12: kiosk

310 9 0
                                    

Ini kiranya hari ketiga la kali kami di sini.Jam baru menunjukkan pukul 6 lebih tapi kami malas mau mandi awal so kami main-main lagi di bilik. Tiba-tiba ada junior ni datang sambil makan ais krim.

"Uuina , mana kau dapat tu ??" , tanyaku padanya.

"Kami p kiosk " , jawabnya

" Ehh , kiosk mana buka . Eh buka meh? ," Soal ku lagi.

Dia hanya mengangguk sambil mengunyah ais krim nya tu.

Then aku pergi la ambil duit aku.

" Oi Jean , jom gi kiosk . Aku mau ais krim laa " , pujuk ku padanya.

" Ais krim ? Wahh okayyy kejap-kejap . " , Dengan cepatnya dia pergi masuk bilik , korek beg dia dan keluar dengan duit not 10 di tangannya.

" Ok jum ", katanya sambil mendahului jalan ke hadapan.

Aku berjalan ke kiosk , masatu suasana lengang semacam. Banyak pelajar asrama sedang makan malam. Yala , kami nak ke kiosk tu kena lalu laluan dewan makan.

Aku perasan ramai juga yang melihat-lihat aku. Tapi aku endahkan saja. Malu juga la bila dilihat semacam.

Kemudian aku menolak-nolak belakang Jean untuk terus laju berjalan.Akhirnya kami sampai dekat kiosk tu , malangnya , diorang dah tutup.

Kawan aku pun try la tanya samada dorang dah nak tutup ke walhal dioarang dah pasang padlock dekat pintu .

Aku pun menyokong soalan dia tu dengan berkata " yaaa , bole tak kami membeli? ", Soal ku dengan penuh semangat.

"Eh bole-bole , kejap ah " , terus diorang buka balik kiosk tu.

Jean pandang aku , aku pandang dia balik. Memang bertuah betul aku ni.

Selesai kami membeli kami pun beransur balik ke bilik , namun selepas selang beberapa langkah ada suara memanggil.

"Eh , anu anu ! "

Aku menoleh dan terpampang muka budak perempuan berkaca mata yang sedang berdiri di belakang ku sambil memegang segugus kunci . Aku rasa tu kunci kiosk tu kot.

Kemudian dia merenung ku agak lama.

Batang ais krim aku gigit sambil menunggu responnya.

Situasi agak janggal kerana terdapat beberapa orang juga yang menjadi pemerhati di sekitar kami.

" ehem " , Jean berdehem untuk mengembalikan suasana.

" er er... nama kau siapa? Dari mana? ", soalnya perlahan

" saya ka atau dia ? "  , tanya Jean lagi.

" kamu dua hehe ", jawabnya lagi.

" nama saya Ian , Dia Jean " , jawabku sambil mengangkat tangan tanda hai

Jean turut mengangkat kening dan tersengih dengan ais krim yang ada tercalit sedikit di pipinya.

Oh ya Jean ni tinggi dari aku , form 5 . Budak Long distance .

"Ok laa , kalau tiada apa-apa sudah , kami jalan dulu . Kami ad briefing nanti hehe . Nanti-nanti kita kenal lagi ok? ", kata ku sambil mengheret Jean jalan memandangkan dia tetiba jadi mesra alam bagaikan nak tidur dekat kiosk tu jer .

Sampai sahaja dekat bilik tu Jean tegur pula aku." Kau pehal nak cepat sangat pulang? "

"Aku segan la , kena pandang-pandang " , jawabku.

" eh , bukan kau dah biasa ker "  , selorohnya pula.

"Kau ni , tak sah kalau tak bahan aku kan . Sebiji macam Jill . Malas aku " , rungutku.

Secret Stalker ( Slow update )Where stories live. Discover now