"Girls, berbaris buat dua barisan dulu. Kita buat warm up" aku bangun dari duduk.
"Eh Jasmin ! Kaki tu dah ok belum?"
Aku tergelak kecil. "Dah ok la cikgu"
Kami membuat aktiviti memanaskan badan sebelum berjoging tiga pusingan padang untuk memastikan badan kami cukup cergas.
"Yasmin, Ellyana, Jasmin, Balqis, Alisa, Wani dan Shati satu kumpulan !"
"Hana, Aina, Munirah, Nadia, Sarah dan Syazana satu kumpulan !"
Aku menyarungkan bib WD yang berwarna oren itu, aku berjalan menuju ke posisi dalam padang.
"Pftt!" kami bermain dengan lincah dalam gelanggang itu.
"Wani ambik!" 50/50 sahaja harapan bola itu untuk sampai ke tangan Wani yang memakai bib GS
"Pftt!!"
wisel ditiupkan setelah Wani menjaringkan gol. Kami meneruskan permainan, sedar tak sedar aku sekarang dikepung oleh Bella dan Sarah. Aku berlari anak untuk keluar dari kepungan mereka.
"Yasmin ! Bagi aku !" kakiku melompat sedikit demi menyahut balingan yang tinggi itu.
"Auch!" dengus suara itu. Mungkin dia yang terkena lenganku.
"Sorry Wani ! Aku mintak maaf, tak sengaja" Wani menggosok-gosok mukanya, maafku langsung tidak dihiraukan.
Ia menyebabkan rasa bersalahku makin menebal. "Wani, kau ok tak? Sorry la" aku mengangkat dagunya.
"Aku ok, nak landing tangan pun janganlah kat muka aku" aku menggaru dahi sebelum bergerak ke posisi semula.
Latihan berjalan lancar sehingga tamat permainan.
"Girls ! Come kita rehat kat Balai Ilmu"
Kami mengemaskan beg dan menuju ke Balai Ilmu. Cikgu mengagihkan bungkusan nasi ayam kepada kami semua. Seketika aku membuka handphone untuk melihat whatsapp. Terpampang muka depan mesej dari Aniq
Aniq
Esok awak free? Out nak?
Senyuman yang mahu diterbit di bibir aku tahankan saja. Nanti dia orang tengok aku sengih seorang-seorang mahu kena label gila.
Free. So nak out mana ni?
Mid Valley? Ajaklah Bella sekali, saya ajak Haris.
Awak naik grab nanti saya bayarkan ok?
Ok, see you tomorrow !
"Mesej Aniq ke tuu?" sambil Shati cuba melihat mesej tersebut.
"Kau ni janganlah sibuk. Dia nak bahagia kejap pun tak boleh ke?" kata Bella yang melabuhkan punggung di sebelahku.
"Bella, esok free? Jom out? Ada haris dengan Aniq sekali"
"Oh boleh. Transport?"
"Grab. Nanti Aniq bayarkan" Bella mengangguk setuju.
"Tak nak ajak aku sekali ke?" soal Shati. Aku memandang Bella tak keruan.
"Out ni hanya untuk yang ada BF je. Kau ada, kau boleh join la" Shati terdiam sebelum menyambung kembali suapan yang terhenti.
"Ok girls ! Attention jap. Untuk pertandingan bola jaring ini, cikgu dah buat analisis dan pemilihan posisi"
Tubuh badanku berubah menghadap Cikgu Shariah yang bersuara.
"Untuk Ellyana dan Jasmin, cikgu rasa korang kena tukar position. WA ni kena lincah supaya bola senang sampai kat GS or GA" mataku bertentangan dengan Ell.
"Maybe tu je kot. Untuk jersey cikgu akan bagi next latihan. Borang dan dokumen yang cikgu mintak kat group whatsapp tu kena bagi hari isnin or selasa ya paling lewat"
"Faham cikgu !" kami bersuara.
Usai makan kami berehat sebentar sambil berbual.
"Rumah kau kat mana Jasmin?" soal Wani.
"Taman Selayang Baru"
"Adik beradik kau ada berapa Jasmin?" soal Shati pula. Eh dia orang ni nak interview aku ke apa?
"12. Ok sebernanya mak aku cerai dengan ayah aku and kahwin lain, faham kan?"
Wani dan Shati beriak terkejut.
"Jadi kau duduk dengan Mak kau atau ayah kau?" Alisa pula menyoal.
"Mak aku, mostly kakak abang aku ikut ayah aku. Dia orang kat Bangi" Mereka mengangguk faham dalam pernyataanku.
"Eh korang, bye ! Mak aku dah sampai" mereka melambai ke arahku sejurus itu juga kakiku berjalan pantas menuju ke kereta Toyota Alphard hitam itu.
VOTE, THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Teen FictionJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...