Chapter 7

120 9 0
                                    

Di kawasan luar istana terlihat Eren dan Zen sedang bercelaru riak wajah mereka.

"Maaf Tuanku..Kami dah cuba cari di kawasan sekitar taman bunga yang selalu dikunjungi oleh tuan puteri..Tapi kami tak jumpa..." kata salah seorang pengawal istana puak rama-rama memberi maklumat kepada Eren.

"Kami juga tak dapat mengesan kedudukan Zest Tuan..Kami juga telah mencari Zest di sekitar tempat latihan yang kami berlatih..Tetapi tidak jumpa juga tuan.." kata salah seorang tentera puak naga kepada Zen yang mencari kelibat Zest yang turut hilang.

"Hmm..Bagaimana pula mereka berdua boleh hilang pada masa yang sama.." tutur Zen sendirian dengan dagu diurut.

"Ini semua salah dinda.. Dinda tak patut bagi satu-satunya anak perempuan kita keluar pada waktu-waktu seperti ini.." tutur isteri ketua puak rama-rama iaitu Permaisuri Aira dengan nadanya kedengaran lirih.

Eren kemudiannya memujuk isterinya..Dan tidak lama selepas itu..

"Tengok tu..Itu Zest kan!..." kata salah seorang tentera puak naga.

Lalu semua mata tertumpu ke arah Zest yang sedang terbang menuju ke arah mereka.

"Zest? Mana kau pergi..Apa yang kamu buat dengan anak ketua puak rama-rama ini?.." Soal Zen apabila Zest menjejakkan kaki ke tanah.

"Bonda!!.." kata Airin terus berlari ke arah bondanya lantas dua beranak itu memeluk erat.

"Mana kamu pergi Airin sayang...Bonda risau tahu tak...."

Aira kemudiannya melihat tangan Airin yang penuh dengan luka.

"Kenapa dengan tangan anak bonda ni?.." jawab Aira lagi sambil memegang tangan Airin dengan perasaan cemas.

Lalu Zest menyebelah...

"Anak Tuanku tadi hampir terjatuh ke dalam gaung di kawasan hutan terbiar.. Pada waktu itu, patik juga sedang melihat-lihat di kawasan itu dan terdengar ada orang menjerit meminta tolong dan tanpa melengahkan masa, patik pergi mencari suara itu dan nasib baiklah anak tuanku sempat diselamatkan oleh patik sebelum tuan puteri terjatuh di dalam gaung sana di saat dahan yang dipegang olehnya mulai patah.."

Kesemua mereka yang ada di situ pegun mendengar penjelasan yang keluar dari mulut Zest, lalu Eren mara menghadap perlahan menghadap Zest.

"Terima kasih Zest sebab selamatkan anak beta.." balas Eren tersenyum lalu memegang bahu Zest.

"Akan tetapi sebaik sahaja patik menyelamatkan anak Tuanku. Ada seekor makhluk aneh muncul keluar dari gaung tersebut. Diperlihatkan susuk tubuh badannya sama seperti makhluk yang sebelum ini pernah menyerang kawasan pertahanan puak Tuanku. Makhluk tersebut cuba untuk menyerang kami berdua akan tetapi patik sempat menggunakan serangan patik sebelum dia akan terus mengejar kami berdua lalu patik terus sahaja terbang beredar pergi dari situ dan membawa anak patik pergi dengan segera. Patik memohon maaf sekiranya tindakan patik kurang sopan kerana membawa tuan puteri sebegitu tetapi patik tiada pilihan kerana arus angin sangat kuat ketika itu. Dan patik tidak pasti sama ada makhluk itu masih hidup ataupun sebaliknya..."sambung Zest lagi..

Mereka yang ada di situ terkesima sekali lagi apabila mendengarkan Zest.

"Bahaya kalau begini..." kata Eren yang kelihatan dahinya mula berkerut.

"Jangan risau Eren..Sebaik sahaja aku dan tentera-tenteraku pulang...Kami akan melihat-lihat di kawasan sekitar situ..." kata Zen lagi pada Eren.

"Baiklah Zen kalau begitu.." balas Eren yang dalam keadaan sedikit panik.

Kemudian kesemua ahli puak naga terbang meninggalkan kediaman puak rama-rama itu.

NAGARAMAWhere stories live. Discover now