"Adik beradik aku ada dua belas and aku yang ke tujuh" Haris dan Aniq memberikan riak terkejut. Tahulah adik-beradik sikit, hehe.
"Best kan ada adik-beradik ramai? Riuh-rendah la rumah" ujar Aniq. Aku menyambung kembali cerita.
"Actually mak ayah saya dah cerai then kahwin lain dapatlah adik lima orang"
"Kiranya kau anak bongsu dalam adik-beradik ayah first kau kan?" soal Haris. Aku mengangguk tanda setuju.
"Saya tak sukalah ayah tiri saya, dia baran tapi bukanlah kaki pukul. Cuma dia suka back up adik-adik saya tu, saya yang jadi kakak ni kena belajar mengalah" tuturku sambil buat muka menyampah. Semua orang yang jadi kakak atau abang pernah la lalu benda ni, belajar mengalah katanya.
"Sabar je la eh, lain orang lain ujian Allah beri" kata Haris. Aku cuma mampu tersenyum kelat kepadanya. Betul jugak, ada orang lagi teruk dugaan dia dari aku.
"Kringgg !!!" bunyi loceng tanda tamat rehat. Aniq dan Haris menyiapkan diri untuk kembali ke kelasnya.
"Bye guys" Aniq dan Haris melambai ke arah kami. Selangkah tapaknya di anak tangga, Aniq berkata
"Jumpa kat bus stop Jasmin !"
"OK !" balasku. Aku dan Nabila kembali ke tempat asal.
ANIQ POV
"Potong ah tak sempat nak borak dengan Bella" dengus Haris."Esok masih ada bro, chill la" Kalau aku tahu dia macam ni, aku suruh Bella cerita dulu. Tapi bagus aku dapat tahu pasal family Jasmin, setiap kali aku jumpa dia nampak happy. Rupanya dalam hati pendam 1001 perasaan, perempuan memang macam tu eh?
"Kau boleh la chill, awek kau yang cerita tadi. Esok Bella punya turn pulak eh !" Aku cuba meredakan kemarahan Haris. Bukan main lagi budak ni marah.
Kami melangkah masuk ke dalam kelas, alangkah terkejutnya apabila rahsia kami terbongkar dan dihebohkan satu kelas.
"Dengar cerita ada orang tu buat double date" sindir Syazwina. Aku mengetap gigi yang geram.
"Apa barang couple dengan junior, kalau lawa takpe jugak. Ni muka hancur." tutur Dyrah sambil tersenyum sinis. What's going on here?
"Macam mana dia orang tahu?" soal Haris. Aku masih cuba untuk bersabar, ada nanti yang dapat penumbuk.
"Betul kan apa yang dia orang cakap? Sebab tu sampai terkedu, terpaku, tergamam la korang kat situ" Zulaikha pula bersuara. Mereka ketawa melihat kami. Tiga orang perempuan tu nama je PRS tapi mulut mengalahkan setan.
"Suka hati kita orang la nak buat apa, korang sibuk pahal? Lagi satu, kau hina ciptaan dia orang bermaksud kau hina ciptaan Allah! Nama je pakai tudung labuh-labuh tapi perangai serupa setan !" marah Haris panjang lebar. Tidak semena-mena senyuman aku terukir di bibir. Puas hati aku !
"Dah la Ris, dah sentap teruk tu HAHAHAHA." pintaku. Kami menuju ke tempat duduk.
"Korang couple dengan junior yang mana? Tak share pun, merajuk la gini !" soal Nishatini.
VOTE,THANKS
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Novela JuvenilJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...