Chapter 10

118 10 0
                                    

Tidak lama selepas itu mereka mula menceritakan tentang kisah hidup mereka.

"Jadi kau anak bongsu?... Ok,I see...." kata Zest sambil memandang ke arah Airin.

"Emm(nod) saya ada 3 beradik..2 atas saya adalah abang2 saya, abang saya yang sulung ni sekarang dia juga merupakan ahli pasukan tentera puak saya. Masa tentera awak datang ke pusat latihan puak saya, abang saya ada juga berlatih dengan ahli puak awak.Tak tau la kalau awak perasan..." bicara Airin lagi.

"Aku tau abang kau yang mana satu. Ingat tak masa aku tegur kau dekat pusat latihan tu. Kau tengking aku.Kau ada mention along. Jadi aku tau orang yang bercakap sebelum kau tu adalah abang kau.." jawab Zest sambil anak matanya mergerlingkan ke arah Airin.

"Mana ada saya tengking awak..." kata Airin menutup malunya dengan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Ooh..ok.." kata Zest sambil memberikan senyuman sinis pada Airin.

Kemudian tak lama selepas itu Airin menyambung kembali topik asalnya.

"Ok, So itulah dia. Kalau abang saya yang kedua ...dia hem..Dia lebih gemar dengan muzik. Dah banyak kali ayahanda saya suruh dia join sekali dengan abang saya yang sulung untuk masuk tentera. Tapi dia tu jenis cintakan muzik lebih dari segalanya. Dan alat muzik kegemarannya adalah violin. Tapi sekarang dia dah beralih ke Cello. Lama-lama tu ayahanda saya dah malas nak paksa abang saya tu. Biar je la dia pergi ke arah yang dia minat. Kalau abang saya yang pertama memang sejak dari awal lagi dia memang sukakan aktiviti yang mencabar. Jadi itulah sedikit sebanyak cerita tentang adik-beradik saya. Jadi ceritalah pula kisah pasal adik beradik awak pula. Awak yang ke berapa..." kata Airin sambil menggoyangkan kakinya ke kiri dan ke kanan.

Zest menarik nafasnya perlahan-lahan lalu memulakan ceritanya pula.

"Aku anak kedua dari 4 beradik. Dulu masa aku kecil lagi ayah aku dah melatih aku berkali-kali ganda lebih keras dari tentera-tentera biasa di puak aku. Sebab dia nampak yang aku ada potensi dalam menjadi askar tentera yang hebat serta waris takhtanya yang seterusnya. Walaupun begitu, kadang-kadang aku rasa tak adil sebab pendidikan awal aku bermula dengan keganasan yang melampau..." kata Zest lagi sambil dia teringat kembali akan memori kisah silamnya yang sering dipukul berkali-kali. Dan juga meninggalkan kesan parut yang banyak pada tubuhnya.

Zest kemudian terdiam seketika. Airin kini memahami Zest akan kesan parut pada matanya, di bahagian pipi belah kiri Zest serta di bahagian lengannya.

"Tapi aku tau ini semua ada baiknya untuk aku. Sebab apa yang aku lalui..ianya menguatkan lagi aku dari segi pertahanan diri serta meningkatkan lagi kuasa aku. Dan kini aku telah pun dilantik menjadi ketua tentera puak aku. Sejak aku dilantik menjadi ketua, aku dapat rasakan layanan mereka terhadap aku sangat berbeza. Dan kini aku setaraf dengan orang yang berkedudukan tinggi di samping ayahanda aku.." balas Zest.

"Awak memang seorang yang kuat..Dari gaya awak saya tahu awak seorang yang bagus dalam menjadi seorang pemimpin.." kata Airin tersenyum sambil memberikan kata-kata semangat pada Zest.

Zest hampir tersenyum akan tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan reaksi itu pada Airin lalu dia menyambung kembali ceritanya.

"Abang aku yang sulung. Dia seorang tentera sama macam aku tapi. Dia hebat cuma sifat dia yang benci membuak-buak dalam dirinya menyebabkan dia gilakan kuasa. Dia hampir saja memusnahkan sebahagian kediaman kami ketika cuba berlatih untuk berada di peringkat menjadi seekor naga. Akibat dia tak dapat mengawal kemarahannya. Dia mengamuk pada peringkat tersebut dan banyak sekitar kawasan kediaman kami musnah. Form naga adalah form paling susah untuk dikawal oleh setiap pemilik puak naga. Oleh itu..Ayahanda dan pengawal-pengawal yang lain segera menangkapnya sebelum dia pergi ke tanah puak rama-rama bagi menghilangkan rasa puasnya untuk menghancurkan puak rama-rama.Di peringkat naga..apa yang difikirkan pemiliknya hanyalah kemusnahan termasuk dendam kebencian seseorang itu muncul apabila mereka berubah ke form tersebut. Setelah abang aku ditangkap. Ayahanda aku mengurung abang aku tadi ke sebuah penjara besar khas bagi seekor naga untuk meredakan kemarahan dia tu bagi merubah form naganya ke bentuk form normal semula. Seperti yang kau cakap. Ahli puak penduduk kita masih tak sependapat. Jadi itulah yang berlaku pada abang sulung aku. Kini dia memulakan balik kehidupannya semula menjadi seorang tentera biasa. Ayahanda aku agak kecewa atas apa yang dia dah lakukan..." ujar Zest dihujungnya kedengaran kesal.

Airin memahami situasi yang berlaku yang diceritakan oleh Zest lalu dia ingin lebih tahu tentang peringkat form seekor naga.

"Awak cakap form naga adalah form yang susah untuk dibawa oleh pemiliknya..Jadi mesti hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengawalnya bukan?.. soal Airin.

"Ya.. dalam undang-undang puak aku memang orang sebarangan tidak dibenarkan sama sekali menukar ke form naga sesuka hati kerana peringkat itu adalah peringkat yang bukan calang-calang orang boleh mengawalnya. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh pergi ke peringkat tersebut. Penduduk-penduduk yang bukan kakitangan golongan teratas sama sekali tidak boleh pergi ke form tersebut. Sekiranya mereka berbuat demikian..Mereka boleh dihukum. Aku tak pasti hukuman apa sebab setelah bertahun lamanya.Tiada seorang pun yang berani melanggar undang-undang tersebut. Jadi..Antara orang yang boleh bertukar ke peringkat tersebut ialah ayahanda aku. Pasukan tentera teratas dan juga pengawal-pengawal istana yang berkedudukan tertinggi..." balas Zest lagi.

"Jadi awak boleh mengawalnya?..soal Airin ingin tahu.

"Aku...masih belajar mengawalnya..."balas Zest dengan ragu-ragu.

"Ooh...ok..em..Jadi..bagaimana pula adik-beradik awak yang lain?" tanya Airin lagi.

"Well yang bawah saya masih remaja dan yang bongsu pulak baru umur 14 tahun. Mereka masih lagi belajar.Cukup 18 tahun mereka berdua akan di masukkan ke kem tentera puak aku..." balas Zest lagi.

"Oooohh...." kata Airin.

"Hmm..nampaknya aku macam dah lama sangat kat sini. Aku gerak dulu lah. Aku rasa waktu-waktu macam ni ayahanda aku dah nak bergerak pulang.." kata Zest sambil melihat keadaan langit lalu terbang keluar dari situ.

"Eeeh..Tunggu saya....Ishh.." kata Airin sambil membetulkan gaunnya lalu terbang mengikut Zest dari belakang.

Tidak lama selepas itu Zest sampai ke istana puak rama-rama.Dia terpaku seketika apabila melihat ayahandanya yang sedang berada di pintu utama istana tersebut.

"Alamak..." bisik hati Zest yang melihat ayahnya dari bawah yang sedang menunggu kepulangannya.

Kemudiannya dia melihat Airin yang berada di belakangnya kemudian berubah posisinya pergi ke arah jendela istananya.

"Mungkin itu bilik dia.." bisik hati Zest lagi.

Lalu sebelum Airin masuk melalui jendela tersebut. Airin melambai Zest dari jauh. Lalu dia terus masuk ke dalam jendela tersebut.

Zest tersenyum kemudian dia mendarat turun di kawasan jauh sikit dari kedudukan ayahandanya supaya ayahandanya tidak tahu dia terbang mengelilingi kawasan tanah puak tersebut.Lalu Zest berjalan pergi ke arah pintu utama istana itu.

"Ayahanda..." muncul Zest dari arah belakang Eren dan Zen yang sedang masih meneruskan perbualan.

"Haa..Mana kau pergi Zest?..." soal Zen menoleh punca arah suara tersebut.

"Errr..ehehe.." Zest lalu tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tidak lama selepas itu.... Zen dan Zest pun terbang meninggalkan istana puak rama-rama tersebut.

NAGARAMAWhere stories live. Discover now