9:Budak sekolah?

472 11 0
                                    

Aku bergegas menuju ke bilik mandi.
Tuala serta barang mandi ku bawa sekali berserta ku.

"Tang! Aku pinjam eh gayung kau" , laung ku sambil berlari anak-anak ke bilik mandi.

Dengan mamai aku mengorak langkah , sampai lah di bilik mandi tu aku terus masuk ke tandas paling hujung.

Selesai melepas hajat. Aku pun beralih ke tandas khas untuk mencuci muka .

Air sejuk di awal pagi tu betul-betul terasa sehingga ke dalam tulang ku. Aku membasahkan muka Ku lalu mencuci muka ku dengan pencuci muka Ku yang sudah berkurun lamanya belum habis . Kemudian aku Mandi sepantas kilat .Apa tidak , sejuk sungguh suhu air ketika itu.

Selesai mencuci muka aku pun mengemaskan barang mandian ku , tuala Ku yang setia bersangkut di pintu aku capai dan galas di bahu.

Rambut Ku , Ku keringkan sambil berjalan menuju ke bilik . Namun secara tiba-tiba aku terberselisih dengan seseorang .

Dengan selambanya aku bertanya , " bas belum sampai? Diorang Bulat dah siap? "

Namun budak tersebut hanya menggelengkan kepala dan ketawa kecil lalu berkata , " saya budak asrama sini " .

Aku menyangkakan dia itu ialah salah satu atlet kontinjen sabah juga , rupa-rupanya bukan . Alaa malu jugak laa.

"Lah yeke? Maaf eh , saya fikir awak budak atlet Sabah" , balasku Ku meminta maaf.

Manakan tidak aku tersalah tafsir , budak tu pakai tudung , lepastu kasut sukan and then pakai baju biasa .

Tapi lepas aku teliti logo pada baju budak tu semasa berbual dengannya , baru aku perasan . Ada tertulis SMK Bandaraya di situ.

Kemudian aku pun meminta diri , begitu juga dengan budak itu.

Sampainya aku di bilik , aku memakai seluar panjangku , memakai stokin Dan kemudian menyarungkan kasut di kaki Ku.

Aku berlari anak-anak ke arah rakanku yang lain, " hoi tunggu aku , dasar korang eh tak tunggu aku " .

Kami berjalan kaki sehingga ke tempat menunggu kenderaan di area bastop sekolah tersebut.

Aku pada ketika itu sedang asyik mendengar lagu , tiba-tiba earphone ku di tarik.

" Kurang asam ! Sepa tarik tu ", kata Ku sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.

Rupa-rupanya Alvin angkaranya. Dia berlari keriangan sambil menjelirkan lidahnya kepadaku.

Aku hanya menghadiahkannya jelingan maut lalu memakai semula earphone  Ku tadi.

Sampainya dekat bastop . Kami duduk di tepi jalan kerana jumlah kami yang ramai ini memang tidak mampu untuk ditampung bastop usang sekolah itu.

Ditambah lagi dengan pelajar harian SmkB yang ramai sedang menunggu kenderaan mereka untuk mengambil mereka.

" Marah ke ? " , Datang suara menyapa entah dari mana.

Aku tanpa melihat sudah dapat mengagak siapa yang bertanya , aku hanya menggelengkan kepala.

Namun selepas beberapa ketika , aku merasa lain macam. Apabila aku menoleh, dia sedang duduk bersebelah dengan aku pula .

" Apa kau nak eh? , Pi main jauh-jauh tak boleh ke? " , Soalku sambil mengemaskan earphone ku lalu memasukkannya ke dalam beg.

"Aku saja jer nak gurau tadi , yelaa kau tu yang asyik sangat dengan telefon kau , ni aku ? Kau tak layan." , Balasnya sambil membuat muka dua puluh sen.

"Eh Budak ni , aku tepak karang ada yang tak terlari 4by1 ni " , balasku sambil mengangkat beg spike Ku tanda memberi amaran.

" Eh eh , hahah , alaa aku gurau jak laaa . Yala aku tak ganggu kau dah tapi nanti kita main ok? Ada line dah kan? " , Katanya sambil mejuihkan mulutnya ke arah telefon ku.

Aku yang pada ketika itu kebetulan dah inactivated aeroplane mode phone aku .

Full bar pula line aku , 4G pula tu.

" Em yela , aku chat nanti kalau aku nak main" , balasku bersahaja.

Kemudian dia pun berlalu pergi.

"Eh Ian , kau rapat pula eh ngan Alvin tu . Bukan dia tu dah couple dengan Amy ke ? " , Soal Jill pada ku.

" Oi bongok . Aku tak rapat dengan dia pun la . Aku kan Hepta , time aku training high jump dia ada sekali . Tu yang dia kenal aku and aku kenal dia tu." , Jelas ku.

" Ahh , ingatkan ... Hahahah " , balas Jill lagi.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala akan respon yang diberi oleh Jill tadi. Malas aku nak layan.
Serious , kalau aku layan ,  confirm dia bahan aku lagi nanti . Fuh , tak nak aku.

Selang beberapa minit selepas itu , bas kami pun sampai. Aku sengaja berjalan seperti itik pulang petang , yala tak hingin aku berpusu-pusu naik bas tu mcm ikan sardin. Karang silap haribulan jatuh terjelepak pula aku kat lantai nanti. Buat malu jer.

Aku sempat menoleh ke tepi bas , area bastop sekolah tu.

Aku sempat menangkap  beberapa pasang mata yang memerhatikan aku dari tadi sambil berbisik.

Pabila mereka perasan akan diriku yang sudah pun mengetahui tingkah laku mereka , dengan serta-merta mereka berteriakan dan melambai-lambaikan tangan kepadaku.

Aku yang tidak mahu dianggap sombong , terus membalas lambaian mereka dan tersenyum menayangkan gigiku.

Ku sangkakan tahap kelakuan mereka hanya sampai di situ sahaja , rupa-rupanya sangkaan ku meleset pabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba berbincang secara tergesa-gesa antara satu sama lain.

Kemudian salah seorang pelajar bertanya kepadaku.
" Nama siapa!?"

Aku menjawabnya , " Ian!  Panggil Ian jaa"

Mereka mengangguk sambil membuat mulut berbentuk O .

Kemudian aku pun naik masuk ke bas selepas melambaikan tangan kepada mereka sekali lagi.

Secret Stalker ( Slow update )Where stories live. Discover now