***************
"Tok! Tok!
Zest menapak turun dari katil..Dia lalu membuka pintu biliknya sebaik sahaja pintunya diketuk..
Zest melirikan mata ke bawah..
Ada apa kau ketuk pintu bilik aku malam-malam ni?.." soal Zest sebaik sahaja bertemu wajah dengan orang yang ada di depannya..Zuash Uzair..
"Emm..malam ni kau sibuk?.." soal Zuash menggoyangkan badan sambil tertunduk..tangan keduanya diletakkan ke belakang..
Zest memandang sinis terhadap Zuash..Dia tahu sangat apa yang Zuash nak pada waktu-waktu tengah malam macam ni..
Zest mengeluh...
"Kali ni last eeh...Kalau ayahanda tahu kau jawab sendiri.." ujar Zest seraya menapak pergi meninggalkannya..
"Yes!" Zuash teruja lalu pergi mengekori Zest yang sedang menapak laju meninggalkan dia..
"Tapi seriuslah ni last?..kau main-main je kan..." soal Zuash mengecilkan mata dengan senyuman meleret..
"Kau ni dahla tak cukup umur..aku ni tak nak tau kau kena tangkap dengan aku aku sekali kena..ni kalau kantoi depan mata ayahanda ni mahunya aku dilucutkan jawatan..dahla aku ni baru je nak lagak kejap..haih..menyesal la aku ajak kau hari tu training olok-olok je dengan aku.." rungut Zest panjang lebar..dah lali sangat dengan perangai Zuash tak henti-henti ajaknya training kuasa dengannya apabila dia balik ke sini..
"Halaaa...aku ni dah besar la...15 tu kira dah matang apa...tinggi aku pun tak de lah pendek...see..lagi sikit je nak sama dengan kau.." ujar Zuash sambil tangannya menyamakan tingginya dengan ketinggian Zest..
Chh...Perasan punya budak..tak padan dengan budak....
Zest meliar pandangan melihat jendela yang tidak bertingkap di atas sana...
Lalu dia mengalih pandangan melihat bawah tempat mereka berpijak..pintu keluar istana di bawah..Dia tersenyum senget..
"Siapa cepat sampai kat arena dia menang!!.." Zest lantas memecut laju terbang ke atas jendela tersebut...
"Woi...mana aci..belum start lagi la!.." sahut Zuash bengang segera dia membuka sayap mengincar Zest dari belakang...
"Hahahhha!!.."
********************
Eren sekeluarga sedang menikmati hidangan yang disediakan oleh para dayang istana...
Suasana ketika itu..sunyi..masing-masing melayan diri...makan..
Aira melihat kedua-dua anak terunanya yang sedang khusyuk menyuakan makanan di dalam mulut..
Aira lalu menyiku perlahan siku suaminya di sebelah..Aira memberi isyarat mata pada Eren supaya bicara baik dengan Rel..
Eren melihat telingkah isterinya...Dia akur..Berat untuk dia memulakan perbualan dengan Rel setelah apa yang terjadi..
"Rel.." panggil Eren perlahan..
Rel kaku..tangannya berhenti menguih nasi di dalam pinggan..
Perlahan-lahan anak mata Rel bertemu dengan Eren...
"Ya ayahanda.." jawab Rel perlahan..
"Ayahanda minta maaf atas apa yang jadi..ayahanda dah malukan kamu depan puak naga.." Eren serba salah..Dia sedikit kesal..
"Tak mengapa ayahanda..Rel dah lupakan semua tu.. ok la ayahanda..Rel pergi dulu..Ada urusan dekat kawasan latihan.." ujarnya mesra lantas bangkit dari kerusi itu dan beredar pergi..
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)