1: Jam tangan

974 14 2
                                    

Jam tangan baby-g itu jatuh dari para-para locker ku.

Aku mengambilnya dan mengamatinya seketika. Aku berfikir juga mengapa aku baik sangat sehingga sanggup mengorbankan wang ringgit serta tenaga untuk dia dulu.

Namun semua itu hanya menjadi kenangan yang sia-sia.Aku terlalu bodoh mempercayainya dan memberikannya hatiku setelah beberapa kali dia menhancurkannya.

Aku segera menyimpan jam tersebut ke dalam kotak dalam lockerku.Lalu aku mengeluarkan beg kain ku yang sudah siap tersusun rapi barang ku di dalam.

Aku melihat muka ku di cermin." Okay Ian , now you free from her , so you must be more focus after this , focus on your game !" , kata Ian sambil menampar perlahan kedua-dua pipinya.

Bam! Pintu bilik terbuka.

Seseorang sedang melangkah masuk ke dalam bilik. Ternyata orang tersebut memang dia. Aku hanya melemparkan pandangan kosong kepadanya.Dia berjalan terus ke lockernya.

Aku. Dia. Berada di dalam ruang yang sama. Suasana hening seketika. Sehinggalah aku memecahkan suasana." Kau tak balik? " , Soalku sambil mengeringkan rambutku menggunakan tuala kecil. Dia hanya sekadar menggelengkan kepala.

Aku rasa kekok . Keadaan agak menjanggalkan .

Aku berjalan ke arah katil Ku dan cepat-cepat memasukkan kesemua perkakasan telefon Ku ke dalam beg sandang Ku. Maklumlah , sebelum aku tertinggalkan apa-apa baik aku susun elok-elok .

Aku berpusing , lalu dengan tiba-tiba muka kami bersua dan jarak di antara muka kami adalah sangat hampir.

Mulut kami terkunci buat  seketika.

Mata kami tertancap di antara satu sama lain.

Aku dapat melihat anak matanya melirik ke arah bibir ku , dan aku juga membuat perkara yang sama.

Selepas beberapa saat , aku pun berdehem.

Aku dan dia cepat-cepat menjarakkan diri.

"Sorry " , bisik Ku perlahan sambil memeluk beg sandangku. Kepala aku ligat berfikir , " mengapa dia mendekati Ku secara tiba-tiba " .

" Tak apa , aku yang salah .
Sebenarnya aku nak pulangkan ni ", jawab Kavitha sambil meletakkan t-shirt kelabu dekat atas katil Ku .

Seingat aku , itu adalah t-shirt couple set yang aku belikan untuk dia . Aku memandang baju tersebut sejenak sebelum memandang dia kembali.

Sejurus dia meletakkan baju tersebut, dia terus bergegas meninggalkan bilik setelah mengunci lockernya.

Aku sempat memanggil namanya.
Namun kata-kata ku langsung tidak diendahkannya. Dia terus membuka langkah dengan lebih pantas apabila dia menyedari akan tingkah laku ku yang ingin bergerak ke arahnya.

Aku hanya ingin melafazkan kata-kata maaf dengan lebih jelas. Aku tidak mahu bermusuhan dengannya.

JUJUR . Aku masih sayang akan dirinya namun aku tidak bisa memilikinya lagi . Aku serik . Aku penat . Aku takut .

Lalu , aku hanya mampu menuntun jalannya dengan mataku dari jauh sehingga dirinya lenyap di sebalik pintu pagar asrama .

Walaupun demikian , Aku tidak menyesal meninggalkannya kerana aku tau semakin lama aku bertahan dengannya selama itu jugalah aku akan terseksa .

Tetapi sememangnya pikiranku adalah tidak waras sebentar tadi.

Bibir munggilnya itu , pernah membuat nafsuku menggila.

Memikirkan semua benda yang sudah kami lalui bersama.
Terlalu banyak perkara yang kami lakukan.

Mustahil.

Ya mustahil untuk aku melupakan semua hal itu dengan mudah.

Semua janji-janji manis yang diungkap hanya tinggal menjadi memori cinta gelap.

Aku hanya mampu tersenyum simpul mengenangkan kesemua kenangan.

Lagu painkiller by ruel aku pasang selepas mengenakan earphone di telinga ku.

Aku pun menutup mata sebentar sambil melayan perasaan ku yang sudah ke laut.

Secret Stalker ( Slow update )Where stories live. Discover now