Sekarang kami berada di belakang blok sekolah. Aduh, apa dia nak ni?
"Jasmin dengar sini" Dia menolak tubuh aku ke dinding.
"Lepaslah Aniq ! Kau fikir kau ketua pengawas kau boleh buat apa kau nak?" Aniq mengunci pergerakanku dengan kedua tangannya diletakkan di dinding.
"Jasmin, no worries. I be here for you. I love you so much Jasmin Ariana. You are my first love. Please accept me in your life?"
Ha sudah, dah la kat belakang blok, confess face to face pulak tu, panggil sayang pulak. Dah la aku tak pernah bercinta dengan siapa-siapa. Takkan nak reject, crush tu.
"Janganlah pandang saya macam tu, tak baik tau" Aku tak sedar aku dibuai angan.
"Fikir-fikirkan ya sayang. Saya masuk kelas dulu" katanya sambil mengenyitkan mata. Dibiarkannya aku sorang-sorang kat belakang blok ni!
Hatiku tak tentu arah, nak terima ke tak?
END FLASHBACK"Min! Senyum sorang-sorang nampak. Lain kali ajak, hehe" sapa Hana. Kami rapat tapi tidak sekelas.
"Kau pengawas kan? Tak reti buat kerja dah?" Hana membalikkan bola mata ke atas, aku beriak selamba. Biar dia sakit hati, HAHAHAHAHA.
"Sentap la tu, siannn" bisik Nabila. Kami berkongsi ketawa namun terhenti apabila Aniq bersuara di hadapan.
Semasa perhimpunan tersebut mata aku tidak terhenti memandang wajah Aniq. Alang-alang dia kat depan kita ambik kesempatanlah. Eh, bukan aku sorang je eh yang sibuk tenung dia! bersepah lagi fans dia kat sekolah ni.
Tamat sahaja perhimpunan, aku menggalas beg lalu menuju ke arah kelas bersama Nabila.
"Bella, I nak jumpa dengan you kejap" Haris menyergah kami. Dia kawan baik dengan Aniq jadi aku takdelah awkward sangat sekarang ni. Haris menarik lengan Nabila untuk mengikuti langkahnya.
"Uyoo, Bella guys"Nabila menjeling tajam ke arahku. Selama aku kawan dengan Nabila, tak pernah orang panggil dia Bella. Jadi aku jadi shock sikit. Mesti si Haris ni suka Nabila kan, eh Bella HAHAHAHA.
Secara mengejut aku ditarik kasar hingga ke belakang blok.
"Aniq! Apa ni?" Memang tempat dia nak jumpa kat belakang blok eh? Silap-silap nak kahwin nanti pun kat belakang blok sekolah ni (ok hambar)
"Sorry sayang. Aniq Putra memang macam ni, hehe." senyuman terbit di bibir lelaki tersebut. Sepanjang aku minat dia, tak pernah nampak dia senyum tho.
"Awak!" sapaku perlahan. Gemuruh memuncak di jiwa.
"Ya? Kenapa?"
"Saya..." tuturku teragak-agak. Asal aku macam ni?
"Kalau awak tak terima takpe, saya faham." katanya sambil terselit nada kecewa.
"Saya terima awak Aniq! Lama sangat-sangat saya sukakan awak. Saya tak sangka awak pun sama Aniq!" serta-merta mukanya berubah kegembiraan.
" I love you Jasmin Ariana."
"I love you too Aniq Putra"
Bermula lah kisah cinta aku dan Aniq Putra. Happy? is yes but.. Bahagia ke as always?
"Are you ok Jasmin?" soalnya lembut.
"Kenapa awak suka saya? Ramai lagi perempuan lagi-lagi dalam kelas awak tu yang jauh lebih baik daripada saya. Saya bukan tak percayakan awak cuma itu persoalan saya sejak awak kata yang awak cintakan saya"
"Listen, saya nampak awak sebagai perempuan yang baik, rajin dan sopan. Mana saya tahu awak macam tu? Sebab Cikgu Amirah yang cerita dekat saya. Semenjak dari itu, saya usaha cari awak dan nak kenal awak rapat lagi. Jelas? jom balik kelas?"
Aku mengangguk faham apa yang diperjelaskan. Sungguh aku tak sangka dia sanggup usaha sebegitu rupa nak kenal dengan aku. Yang aku kat sini diam-diam je suka kat dia. Hebat kau Aniq !
Kami mengaturkan langkah ke kelas. Lihat saja ketiadaan guru di dalam kelas aku melafazkan kesyukuran. Mahu kena denda, dah pukul 8:30 kot. Lama jugak eh aku dating dengan Aniq? HAHAHAHA. Aku mengambil tempat yang berada di sebelah Bella.
"Lama kau date dengan Ketua Pengawas" tutur Bella sinis.
"Kau pun sama je, macam aku tak tahu Haris suka dekat kau" Bella tersenyum malu.
YOU ARE READING
MY FAV SENIOR ✔
Roman pour AdolescentsJasmin Ariana seorang gadis yang mengenali cinta bersama jejaka yang bernama Aniq Putra. Pada mulanya semuanya indah tetapi pelbagai ujian yang dihadapi dalam perhubungan mereka. Hadirnya pelbagai orang yang membantu Jasmin dalam perhubungannya. Ada...