Part 47

39 9 0
                                    

Sepanjang hari ini merangkap hari terakhir persekolahan, aku, Aniq, Bella, Ell dan Nazwa berbual panjang menceritakan masalah yang dihadapi masing-masing.

"Oh guys, aku lupa nak cakap dengan korang" kalimat terakhir yang aku lafaskan membuatkan mereka tertanya-tanya

"Apa bendanya Min?" 

"Bulan 12 ni aku kena ikut family aku semua pindah Penang so.."

"Jadi next year kau tak ada la ni Jasmin !" kata mereka serentak, aku mengeluh

"Nak buat macam mana korang, puas aku pujuk mak aku tapi dia still ikut hati dia. Katanya nak luaskan lagi bisnes yang sedia ada, aku tak bolehlah nak halang sebab tu punca rezeki family kita orang kan?" mereka mengangguk setuju kecuali...

"Aniq, awak nak pergi mana?" Aniq terus berlalu pergi

"Aku rasa dia tak boleh terima kau nak pindah la Jasmin" kata Ell

"Tapi next year kita bukan satu sek pun dengan dia, tetap berpisah kan?" Nazwa bersuara

"Maksud dia kalau pun bukan satu sek, kita still dekat daerah yang sama, tempat yang sama. Penang tu jauh kot dari KL, kau tak boleh fikir logik ke?" Bella cuba meredakan situasi

TAMAT REHAT

Sejak kejadian tadi, fikiranku tak habis memikirkan tentang dia. Risau membelenggu hatiku.

"Jasmin ! Sini kejap"  Cikgu Azlina yang tadi berada di kerusi guru itu bersuara

Aku mengatur langkah menghampirinya "Kenapa cikgu?"

"Doktor Fikri yang pantau Wani tu ada call saya cakap yang Wani dah sedar. Petang ni kalau awak free boleh la kita melawat Wani, ok?" muka moody aku tadi terus bertukar gembira.

"Boleh je cikgu, pukul 5 insyaallah saya dah sampai"

"Oh ok, tu je apa yang saya nak cakap. Nanti share dekat kawan-kawan Wani eh?" aku mengangguk faham lalu kembali duduk 

Bella dan Nazwa memerhatikan aku seolah-olah menunggu bibirku mengukap kata

"Wani dah sedar, petang jom kita lawat dia" 

"Alhamdullillah" kata mereka seraya itu mengukirkan senyuman

Muka gembiraku pudar apabila Aniq dan Haris lalu di hadapan kelas. Fikiranku terus terimbas peristiwa tadi. Bimbang kembali merasuk jiwaku.

"Jasmin" laung Haris, aku terus menghampirinya

"Waktu balik Aniq nak jumpa kau kat belakang blok. Dia kata jangan bawak kawan sebab dia nak cakap something penting kat kau" aku mengangguk faham lalu kembali masuk ke dalam kelas.

Apa dia nak cakap? Something penting? Apa maksud penting tu? Pasal hubungan kita? Or else?

Pejam celik pejam celik jarum jam menunjukkan tepat pukul 12. Waktu pulang murid sekolah pada hari jumaat. Aku terus bergegas menuju ke belakang blok. Gila tak cuak, penting sangat ke apa yang Aniq nak cakap tu?

Sesudah jejak kakiku sampai di belakang blok sekolah itu, kelibat Aniq langsung tidak muncul. 

"Dia nak prank ke apa ni?" gumamku

"Looking for me?" suara dari belakang menerpa lalu aku memusingkan tubuh menghadapnya

"Sorry pasal tadi.. Saya tak boleh terima awak nak tinggalkan saya" senyuman lebar dilempar ke arahku

Aku perasan tangannya dari tadi kebelakang "Apa awak sorok kat belakang tu Aniq?"

Beg galas itu diberikan kepadaku "Apa ni?"

"Dalam tu ada beberapa present, saya harap awak suka. Beg ni pulak saya harap awak akan pakai bila awak kat Penang nanti.."

"Saya harap beg ni dapat jadi kenangan cinta kita yang pernah hadir dalam diri awak" Aniq berlalu pergi

Lengannya aku tarik "Duduk kejap" Kami melabuhkan punggung

Aniq mengangkat kening tanda tanya 

"Awak tak tahu ke ni hari terakhir awak kat sekolah ni? Awak tak rasa lepasni awak akan rindu kawasan belakang blok ni? Suka duka pahit manis awak banyak kat sini" mata Aniq melilau melihat persekitaran, mukanya seolah-olah baru tersedar.

"And kat sini jugak kali pertama kita jumpa, confess and date" bibirnya mengutumkan senyuman

"Dan kali terakhir.." tambahnya lagi

"No, ini cuma kali terakhir kita jejak kat sini. Cikgu Azlina ada cakap dengan saya yang Wani dah sedar jadi jom? Lawat dia" Aniq mengangguk faham

"Jom? Kita pusing-pusing sekolah ni alang-alang last day kan?" aku mengangguk setuju

Vote dulu sebelum tutup 

MY FAV SENIOR ✔Where stories live. Discover now