11:Di Trek

349 7 0
                                    

Nun jauh di sana , terserlah keindahan bukit botak di pagi hari.
Orang cakap , bukit tu botak sekawasan khas sebab ada 'penghuni ' , orang bunian .

Tapi aku ? Aku mengiyakan saja tajuk yang menjadi buah mulut teman-teman ku ketika itu.

Sambil aku berjoging sehingga round yang entah ke berapa ni , aku di sapa oleh satu suara.

" Oi , lama dah warm up ke ?"

Aku hanya menoleh .

Terpampam muka Aqil di situ . Tersengih-sengih pula dia dengan sebaria giginya yang putih berseri tu.

" Bole la , last round kali ni" balasku tanpa mengubah rentak larian ku.

Dia hanya membalas dengan menunjukkan isyarat ok dengan tangannya.

Semakin lama aku berlari , semakin aku merasa penat.

Tapi aku tahu , lepasni lagi penat.

Sesekali terimbas kembali workout" yang sudah dipersiapkan oleh coach kepada Ku.

Tiba-tiba semasa aku stretching aku terpandang susuk badan yang amat ku kenali.

Ya . Tidak lain , tidak bukan.

Mechillora Matthew .

Atlet pelompat tinggi negeri .

Badan dia memang ideal , tak gemuk tak kurus tak pendek and tak lah tiang sangat ..

Cantik? Ya aku akui dia memang cantik , dan ya memang sering kali kami bergurau seakan-akan pasangan bercinta di setiap event yang kami telah bertembung.

Yang membuatkan saya geram ni , time saya berpunya dia tak berpunya , time saya tak berpunya dia dah berpunya pula. Duhai..

Tapi memang takde chance , dia memang totally straight and will never be gay huhuhu..

She's a chatololic by the way

Aku menegurnya perlahan .
" Ui mechill "

" aik , Ian .. jumpa juga kau sini ah " , katanya sambil mengemaskan tali spike nya.

Aku berjalan ke arahnya.

Kemudian aku menyambung stretching
ku.

Selepas selesai warm up aku pun menyusul mengikuti Mechill yang sudah pun berada di pertengahan waktu latihannya.

Semua berjalan seperti biasa , tiada apa-apa benda aneh yang berlaku .

Sesekali aku terpesona dengan kelentikan badannya melepasi palang.

Tingginya 165 , dan aku 159 .

Memang senang sedikitla bagi dia nak pass-by tu ketinggian palang 160 cm, banding dengan aku ni ...aduh...dah lepas tinggi kepala aku.

.
.
.

Selesai latihan , kami di suruh berkumpul dalam dewan makan asrama.

Seperti biasa aku akan mengambil tempat di sebelah kawan ku , Jill .

Aku tolong dia ambilkan tapau , dia ambilkan air.

Makan punya makan , kami terdengar bisikan orang di sebelah meja.

" dia tu budak A ke B ( kategori A : 16 - 17 , kategori B : 13 - 15 )  , kata budak nombor 1

" tak pasti la pula , bukan dia ambik hepta ke " , kata budak nombor 2 .

" tapi hepta kan open , jadi takde masalah la kalau dia ambik pun " , balas budak nombor 1 tu lagi.

Aku yang sibuk mengunyah ditepuk bahu tetiba.
Hampir tersedak aku dibuatnya .
Terus aku memalingkan muka ku , sambil mengangkat dagu ku kepadanya .

" Kau tak rimas ke orang tak habis-habis cakap pasal kau ni?  ", Soalnya.

Aku sekadar mengangkat keningku dan menggelengkan kepala. Aku sudah biasa benar dengan keadaan sebegini.

Kemudian Jill pun hanya tersenyum kelat sambil sambung mengunyah baki nasi goreng yang masih tersisa di pinggannya itu.

Tunggu punya tunggu , jam sudah menunjukkan pukul 1 , kami rehat sebentar di dalam surau asrama tersebut.
Setelah sejam rehat , kami meminjam tandas asrama untuk membersihkan diri.

Besar doh asrama diorang , memang lah kan , asrama sekolah sukan ... Mestilah kaya...

Lepas tu kami sambung balik training kami.
Tak banyak juga nak diceritakan , sebab perjalanan latihan berjalan seperti biasa .

Tepat jam 5:30 kami beransur pulang.
Aku duduk di sebelah Tangar masatu , dia senior aku dan dia berasal dari ranau.

Sepanjang perjalanan dia hanya dengan telefonnya dan aku dengan telefonku.

Perjalanan mengambil masa yang agak lama kerana , maklumlah , dah petang . Jammed , sebab ramai officer baru pulang dari kerja.

Secret Stalker ( Slow update )Where stories live. Discover now