Rel menggosok-gosok matanya buat beberapa kali..akan tetapi Rel tidak percaya apa yang dilihatnya..
"Hmmm...mungkin aku penat sangat agaknya..." kata Rel lalu dia beredar pergi dari situ...
**************
"Mari saya tunjukkan kawasan tanah puak saya pula..." kata Zest
"Ok.." Airin mengiakan sahaja..
Tidak lama selepas itu mereka sampai di kawasan tersebut...
"Waww....Ini ke kawasan Tanah Puak Naga??..." kata Airin apabila melihat tanah permukaanya berwarna merah serta warna pokok-pokok tersebut juga seperti merah delima..berbanding di tempatnya yang pokok-pokok di kawasannya hijau kehijauan warnanya...
Lalu Airin terlihat sesuatu yang tidak jauh dari tempatnya...
"Kenapa pokok-pokok di sini banyak yang terbakar?...soal Airin..
"Well...awak tau kami puak naga...Hembusan api antara yang paling asas bagi kami untuk dipraktikan..Jadi...awak tahu-tahu saje lah..."
"Ooooh.."
"Dan ini pula kediaman saya..." kata Zest yang kemudiannya bertebangan mengelilingi kawasan istananya itu..
"Waw..cantik..."
"hemmhmm..." Zest ketawa kecil...Dia tahu kawasan kediamannya agak mengerikan rupa bentuknya...
"Dan ini pula...kawasan latihan kami..."
Kelihatan kawasan latihan mereka sangat besar bagi menempatkan beribu-ribu tentera puak mereka..Terdapat juga tentera-tentera di situ sedang erlatih menggunakan kuasa mereka...Antaranya...hembusan api..latihan penerbangan tinggi dari beberapa kaki dari tanah..perlawanan antara 2 dari mereka di dalam sebuah gelanggang khas dan juga penggunaan mata mereka dari jarak jauh...
"Waw...hebatnya mereka!!..." kata Airin teruja apabila melihat latihan yang dilakukan oleh mereka..
"Perkara biasa yang dilakukan oleh puak kami..Bagi saya setiap hari macam ni..perkara normal bagi kami puak naga..Jadi..tak da apa yang nak dibanggakan sangat..." balas Zest lagi..
"Eeh..itu kawasan......." kata Airin yang fokus melihat berpuluh-puluh naga yang sedang berlatih menguasai peringkatnya...
"Ooh...itu kawasan untuk latihan para puak kami yang telah pun mencapai peringkat terakhir...Form Naga..." Kebanyakan dari mereka tergolong dalam golongan pengawal-pengawal kami yang berjawatan tinggi serta ahli tentera yang berjaya menguasai peringkat sebelumnya.." jelas Zest lagi..
"Form naga adalah form yang seterusnya di mana di antara mereka semua dah berkemahiran dalam mengawal semua kuasa-kuasanya di peringkat separa naga mereka..Di peringkat naga pula mereka pula akan belajar cara untuk menstabilkan kondisi mereka dalam bentuk naga mereka iaitu cuba mengawal kemarahan dalam diri mereka...Setelah mereka stabil dalam kondisi tersebut..Barulah mereka belajar cara-cara untuk mengawal kuasa-kuasa tersebut di peingkat itu.....Dalam kondisi peringkat naga...mereka terlalu besar dan oleh itu mereka perlu belajar semula untuk mempraktikan cara penerbangan yang baik serta hembusan api...Libasan ekor....Ekor juga memainkan peranan penting...mereka juga perlu peka setiap musuh yang bergerak sementara kaki dan tangan mereka sedang sibuk menghalang serangan atau menyerang musuh...Jadi ekor satu-satunya penyelamat seterusnya dalam serangan yang sementara tangan dan kaki mereka sedang sibuk.. Dan dalam kondisi ini juga...Di peringkat ini..merekalah yang paling kuat dan berfungsi sebagai pelindung puak kami sementara mereka mempunyai kulit yang tahan dengan pelbagai serangan..Dan andai kata berlakunya peperangan... mereka akan ditugaskan untuk melindungi penduduk-penduduk puak kami...Ada di antara kami akan ditugaskan untuk melindungi golongan kami yang tak terdaya misalnya kanak-kanak, wanita dan warga tua...Ada di antara mereka yang mempunyai kuasa penyembuh diri dengan cepat...Dan kami juga belajar seni mempertahankan diri dalam peringkat ini..Nampak macam semua latihan hampir sama dengan peringkat separa naga..Tapi...kami harus berbuat demikian sebab untuk mempraktikan balik... biasakan diri dalam kondisi naga...Kerana Naga merupakan askar yang paling terpenting dalam puak kami kerana saiz mereka..."
"Waw...banyaknya awak tau pasal form naga ni...Nampak macam awak memang seorang yang terlatih dengan semua ni..." balas Airin..
"Sebab saya adalah orang pertama yang diuji dalam peringkat ini selepas abang saya buat hal...Kalau diikutkan...Sudah berabad-abad lamanya mereka tidak berani untuk pergi ke peringkat ini setelah peperangan telah tamat beratus-ratus tahun yang dahulu...Sebab bukan mudah untuk mencapai tahap yang terakhir ini..."
"Awak rasa...Kita akan berdepan dengan peperangan ke suatu hari nanti..." soal Airin
"Saya.... tak pasti......" kata Zest menurunkan pandangannya
Setelah selesai melewati keseluruhan Negara Agara...Zest kemudiannya membuat keputusan untuk pulang semula ke tanah puak rama-rama untuk menghantar Airin pulang....Tidak lama selepas itu..mereka pun sampai di taman rahsia Airin...
"Airin...Kita dah sampai..." kata Zest lembut...
Airin tidak menyahut lalu Zest melihat ke arah Airin yang sedang tidur nyenyak sambil memeluk leher Zest..
"Tidur rupanya..." kata Zest tersenyum..
Lalu dia merubah bentuknya semula ke form separa naga lalu dia mendukung Airin dan kemudian dia meletakkan Airin perlahan-lahan di bangku tersebut..
"Terima kasih...." Zest menyisir lembut rambut Airin yang menutupi matanya itu buat seketika..Lalu dia tersenyum..
Tidak lama selepas itu...Airin terjaga dari tidurnya..Lalu dia menggosok-gosok matanya...
"Mmmm....aku kat mana ni...." Kata Airin yang masih dalam keadaan mamai..
Lalu dia teringat...
"Kejap..aku bukan ke tadi...." mata Airin membulat...
Dia mula teringat yang dia terbang bersama Zest di kawasan tanah puak naga sebentar tadi...
"Alamak...kenapa aku tertidur..." kata Airin lalu menekup mukanya menahan malu...
"Tak senonohnya kau Airin..." bisik hati Airin yang masih lagi menahan malu...
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)