Part 26

52 12 0
                                    

(Still Wani POV)

"Kau dari mana Wani? Aku ingat kau tak datang tapi beg kat sini"

"Jasmin pengsan jadi aku tolong papahkan dia pergi bilik kesihatan"

"Kenapa?" Nada tinggi Lisa membuatkan aku terkejut

Aku mengurut dada lalu menceritakan situasi tadi kepada Lisa. Riak muka Lisa berubah tegang.

"Nanti jumpa Jasmin nak?" Aku mengangguk.

Mata kami terpandang Nazwa bersama Dyrah, aku menghampiri mereka bersama Lisa.

"Bagitahu aku kenapa Jasmin nangis !" Jerkah aku kepada mereka

"Mana la aku tahu sebab apa" jawab Nazwa selamba

"Kalau kau tak nak aku pijak-pijak kau dekat sini baik kau mengaku sekarang la !" Nadaku dibiar kuat.

Semua yang ada di perhimpunan menyaksikan drama yang dicetuskan oleh kami.

"Apa kecoh-kecoh ni"

"Kau takyah nak acah jadi pengawas kat sini la Shati !"

"Kau buat kecoh kat sini Wani, nak gaduh bukan kat sini"

Kolar bajunya aku tarik kasar
"Kau kan yang rancang semua ni, kag luar dewan tadi bukan main happy gelak-gelak dengan Dyrah. Apa kau buat kat Jasmin ha !"

Tubuhku ditolak membuatkan aku terundur ke belakang

"Jasmin rampas Aniq dari aku ! Selama ni Aniq bercinta dengan orang yang aku kenal tapi kali ni aku perlu kenal siapa Jasmin"

"Bila aku dah rapat dengan dia kau pulak semak buat kita orang gaduh. Kau tunggulah balasan dari aku Wani ! Kau tunggu !!"

"Nishatini ! Nurhazwani ! Ikut saya ke bilik kaunseling sekarang !" Suara Cikgu Azlina yang kuat membuatkan murid-murid di tapak perhimpunan senyap.

Aku mengikuti Cikgu Azlina bersama Shati di belakang

"Masuk !" Arah Cikgu Azlina, kami turuti sahaja, kami melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan.

"Wani, Shati" aku memandang Cikgu sekilas

"Awak berdua dari kelas pertama. Saya cukup kenal awak berdua memang tiada masalah disiplin. Mengapa awak berdua berubah sebegini?"

"Wani yang mulakan dulu cikgu" jelingan tajam aku lemparkan ke arah Shati

"Cuba ceritakan apa yang terjadi tadi, Wani"

"Hadyrah ajak Jasmin ikut dia yang saya tak tahu pergi mana. Saya tak sedap hati saya carilah dia, at last dia nangis pastu pengsan"

"Apa kena mengena dengan aku?" Jawab Shati selamba

'Buat-buat tak faham pulak perempuan ni !'

"Selama ni saya rasakan Syazwina, Hadyrah dan Shati rancang sesuatu tapi saya tak tahu apa"

"Cikgu tahu kan Jasmin bercinta dengan Aniq?" Cikgu Azlina mengangguk

"Shati sukakan Aniq tetapi Aniq pilih Jasmin. Atas sebab cemburu dia nak balas dendam kat Jasmin"

"Kau nak buat cerita pulak kat sini !" Meja dihadapan dihempas oleh Shati

"Kita nak bincang, tolong duduk Shati" aku cuma tersenyum menang

"Sambung Wani"

"Jadi saya rasakan mereka yang rancang supaya Jasmin jadi sedemikian"

"Kau takde bukti nak cakap aku yang rancang semua tu Wani !"

"Shati ! Kalau macam ni sikap awak saya boleh luncutkan jawatan awak sebagai penolong ketua pengawas sekolah ni !"

"Get lost !" Shati keluar dari bilik kaunseling lalu pintu dihempas kuat

Keluhan terbit di bibir Cikgu Azlina

"Orang kat sini nak bincang elok-elok tapi dia tak nak bagi kerjasama" aku mengangguk setuju

"Kalau macam ni awak boleh pergi tapak perhimpunan balik, lain kali kita bincangkan pasal ni"

"Tolong jaga attitude awak Wani. Awak ada banyak kebolehan jadi jangan hancurkan ia. Awak faham maksud saya?"

"Ya saya faham cikgu, saya pergi dulu ya" pamitku lalu keluar dari bilik kaunseling tersebut dan menuju ke tapak perhimpunan

END WANI POV

VOTE, THANKS

MY FAV SENIOR ✔Where stories live. Discover now