Pada hari yang selanjutnya beberapa tentera dari puak naga datang ke pusat latihan tentera puak rama-rama atas arahan ketua puak naga untuk melatih tentera puak rama-rama sehebat tentera-tentera puak naga.
Pusat latihan mereka terletak bersebelahan dengan istana yang jaraknya beberapa puluh meter darinya.
Lalu di tengah-tengahnya merupakan penghadang iaitu pokok-pokok epal serta pokok-pokok buah yang lain.
Pusat latihan tersebut didirikan bersebelahan dengan istana kerana ianya bertujuan memudahkan mereka senang untuk berurusan dengan ketua puak mereka tambahan pula pasukan skuad khas harus melindungi keliling istana.
Di samping tentera-tentera mereka juga diberikan tempat tinggal berdekatan dengan istana.
Pada hari tersebut juga, Ketua puak rama-rama juga turut hadir menyaksikan latihan di antara puak naga dan juga puak rama-rama bertanding.
Mereka berdua bertarung untuk mencari titik kelemahan yang ada pada tentera puak rama-rama tersebut lalu mencari jalan untuk mengatasinya.
Latihan bertanding antara dua puak yang berbeza memudahkan lagi misi mereka untuk menguatkan lagi strategi.
Selain itu..latihan berkumpulan juga turut diterapkan agar mereka semua dapat berkerjasama dengan baik..
"Haa..aduh..penat betul...ganas betul cara diorang tumpaskan kita tadi..haa..haa...." kata salah seorang ahli tentera puak rama-rama melepaskan penat lelah semasa mereka melakukan aktiviti berkumpulan untuk mengalahkan pasukan lawan yang tergolong dari ahli puak naga.
"Kan...puak naga ni mentang-mentang lah ada kuasa yang lagi hebat dari kita..nak buli kita pula yang lemah ni..Ingat ni tempat diorang ke..Tu... kau tengok tu..bukan main meriah lagi diorang punya gelak.. Gelakkan pasukan kita lah tu..." jawab ahlinya yang lain dengan berang sambil mata tertumpu tajam ke arah pasukan tentera puak naga di sana yang sedang bergelak sakan.
Kemudian Erel Eryan anak sulung ketua puak rama-rama yang juga merupakan ahli tentera kumpulan itu, sejak dari tadi dia asyik memasang telinga mendengar keluhan-keluhan tentera puaknya lalu menyampuk.
"Hey korang ni...Chill la..diorang buat macam tu ada sebab..Lagipun aku sendiri dengar ayahanda aku cakap..Diorang ditugaskan untuk melatih kita sehebat yang boleh macam mereka..So tak akan kita masih nak gunakan teknik yang sama..Hole Wing Bon pun serangan kadang-kadang tak kena..lepas tu guna flower shield sekadar nak elak serangan musuh...serangan Honey Toxic tu semua..Kebanyakan Teknik kita ni semua pakai kuasa..Kita ni langsung tiada seni mempertahankan diri..Tengok la apa jadi dengan pasukan kita..Lemah..sebab seni pertahanan diri kurang dari mereka pula jauh sudah terlatih dan jauh lebih kuat dari kita..Kita ada kuasa...mereka pun ada kuasa..Tapi walaupun kita pakai kuasa kita pun..Kulit mereka tahan dengan Honey Toxic kita..Kita keluar la banyak mana pun Honey Toxic dari mulut kita..mereka tetap boleh tahan tambahan pula ada diantara mereka mempunyai kuasa penyembuhan dengan cepat..Lepas tu..Flower Shield..Korang buat apa lindung diri..Kenapa?? takut nak berdepan dengan serangan puak naga???" seloroh Rel panjang lebar.
Mereka terdiam mendengat hujahan Rel. Tak berani nak mengulah. Ada betulnya juga cakap dia. Lebih kepada diri mereka sendiri takut nak berdepan dengan tentera puak naga. Erti kata lain..Pengecut.
Kemudian Rel mengurut dahinya kebuntuan.
"Aku bukanlah nak berpihak pada puak naga tapi..Kalau kita tak terima cabaran ni...Puak kita boleh pupus..Kerana kita ni lah..Lemah..Aku tahu..tentera puak naga memang ganas cara diorang belasah korang..Sekali dia pukul..Aku tahu..Sakit..tapi itulah risiko yang kita kena ambil..Sebab akan datang banyak lagi cabaran yang mendatang dan lebih teruk dari apa yang kita lalui sekarang..." jelas Rel lagi sambil mendepakan tangan menunjukkan beberapa ahlinya ada yang tercedera akibat latihan bertarung dengan puak naga tadi.
Kemudian pandangan Rel teralih apabila melihat Airin yang sedang duduk di kerusi yang pada awalnya Airin juga turut serta melihat latihan pertarungan tersebut.
"Aduh..sakitnya..aah..ss.." kata salah seorang ahlinya yang sedang mengadu kesakitan.
"Korang..aku nak pergi sana jap.." kata Rel sambil bebola matanya tertumpu ke arah Airin.
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)