4: awak ?

472 11 0
                                    

Tepat pukul 3:15 kami sampai di Tuaran.

Coach hanya menapaukan nasi ayam dan kami singgah di 99 speed Mart untuk membeli roti-roti dan makanan ringan sebagai alas perut ku jikalau perut ku berkeroncong di malam hari.

Aku diturunkan di bahu jalan.

" Ian , nanti dah siap membeli kau tunggu ja sana ah coach nak pegi tmpat lain kejap " , kata coach sebelum memecut menekan pedal minyak .

Aku menoleh ke kiri. Kemudian boleh ke kanan.

" Ah tu pun", kata Ku selepas ternampak bangunan 99 speedmart di seberang jalan.

Walaupun aku berada di pekan kecil , kereta tetap lalu-lalang tanpa berhenti.

Bunyi hon kereta jelas kedengaran.

Sungguh ini lah pencemaran bunyi yang memeritkan selain daripada bunyi yang dihasilkan oleh aktiviti pembinaan bangunan.

Aku melangkah selangkah demi selangkah sehingga memasuki ruang kedai itu.

Aku memerhatikan sahaja roti" yang ada.
Tarikh luput aku teliti terlebih dahulu.

Namun..

Aku merasa kurang senang , entah kenapa.

Apabila anak mata ku terlirik pada sebelah kanan ku , barula aku tersedar.

Yang aku rupa-rupanya diperhatikan sejak dari saat aku masuk ke kedai lagi.

Aku menoleh ke kanan.
Ya berpasang-pasang mata sedang memandang aku.

"Laa apesal semua tengo aku macam tak puas hati ni ", kata Ku dalam hati.

Tiba-tiba ada suara berkata, " dek , adek sebenarnya nak cari ape eh? Nak akak tolong? ".

Aku sekadar tersenyum dan menggeleng perlahan.

Aku mengambil keputusan untuk mengambil beberapa jenis roti dan sebungkus pakej Milo kecil .

Lantas aku meletakkan kesemua barang jualan ke atas counter .

"Ada kad member tak? ", Kata cashier.

Sekali lagi aku hanya menggeleng .

" Awak bukan orang sini kan? ", Katanya lagi.

Aku pandang ke arahnya dan hanya menjongketkan kening ku .

" Ah baiklah. Ini dia barang awak. Semuanya RM 12.50 yer." , Katanya sambil memberikan bakul plastik berisi makanan ku itu.

Aku memberikan wang not 10 dan 5 ringgit.

Aku bergegas ingin pergi dan tiba-tiba ada rasa hangat menyentuh lenganku.

" Awak , baki awak tadi. Tak nak ke? " , Soalnya sambil tersenyum ke arahku.

" Eh , maaf , saya nak cepat tadi . Maseh yer ", kataku sambil menerima wang itu .

Mata ku terkunci seketika melihat kecantikkan matanya.

" Awak , awak ok tak? Hidung awak dah berdarah ", katanya sambil mengeluarkan tisu dari pocket seluarnya.

Aku segera mengesat hidungku.

Darah .

Ya darah mengalir dari hidungku.

Aku menaikkan kepala ku sedikit berharap yang pendarahan ini bakal terhenti.

" Meh saya tolong ", katanya sambil mengesat baki darah yang mengalir tadi.

Beberapa minit kemudian .

" Awak betul ke ok ni? ", Soalnya bimbang.

Aku sebenarnya selain daripada pening kepala sebab perjalanan tadi aku juga bengang dengan keramahan cashier ni .

" Ye , saye ok . Thanks for everything . Nama saya Ian. Ian Franchis ". Kataku sambil menghulurkan tangan.

" Ahh , saya pula Reissa. Reissa Isabelle . Nice to meet you ",. Katanya sambil tersenyum riang.

" Baiklah kalau takde ape - ape dah saya jalan dulu eh . Takut pula kena tinggal coach saya nanti ", kataku sebelum meminta diri.

" emm , one last request boleh tak?". Katanya sambil menggenggam tangannya .

" If it possible , why not? ",. Balasku.

" Nak name account Instagram boleh? " , Pintanya perlahan.

" Laa , tak nak phone number sekali ker?  " , Gurau ku padanya.

Ya Allah , merah padam mukanya langsung tak boleh lupe doh.

" Eh maaflah wak , saya gurau jer . Em phone awak?? Kata nak nama Instagram kan tadi? ", Sambung ku lagi.

" Awakk ni geram laa  , okay jap yer" ,. Katanya sambil mengeluarkan telefonnya dari kocek seluarnya . " Nah"

Aku mengambil lalu menaip nama Instagram ku. Dan tap follow.

Aku melirik matanya sebentar lalu mengeyit mata kepadanya sebelum
menambah nombor ku dalam kenalannya.

Sekali lagi merah padam muka dia dibuatku.

Aku misscall phone ku , dan lagu can I be him jelas kedengaran.

"Done my lady , now contact me  whenever you free so that we can move to next stage " , kataku serentak mengembalikan telefonnya.

Aku sempat menghadiahkan senyuman kepadanya sebelum berlalu pergi.

" Thanks and see you later !!" , Katanya sambil melambaikan tangan.

Kemudian dia berlari-lari anak masuk ke kedai semula.

"Comel jer" , kata Ku perlahan.

Aku pun berpusing dan mengeluarkan phone ku dari kocek seluar ku.

One misscall from 01377*****

* New contact saved .

Reissa Issa.

" She's really made my day ".

Kata Ian sambil berjalan ke seberang jalan.

Secret Stalker ( Slow update )Where stories live. Discover now