"Boleh tahan menyibuk jugak dia ni sebernanya" bisik Haris namun sampai ke telinga Shati.
"Aku tak pekak lagi eh, bagitahu la yang mana" pujuknya. Aku memberi isyarat agar Haris memberitahu perkara sebenar.
"Aku dengan Nabila Syahira, Aniq dengan Jasmin Ariana. Puas? By the way kau kenal ke dia orang Shati? " jelas Haris.
"Nope. Lastlong guys" Entah kenapa aku rasa riak wajahnya berubah. Nak kata Haris salah cakap, betul la tu. Ke dia kenal Jasmin dengan Nabila tu? Haishh dia ni, buat aku serba salah la.
END ANIQ POV
SHATI POV
Jujur aku kata aku kecewa dengan Aniq. Apa kurangnya aku dengan dia orang? Cukup lima tahun aku kenal kau Aniq. Sampai hati kau Aniq buat aku macam ni !
"Shati, kau ok tak ni?" duga Aniq.
Aku tak mampu nak pandang muka dia. Aku takut aku punca dia putus dengan Jasmin.
"Asal kau tiba-tiba badmood?" soal Aniq kali kedua. Ugh, time ni la kau nak caring Aniq.
"Aku ok je la" bibirku mengukirkan senyuman kelat. Riak Aniq masih tidak puas hati atas apa yang aku katakan.
"Dah-dah. Aku nak pergi toilet jap eh" Aku mengatur langkah. Aniq dan Haris masih tercengang melihat sikap aku begitu.
"Sorry Aniq. Aku tak mampu terima takdir" bisikku perlahan.
"Aniq? Aniq Putra ke?" Suara itu menyergah dari belakang. Alamak! Kuat sangat ke tadi?
"Kau Nishatini kan? Penolong ketua pengawas sekolah ni. Am I right?" soalnya. Cara cakap nampak macam kerek tapi muka ada senyum HAHAHA.
"Ya aku Nishatini. Kau?"
"Aku Jasmin Ariana kelas 5B."
What? Ni ke Jasmin yang couple dengan Aniq tu?
"Kau eh yang couple dengan Aniq?"
"Haah, dah kecoh eh kat kelas korang?" Senyuman aku berikan kepadanya. Aku tahu Aniq takkan pilih perempuan yang sebarangan, untung kau Jasmin.
"Kau layak untuk dia Jasmin" Ayat terakhir yang terungkap di bibirku lalu meninggalkannya seorang.
"Kalau kau bahagia, aku pun bahagia."
END SHATI POV
Macam tu je dia cau, sabar je la.
"Min, kau borak dengan siapa tadi?" Bella menghentikan lamunanku.
"Nishatini, satu kelas dengan Aniq"
"We kau tahu kan dia rapat dengan Aniq, rapat gila !" Aku melihat Bella dalam riak tidak percaya.
"Tapi Aniq kawan je dengan dia, Aniq kan suka kau. Takyah la risau sangat" Aku mengangguk. Sekarang aku faham kenapa Nishatini cakap macam tu.
"Jom Bella, kita balik kelas" Aku mencapai tangannya dan menuju ke kelas.
TAMAT SESI PERSEKOLAHAN
"Kau nak jumpa Aniq kan? Jom la, Haris balik awal jadi aku ikut kau je la" Kami mengemaskan barang lalu menuju ke bus stop. Dari jauh terlihat figuranya bersama rakannya.
"Jasmin, ni Farouq and ni Syahmi. Saja bagitahu kalau awak tak kenal" kata Aniq.
"Hi Jasmin!" sapa mereka serentak. Aku melabuhkan punggung di sebelah Aniq.
"Kau Nabila eh? Haris takde tau jangan cari-cari" sindir Syahmi. Bella menjeling tajam Syahmi, kami berkongsi ketawa bersama-sama.
"Awak rapat ke dengan Nishatini tu?" soalku sambil menepuk lengan Aniq agar dia dengar pertanyaanku.
"Kawan and classmate dari darjah dua la start kawan. Dia kan budak-budak pandai. Kenapa tiba-tiba tanya?"
"Saja je la" kataku sambil senyum. Aku tak patut tanya kalau aku percayakan Aniq.
VOTE, THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Teen FictionJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...