Chapter 31

40 8 0
                                    

50 Tahun Yang lalu...

"Emelyn..Jangan jauh-jauh sangat dari abah..nanti sesat.." pesan Torrus kepada anak perempuannya yang masing-masing sedang mencari buah-buah untuk di makan waktu petang nanti.

Mereka 2 beranak tinggal di hutan terlarang itu sebagai tempat mereka berteduh. Mereka terpaksa asingkan diri mereka dari kedua-dua puak itu. Naga dan juga rama-rama kerana mereka tahu. Mereka akan dihukum bunuh sekiranya mendapat tahu keberadaan mereka.

Emelyn lahir sebagai salah satu daripada kaum yang tak sepatutnya wujud. Kaum Ramanaga.

Torrus sendiri tak tau bagaimana anaknya boleh lahir dalam keadaan keturunan puak itu sedangkan isterinya adalah sama spesis dengannya.

Lepas isterinya melahirkan putri sulungnya Emelyn, isterinya meninggal. Dan untuk keselamatan putrinya, dia terpaksa membawa diri bersama anaknya berjauhan dari dunia puak rama-rama dan hidup di hutan larangan.

"Uweeeeekkkkk!! Wekkkk!!..."

Emelyn tersentak apabila dia sedang sibuk memetik buah beri yang ada di semak itu terdengar bunyi bayi yang sedang menangis.

Emelyn lalu menyelak dedaun semak-samun yang menutup pandangannya dan akhirnya dia ternampak seorang bayi kecil dengan kain batik yang membaluti tubuh bayi itu separuh dengan tangannya tergapai-gapai ke atas.

Emelyn terkerjut lalu memanggil ayahnya.

"Abah!!.." panggil Emelyn yang jaraknya beberapa meter darinya.

Torrus menyegerakan langkahnya apabila suara Emelyn kedengaran seperti ditimpa sesuatu.

"Kenapa ni nak??.." ujar Torrus cemas sebaik sahaja mendapatkan anaknya.

Emelyn memalingkan kepalanya ke arah bayi yang berada di atas permukaan tanah yang kotor itu.

Sejak dari hari tu, Torrus dan anak perempuannya mula membela bayi itu sebagai sebahagian dari keluarga mereka kerana bayi itu juga senasib dengan Emelyn, tapi berlawanan. Dia keturunan dari puak Nagarama. Mereka menamakannya Zember.

Emelyn tua 5 tahun dari Zemberz. Pada mulanya semuanya berjalan dengan baik. Emelyn seorang kakak yang penyanyang menjaga Zmeberz seperti saudara kandungnya sendiri. Zemberz juga seorang kanak-kanak periang membuatkan keluarga itu berasa senang akan kehadirannya namun ianya tak lama..

Di saat Zemberz berumur 10 tahun, mereka mula rasa ada sesuatu yang tak kena pada Zemberz.

Dia dah jarang bersama mereka di rumah. Zemberz kerap keluar malam memburu binatang-binatang di luar sana dan bawa pulang ke rumah bila matahari terbit pagi, seekor rusa terpampang luas di depan pintu rumah mereka.

Tapi Zemberz sama sekali tidak kelihatan. Bayang apatah lagi.

Yang paling tidak diduga, ada satu hari Emelyn masuk ke kamar Zemberz melihat banyak contengan-contengan darah menyeluruh pada biliknya, lukisan rama-rama dengan naga di pangkah secara besar-besaran.

Emelyn mula rasa tak sedap hati dan bergegas keluar dari situ. Tapi Zemberz dah terpacak di depan pintu biliknya dengan wajah yang tidak menyenangkan.

Emelyn hanya mengorak langkah laju tanpa sedikit pun pertentangan mata dengannya. Zemberz hanya mematungkan diri diam. Dia mula mengetap gigi marah dengan siongnya terkeluar.

Di saat makan malam Emelyn bersama ayahnya, Emelyn cuba untuk membicarakan soal Zemberz.

"A..abah..." ujar Emelyn ragu-ragu.

"Ya Emelyn.." ujar Torrus dengan mulut yang masih mengunyah serta tangannya sibuk memotong daging bakar itu.

"Abah..Emelyn tak sedap hati la abah pasal Zember.." ujarnya perlahan dengan makanannya masih tak terusik di depan matanya.

NAGARAMAWhere stories live. Discover now