Chapter 11

114 10 0
                                    

Malam itu di bilik bacaan istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu di bilik bacaan istana. Eren sedang membelek-belek helaian buku yang dibacanya.

"Ooh..tidak....tak mungkin!!.." tutur Eren terkejut sebaik sahaja melihat helaian yang dicarinya.

                                                                                *****************

Di istana..pada waktu pagi.

"Arahkan beberapa pengawal istana! pastikan kertas-kertas ini semua diedarkan pada setiap penduduk di puak beta serta berikan taklimat di kawasan area penduduk tersebut kepada sesiapa sahaja yang ingin turut serta menjadi tentera puak ini!" arah Eren kepada pengawal yang dipercayainya.

"Baik Tuanku!!"

Rel yang sedang maju untuk berjumpa dengan ayahandanya membatalkan hasratnya lalu berselindung di sebalik dinding dan mendengarkan ayahnya memberi arahan kepada pengawal itu.

"Mungkin ayahanda nak kukuhkan lagi sistem pertahanan puak ni.Tapi.. bulan lepas, sudah banyak kemasukkan ahli tentera baru. Kenapa pula ayahanda nak tambahkan lagi bilangan ahli?? Ada yang tak kena kat sini.." kata Rel bermonolog sendirian lalu pergi meninggalkan kawasan tersebut.

*****************

"HAZ!! HAZ!!......YEAAHHHH...WOHOOOO!!!......" jerit mereka bersorak kegembiraan sebaik saja perlawanan beradu tangan itu tamat.

"Eleh...aku bagi chance je tu..." kata Badrul ahli lawan yang beradu tangan dengan Haz sebentar tadi.

"Eleh Bad....Dah kalah tu kalah je la...ahahaha..kan weh...ahahaha.." kata salah seorang dari mereka turut bergelak tawa bersama yang lain.

"Dah! Dah!... Sapa nak lawan dengan aku lagi??.." kata Haz masih tak puas lagi ingin mencabar yang lain.

Lalu Rel kemudiannya muncul di kawasan tersebut.

"Guyss!!..." jerit Rel yang baru sampai di pusat latihan tersebut...

Mereka sejurus memandang ke arah Erel.

"Aku ada berita baru. Kemungkinan.. kita akan ada banyak lagi kemasukan tentera baru..." kata Rel sambil berjalan ke arah ahli pasukannya.

"Serius lah..Bukan ke bulan lepas dah masuk hampir 500 orang?..Banyaknya yang berminat nak jadi tentera?.." kata salah seorang dari mereka.

"Bukan. Ayahanda aku.Dia nak tambahkan jumlah ahli tentera lebih lagi dan sekarang ayahanda aku telah mengerahkan beberapa pengawal istana untuk pergi ke setiap penduduk puak kita untuk memberi amaran." jelas Rel lagi.

"Amaran??" soal Haz kebingungan.

"Ya...Amaran yang berkemungkinan besar akan ada sebuah peperangan yang akan berlaku tak lama lagi. Dan juga kemungkinan setiap dari kita semua akan memimpin setiap kemasukan ahli tentera baru.." balas Rel dengan raut wajah serius.

Mereka kemudiannya saling berpandangan antara satu sama lain apabila mendengarkan perkara tersebut.

NAGARAMAWhere stories live. Discover now