Suatu hari mereka mengadakan mesyuarat antara ketua puak naga tersebut dengan ketua puak rama-rama di istana ketua puak rama-rama.
"Terima kasihlah Zen sebab tolong puak kami hantar bala tentera kau. Aku minta maaf sebab selalu menyusahkan kau. Lagipun tentera-tentera aku yang dikerahkan ke sana tadi pun masih belum cukup kuat. Mereka masih lagi dalam sesi latihan.Ya lah..Tentera-tentera aku ni tidak sekuat tentera-tentera kau jadi..."
"Eeh..Tidak mengapalah Eren..Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menolong kamu semua.Lagipun aku tahu..agak sukar untuk kita menentang mereka semua tambahan pula mereka ada kuasa yang luar biasa jauh lebih hebat dari kita..hmm.." kata Ketua Puak Naga tersebut sambil mengurut dagu.
"Ya..Aku juga telah mengarahkan beberapa tentera aku untuk mencari punca-punca darimana datangnya makhluk-makhluk ni..Seperti yang kita diberitahu makhluk ini sememangnya berasal dari puak kita cuma ianya dari mayat yang telah dihidupkan..Dan tubuh fizikal mereka difahamkan seperti terkoyak-koyak isinya hingga menampakan tulang belulang mereka ..Persoalannya kita masih tertanya-tanya bagaimana makhluk ini boleh hidup semula?" balas Eren dalam keadaan yang bingung.
Zen kemudiannya bersuara.
"Aku akan cuba juga mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Lagipun kita mesti berjaga-jaga..Sebab sekarang makhluk-makhluk pelik ni sudah berani mejejakkan kaki ke tanah puak kau.Silap hari bulan jumlah mereka bertambah banyak dan bagaimana pula kalau tanah puak aku juga diserang oleh makhluk-makhluk pelik itu dan dalam masa yang sama puak kau juga diserang? Dan pada masa itu semua tentera aku cuba sedaya upaya menyelamatkan tanah puak aku dan ketika itu, mungkin aku tak dapat menolong kau. Aku minta maaf sekiranya aku bercakap seperti ini, akan tetapi kau kena melatih bala tentera kau dengan sekeras-keras yang mungkin agar tanah puak kau juga boleh dipertahankan oleh tentera-tentera kau sendiri ketika aku tidak dapat menolong kau pada masa itu..."
"Baiklah Zen..Aku akan cuba untuk memperkuatkan lagi mereka dari segi latihan yang sangat mencabar 5 kali ganda dari itu..Terima kasih Zen atas nasihat yang kau berikan pada aku.." balas Eren lagi.
"Jangan khuatir sahabatku..Aku akan cuba membantumu selagi mana yang boleh aku bantu.." ujar Zen sambil memegang bahu Eren.
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)