Chapter 15

132 9 0
                                    

**************

"Airin...aku ada satu soalan untuk kau...."

"Awak...nampak...."

Airin mengimbas kembali di saat memorinya bersama Zest...Dia tersenyum sendirian

"Adoi...ngantuknya haih....mata dah barai dah ni.." kata Ayden Firash iaitu abang kedua Airin yang baru sahaja balik dari kelas muziknya...

Lalu Ayden terlihat Airin yang sedang termenung di atas meja makan...Lalu dia merancangkan sesuatu untuk pergi mengusik adiknya itu...

"Haa!!..." sergah Ayden dari arah kiri Airin...

Tetapi Airin masih di dalam duniawinya...

"Seriusly budak ni??..Tak terkejut pulak dia..." kata Ayden..

"Dik!!...Dik!!..." Ayden memanggil Airin sambil mengetuk-ngetuk meja tersebut...

Lalu Ayden menolak lengan Airin yang sedang menongkat dagunya itu lalu Airin tersedar dari lamunannya...

"Haa?? Apa?? Apa??...."

"Haa..abis dah berangan??" soal Ayden bengang..

"Eeh...angah..err..bila angah balik??.." soal Airin sambil tersengih..

"Tahun lepas angah balik....." balas Ayden bengang kerana plan untuk mengusik adiknya itu tidak menjadi...

Airin mencebik..

"Berangan apa dik? sampai angah panggil pun tak dengar...." Ayden lalu menarik kerusi di meja tersebut untuk duduk..

"Err..tak da apalah..." kata Airin mula tak selesa..

"Hishh...agak-agak dia nampak tak aku tersenyum sorang2 tadi....Airin......apa yang kau fikir ni....." jerit hati Airin..

"Ele...ingat angah tak nampak ke dari jauh dok tersengih sorang-sorang......Adik dah ada boyfren eeh..." usik Ayden

"Alamak..dia nampak..Arghh..Boyfren?? Bila masa??..." jerit hati Airin yang mula tidak senang duduk..

"Ishh..apa angah merepek ni...dahla...adik nak tolong bonda masak..." kata Airin lalu meninggalkan angahnya sendirian di situ..

"Haih....adik aku yang sorang ni...dah bercinta dah..yang aku ni membujang lagi..Haih..." kata Ayden sambil mengeleng-gelengkan kepalanya...

************

"Ada baiknya juga dia gantikan tempat aku...Boleh aku jumpa dia..." kata Zest yang sedang terbang menuju ke tanah puak rama-rama...

Tak lama kemudian Zest telah sampai di taman rahsia Airin...

"Dia tak sampai lagi.." Zest melihat-lihat di kawasan tersebut akan tetapi dia tidak nampak kelibat Airin di situ...

Lalu Zest mengambil tempat duduk di sebuah bangku yang selalu Airin duduk...

**************

"Tuanku...patik ada berita baik untuk Tuanku..." kata orang kanan istananya itu..

"Apa dia?.."

"Rekod terkini...Kemasukan ahli tentera baru...tidak terkira jumlahnya Tuanku...."

"Bagus..... Sediakan mereka tempat tinggal dan juga tunjukkan beberapa kawasan latihan yang mereka akan dilatih nanti..." jelas Eren lagi...

"Baik Tuanku..."

***************

"Tahniah Rel...ucapan kau memang membuahkan hasil.." kata Haz lalu menepuk bahu Rel

Rel tersenyum..

****************

Airin terbang menuju ke tempat rahsianya seperti selalu pada waktu petang...

Setelah Airin tiba...Airin terlihat sosok tubuh seseorang dari arah belakang bangku yang selalu didudukinya...

"Itu macam Zest..." bisik hati Airin lalu berjalan pergi ke arah Zest...

Tiba-tiba Airin berasa berdebar-debar..Dia tak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya..setiap tapak yang dilangkahnya terasa berat..

"Kenapa dengan aku ni...mungkin perasaan aku je kot.." kata Airin lagi lalu beberapa detik selepas itu dia menyapa Zest..

"Hai Zest...apa awak buat kat sini?......" tanya Airin...

"Tunggu awak..." balas Zest tersenyum lalu memalingkan wajahnya ke arah Airin...

Airin bertambah merah padam mukanya apabila Zest mengatakan sebegitu...

"Sejak bila dia panggil gelaran awak ni..." bisik hati Airin yang kini jantungnya kian berdegup laju...

"Ehahaha...awak mesti pelik kan tiba-tiba saja saya panggil awak, awak...ehemhem...saya terfikir yang awak ni terlalu sopan dan lembut orangnya dan mungkin saya tak patut berkasar bahasa pada awak..." kata Zest lagi sambil tersenyum..

Airin hanya tercenggang..Dia terdiam...Dalam hatinya penuh bermain dengan perasaan yang bercampur-baur...

"Kenapa tiba-tiba je ni...Arghhhh...relaks Airin...relaks..huuu...." bisik hati Airin

"Awak ok??..." soal Zest kepada Airin yang terdiam sejak dari tadi...

"Aaaa....aaah...saya okey....." kata Airin tersengih...

Zest tersenyum melihat gelagat Airin...Lalu dia bangun mencapai tangan Airin lalu berjalan di suatu tempat...

Taktala Zest memegang tangan Airin....

"Adakah ini bermakna...yang dia suka pada aku...kenapa dia membuatkan aku bertambah suka pada dia...Adakah ini cinta?...Tak....Tak mungkin....jalan kami berbeza dan itu tak mungkin terjadi..." bisik hati Airin

Lalu Zest melepaskan pegangan tangan Airin...Lalu Zest bersuara..

"Dulu...awak pernah tanya pasal form naga tu bukan...."

Airin mengangguk..

"Sudi tak awak terbang mengelilingi Negara Agara dengan saya...Well cuma saya nak balas budi baik awak pada saya..." kata Zest lembut...

Jantung Airin di saat itu terasa bagaikan nak terkeluar...Dia hampir tidak mampu berkata apa-apa...

Airin mengangguk...

Zest tersenyum lalu dia menukar perubahannya ke form naganya perlahan-lahan...Airin yang berada di situ turut menyaksikan perubahan Zest... Saat itu..Airin tidak takut...Dia mengikutkan sahaja apa yang diperlihatkannya...

Zest kemudiannya merendahkan badannya untuk Airin menaikinya...

"Dah sedia?..." kata Zest dengan matanya memandang ke arah Airin...

Emm (nod)

"Awak tak takut....." kata Zest lagi..

"Tak...saya percayakan awak...."

Lalu Zest terbang membawa Airin di belakangnya...

Mereka mengelilingi seluruh tanah puak rama-rama tersebut...

"Hikhihik.....Wohoooo....." Airin tersangatlah gembira ketika itu tanpa menghiraukan persekitaran sekelilingnya...

Zest memandang ke arah Airin...Dia tersenyum...

*************

"Dah...korang boleh ambik cuti beberapa hari ni...sebab korang semua dah tolong aku..." kata Rel kepada pasukannya...

"Yeahh!!...." sorak mereka...

Lalu ketika mereka bersurai meninggalkan kawasan latihan mereka...

Rel melihat langit buat seketika lalu dia terpandang seekor naga yang sedang terbang mengelilingi langit itu...Lalu matanya tertumpu ke arah seseorang yang menunggang naga tersebut....

"Airin???...."

NAGARAMAWhere stories live. Discover now